Friday, July 23, 2010

HARGA MAKANAN

Saja menyebok nak tau. Harga makanan kat tempat korang, murah ka tak?

Contohnya,

Kalau nasik putih, ikan cencaru bakar, sambal udang sepiring dan ayam goreng, berapa ringgit?

Ohhh...air jangan lupa. Limau ais.


Basuh tangan kanan, kalau rasa moden sikit, makan pakai sudu dan garpu, baca doa makan, makan, sembang pung pang pung pang dengan member, tokey kedai datang kira harga makanan dan air, tulis atas kertas kecik, letak tepi pinggan atas meja, tokey kedai blah dari situ, tunggu kat kaunter.

Habis makan, letak sudu dan garpu, yang makan dengan tangan, cari air dan basuh tangan, capai kertas kecik, pegi kaunter dan bayar.


Zapppp... Dengan lauk dan air yang aku mention kat atas, kalau kat tempat korang, agak2 berapa RM kena?

Jawapan yang paling tepat korang bagi dengan harga lunch aku hari ni akan dapat kad jemputan ke majlis kahwin aku nanti. Ekekeeke.



Sekian, selamat meneka. ;p

15 comments:

amalina idris said...

nk teka lah.. 15 inggit betul ?? hahah:DD

sitinaminah02 said...

amalina,

haha. sila cuba lagi. teeeettttt.. anda terkeluar dari kontes teka meneka nih.


wahahaha..

amalina idris said...

bah ? ahhah .. ok fine .. ahha ..

sitinaminah02 said...

amalina,
haha.cuba lagi next time.itu pun kalo ada lagi kontes yang nak dibuat pada masa akan datang.


hihi.

Relevan said...

RM 8.90 + air sirap Limau..mari lah nak belanja makan ni..

Tijah said...

mak tak tau harga nasik. sbb mak asal perancis. kuikuikui

sahromnasrudin said...

kire timbang kati je..RM 12.50...klu cheq turun kodiang, cek mai uma hang nor...huhuhuhu...hang ni ntah2 suku sakat rozita che wan hahahah

sitinaminah02 said...

relevan,

agak kurang relevan jawapan anda. sila cuba lagi. teeeetttt.. encik relevan, ada out from this kontes! haha.


kak tijah,

perancis yang ada bendang tu kan?? cittt... makan tempoyak pun ngaku orang perancis.

haha.


sahromnasrudin,

haha.jawapan anda tidak tepat..!! sila cuba lagi ye.
ni cek, kodiang tang mana. chek dok jeniang lah,bukan kodiang. jeniang ni dalam parlimen SIK. sila check google maps.

haha.

sitinaminah02 said...

kontes ni akan dilanjutkan ke hari ahad. macam sukar je hangpa nak jawab.

haha. see, baik dak chek??

ardzmarn said...

rm7.30

amacam..

Unknown said...

setakat nih maintain lagi. tapi aku rasa nak raya nanti mesti konpom naik.

sitinaminah02 said...

ardzman,

haha. teeeeeeetttt.. salah!



jimi,

harga minyak naik, harga makanan pun naik jugak. hatta megi pun naik harga jugak.hihi.

sitinaminah02 said...

untuk semua yang meneka, terima kasih. jawapan yang sebenar ialah, free. makanan kat kantin yang aku makan tiap2 hari adalah free. sekian, harap maklom.


hihi.

tapi jangan risau, kad2 kawin akan di post kepada kawan2 blogger. ;p

Pnut said...

nak kad kawen juga

sitinaminah02 said...

kak pnut,

nnti lah ye sy bg. hihi. awai lagi lah. ;p