• News

    26 July, 2010

    MUKA IRAS-IRAS AKAK KEDAI PATTANI

    Malam. 



    Aku balik dari Terminal Bas Sg. Nibong, hantar budak rumah aku balik kampung. Anak-anak cacing dalam perut, menangis tersedu sedan, minta di isi. 



    Kesian dengan mereka, maka aku singgah di sebuah kedai makan selepas 'memarkingkan' kereta persis Alex Yoong. 



    Sampai kedai makan. 



    Aku cari port paling depan, mengadap ke TV. 



    Almaklum la sorang-sorang, segan kalau mengadap ke depan, dengan ramai lelaki, takut pulak ada yang datang mintak nombor telefon. Hahahhahaa...   



    Duduk. 



    Pelayan kedai aka kakak pattani datang tanya menu yang hendak di pesan. 



    "Nasik putih, tomyam campur, bungkuihhhhh". 



    Simple, cepat, dan kena dengan selera aku. 



    Kakak pattani blah dengan gaya itik pulang petang. 



    Melenggang lenggok. 



    Tengok TV, isi masa terbuang sambil tunggu makanan yang di pesan tadi. 



    Tiba-tiba.. 



    "Kakak, tolong ya sapukan mejanya.. Pereshh oren nya tumpah. Minta diganti ya.." 



    Aku pusing kiri, terasa seperti orang bercakap dengan aku.. Cilakak. Memang mau bagi makan tapak kasut! 



    Minah Indon tu ingat muka gua yang iras-iras Dato' Siti Nurhaliza, dagu terbelah, smookey eyes ni sekapal dengan Kakak Pattani tadi kot.. 



    Muka innocent aku tadi bertukar ganas. Tanpa senyum aku toleh dan tunjuk ke arah Kakak Pattani yang baru keluar dari dapur. 



    "Ohhh.. Maaf ya.." dengan rasa bersalah Minah Indon tu memohon maaf. 



    Ringan-ringan je budak tu kenyang makan selipar Jepun aku malam tu... 



    Aku blah dari kedai makan tu dengan perasaan hangin satu badan. 



    Ketara sangat kah muka aku macam orang Pattani? huhu. Rasa macam nak boikot je kedai makan tu. 



    Relevan tak? Haha.

    6 comments:

    sahromnasrudin said...

    awat hang tak kasi penampaq ja kat minah indon tue..tak ada akai ka?? org comel cam hang dikata lagu tue huhuhuhuh..kasi penampaq besi ja hahahaha

    sepet said...

    nmpk sgt minah indon tu chumel mcm ko weiyhh..


    :p

    Pnut said...

    kak, tolong lap lantai, anak saya muntah..
    ahahhaha kak patani jangan marah..

    Siti Noor Aminah said...

    sahromnasrudin,

    bukan takat penampaq besi, penampaq gaban pun rasa ringan2 nak bagi. takut abih luruh gigi minah indon tu.geram betoii.. haha.

    si sahromnasrudin ni pun, puji bukan main,ni nak bodek apa2 ka? haha.


    sepet,

    aku rasa, hilang dah sifat kecomelan aku nih.huhu.

    :-).


    kak pnut,

    wahahaha. tetiba sy bertukaq menjadi hulk hogan. haha.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    akak pon pernah jadi kt kedai baju.mentang2 laa time tu pakai tshirt sama kaler dgn pekerja kedai tu.rasa cam nk jolok2 ja dgn batang cangkuk hanger tu.ceh sungguh kann??

    Siti Noor Aminah said...

    kak anis,

    malu tau waktu tu. serius hangin 1 badan. takkan muka comel macam ni buleh jadi kak pattani tu. memang rasa nak bg kaki size 4 kat pompuan tu. yes.. sungguh ceh!

    Total Pageviews

    My Followers