Saturday, July 10, 2010

BERBOWLING SETELAH SEKIAN LAMA




Pagi tadi, tepat jam 8.30 pagi, bergerak menuju ke Bukit Jambul, untuk tujuan mendaki bersama 2 lagi kawan. Dah lama tak mendaki, semput!! Stamina ntah ke mana. Bukan setakat peluh je yang keluar, yang pastinya hingus pun sama-sama hampir meleleh. Penat!!

Hari ni ramai group yang turut sama mendaki. Bagus! Ramai yang ambik berat soal kesihatan, termasuk aku. Korang? Hmmm...

Badan rasa sangat sakit, kaki rasa menggeletar. Nak tekan cluth rasa teramat sukar. Huh! Kena tukar pakai kereta auto (kalau ada rezeki lebih..hehe). Belum sarapan. Mau sarapan di mana?? Ok, kawan ajak makan kat Pelita Nasik Kandar.

Penat je naik bukit, konon nak sihat, pegi bantai pulak nasik kandaq.. haha.. Tak terus balik, dengan kaki masih terketar-ketar, menghala kan kereta ke shopping complex. Nak berbowling setelah sekian lama. Rasanya dekat-dekat 3 tahun tak menjejakkan kaki ke tempat ber bowling. Rasa macam jakun je. Lantak apa orang nak kata.

Tiga-tiga orang masih dengan baju hiking tadi, seluar track, seperti pelajar sekolah baru balik dari ko kurikulum. Aku terasa macam baru semalam tinggalkan zaman sekolah. hehe.

Ber bowling of course kalah teruk. Tak payah tanya berapa point yang aku dapat. Ternyata bola bowling itu lebih suka terjun ke longkang dari bergerak di atas landasan. Hmmmm...

Setel ber bowling, tidak pulang ke rumah. Sempat pusing-pusing, testing kasut. Aku sangat obses dengan kasut. Beli, pakainya tidak, kereta kecik ku jadi muzium kasut bergerak.

Testing kasut pada cuti yang lalu. Thanks untuk kawan aku yang sudi teman pada hari tu. Lunch kita petang tu memang maveles. ;p








7 comments:

NER said...

kasut yg lebih2 tu bg aku skitt!

sitinaminah02 said...

itu hari aku sudah hadiahkan dirimu sepasang kasut..!! itu kasut aku mengetest saja,tidak beli pun. haha.

Yunus Badawi said...

Lain kali kalau nak naik bukit tu ajaklah aku kalau aku ada kat Penang. Aku pun nak jaga kesihatan jugak. Tapi rasanya taklah sampai keluar hingus masa mendaki tu hehehe

Yunus Badawi said...

Ko main bowling mesti tak sampai 100 pinfall ni. Itu yg segan nak bagi tahu score

Larikkksss

Aleen Aiden said...

perghh,nnt blanje aku nasik kandaq nah!hee

sitinaminah02 said...

YB,

bila nak mai penang, habaq lah. kita boleh sama2 mendaki dgn emak Adam. Kalo buleh, ajak sama si kakak tasek merah tu. hehe.

cehhh.. hingus ker tak, meh arr sini dlu. haha.

betul lah tu, jatuh tak sampai 100. hampeh betui. lane bowling tu yang hampeh sket. haha. (salahkan lane ok!!)

sitinaminah02 said...

aleen,

bila mau mai penang? kalo mai, bagitau lah.. kita pi makan kat pelita nasik kandaq ok.. ;p


pastu, bayar ler sndirik.haha.