• News

    03 April, 2010

    Masih Ingatkah???.......Mancing dalam bendang

    Waktu aku kecik-kecik dulu, aku memang jarang lekat kat rumah. Tak kisah lah time cuti sekolah hujung minggu atau tak, memang jarang aku ada kat rumah. Kalau tak pi main tuju tin, tuju kasut, tali getah, mesti aku dengan kawan baik aku, Rehan pi mancing (aku prefer untuk guna perkataan mengail). Tempat feberet aku dengan Rehan selalu pi mestilah kat parit tepi bendang dekat rumah dia.

    Apa alatan yang kita patut ada kalo nak mengail???

    Hmmm.. Mestilah kena ada batang kail dan umpan. Ni benda wajib. Batang kail pulak tak payah beli, buat je sendiri. Hahaha. Senang je. Cari kayu yang lurus dan kuat, jangan panjang sangat dan semestinya agak ringan, sebab kalau berat nanti tak larat pulak nak pegang lama-lama. Seterusnya, beli tali tangsi dan mata kail kat kedai Pak Lang Haron, seterusnya ikat kat hujung kayu. Mata kail tu kena ikat kuat-kuat takut dan pastikan timah di letak berdekatan mata kail sebagai pemberat mata kail. Kalau tak letak timah, nanti mata kail tak mau tenggelam dalam air. Tadaaaa... dah siap pun batang kail.

    Selalunya umpan yang aku dengan Rehan guna tak lain tak bukan, cacing..!! hehe. Pinjam sat cangkoi (cangkul) tok pastu pi korek cacing kat tanah yang nampak basah-basah sikit, sebab kat situ mesti ada banyak cacing. haha. uweeekkk.. sekarang rasa geli jari jemari aku nak pegang cacing. Padahal dulu slumber je pegang. haha. Dan selalu jugak aku tertinggal cangkoi tok merata-rata. Balik je dari mengail dah dekat time maghrib, time tu jugak lah aku sibuk dok pusing belakang rumah tok, nak cari balik cangkoi yang aku tertinggal ntah kat mana.

    Jarang kalo mancing aku dapat ikan awal dari Rehan, sebab aku jenis cepat bosan. Tak larat nak tunggu lama-lama kat satu-satu tempat. Selalunya aku akan kata kat Rehan, "ala weh.. kat sini ikan tak dak lah...". hehe. Then, aku move pi tempat lain lak. Padahal, mengail ni uji kesabaran kita. Kena tunggu dan tunggu lagi, baru lah ikan nak makan umpan. Pastu, aku selalu bergerak-gerak time pegang batang kail. Garu sana, garu sini, tengok sana, tengok sini, last-last ikan tak makan umpan. huhu.

    Ikan yang banyak ada dalam bendang tu ikan keli dan jugak ikan wan (haruan). Ikan sepat pun ada jugak. Pernah jugak kami mengail dapat labi. Alaaa.. Yang bentuk macam kura-kura tu. Jahat labi tu..!! Abih mata kail kena telan. Dah lah geli, tak tau lak camne nak buang mata kail tu dari mulut labi tu. Last-last, kena pi beli mata kail baru kat kedai Pak lang Haron. huhu.

    Biasanya kalau cuti sekolah jumaat dan sabtu, dari tengahari sampai ke petang aku akan dok kat bendang. Bila lapar je baru balik cari nasik. Dan mungkin sebab tu jugak kulit aku yang putih gebu sejak dilahirkan oleh bondaku dah bertukar ke kaler yang agak cerah-cerah tanah. haha. Tipu je.. Tak mengaku, memang kulit aku gelap lah.. ;p

    Serius, memang aku tak boleh lupa semua kenangan-kenangan aku ni. Sebab pengalaman yang ada kat kita dah tentu tak sama dengan pengalaman orang lain kan??? Aku tak malu dilahirkan kat kampung sebab aku rasa, pengalaman dibesarkan sebagai anak kampung memang menyeronokkan..!! Nanti aku share lagi cerita yang lain k..

    1 comment:

    Siti Noor Aminah said...

    ohh lupa.. ayah pn suka mengail gak.. dulu selalu teman ayah pi mengail kat sungai.. tingat zaman2 dulu.. ;p

    Total Pageviews

    My Followers