• News

    27 July, 2010

    TRIBUTE BUAT MEREKA YANG BERGELAR PENOREH

    Pagi ni hujan lebat kat Penang. Aku suspek, kampung aku kat pedalaman Kedah tu mesti hujan jugak. Mak dan ayah aku mesti tak kerja hari ni. Kerja menoreh memang macam ni. Kalau hujan lebat, memang boleh rehat kat rumah. Kalau petang kemarin dan semalam hujan rintik-rintik kecik tu, masih boleh menoreh macam biasa. 




    Kalau tak pasti, pergi luar rumah, periksa kulit pokok. Kalau basah teruk, konpem cuti. Tak pasti lagi, boleh berdiri tepi jalan, tengok member-member ada tak yang patah balik dari kebun. Hari ni, dapat la mak ayah dengan tok makan tengahari awal sikit. Orang Kedah panggil nenek tu, tok. Datuk tu, tok wan. 




    Jangan tersalah panggil pulak. Kena jugak belajar benda baru macam ni. Tak la canggung sangat kalau jejak kaki kat Kedah nanti. Kalau hari mak aku menoreh macam biasa, matahari terpacak atas kepala baru sampai rumah. Dengan tangan penuh daki-daki susu getah, basuh cuci-cuci, terus masak tengahari. Memang rumah aku kat kampung tu tak ada sapa-sapa. Tinggal mak ayah dengan tok saja. 




    Kalau nak hilangkan bau getah yang melekat kat tangan, biasanya guna limau nipis, tapi masih ada jugak bau busuk getah tu. Hatta cuci dengan sabun Lux pun belum tentu dapat hilangkan bau. Aku ingat dulu masa masih belajar dan hari cuti kalau aku di kampung, aku akan tolong mak ayah kutip getah sekerap. 




    Penat, Tuhan saja yang tau. Tapi penat lagi mak ayah aku. Kalau aku dan adik-adik tak balik tolong, mak ayah yang kena kutip sendiri getah sekerap tu. Nak senang kutip sekerap, kami guna kereta sorong, hampir penuh, tolak ke satu tempat yang lapang, dan isikan dalam guni. Dapat duit, mak upah sorang sepuluh ringgit. Dapat jugak tambah duit poket nak balik UiTM. Aku waktu tu belajar kat UiTM Merbok, Sg.Petani. 


    Adik aku yang sorang tu kat Skudai, dan sorang lagi kat Politeknik. Pagi-pagi nak ke kebun tolong mak kutip sekerap, kami biasa pakai uniform buruk awal-awal dari rumah. Jadinya, masa nak lintas jalan raya depan rumah, mesti akan terbertembung dengan van-van kilang atau mamat-mamat yang nak pergi kerja kilang. Kerek je depa pandang aku dan adik-adik. Depa kan pakai uniform kilang, nampak kemas sangat kalau nak dibandingkan dengan uniform kami 3 orang. Jeling je minah-minah kilang tu kat kami. Cilakak. 




    SPM pun tak habih, berlagak nak mamposss... Haha. Emo pulak. Pernah jugak antara kami bertiga, lepas tolong mak ayah kutip sekerap, then kena rushing naik bas nak balik tempat belajar masing-masing, dalam bas yang ber air-cond, boleh bau tangan kami yang busuk sekerap tu dengan ketara. Tapi rilek lah, buat je muka slumber. Bukan ada orang nak mai check bau tu mai dari mana. Sekarang ni mak ayah aku dah advance sikit. 



    Depa upah budak-budak yang tak sekolah kutip sekerap. Ramai jugak yang buat cara macam tu. Sekali upah dah sepuluh, dua puluh ringgit, boleh buat duit jugak budak-budak tu. Bukan kebun mak ayah aku saja, kebun orang lain pun macam tu. So no wonder la kalau budak-budak lagi dah pakai henpon canggih. 



    Actually, aku sendiri pernah jadi penoreh. Haha. Rasanya, penoreh paling educated lah kot. Ayah aku sakit waktu tu, kebun tu tak da sapa toreh. Mula-mula testing dulu samada pass atau tak. Once mak aku kata pass, dan ayah bagi kebenaran, maka bermula la rutin aku sebagai penoreh. Haha. Ingat lagi waktu tu aku baru grad, malas nak cari kerja lagi, nak rilek kat rumah dulu. Masa tu aku fikir, ada baiknya aku kat rumah, dapat juga tengok-tengokkan ayah yang sakit. 



    Hangpa imagine la, kalau aku menoreh dalam 4 hari, then aku jual sekerap, hasil yang aku dapat let say dalam dua ratus, menoreh pulak dari pukul 7.30 pagi sampai 11 pagi je, then hangpa cuba bahagi berapa gaji aku sehari? haha. Balik kerja awal, aku masih boleh masak untuk ayah dan mak. Balik menoreh, singgah kedai makan, baca paper. Isu semasa tak boleh letak tepi, nanti jadi katak bawah tempurung pulak. 



    Pulak tu susah aku nak debate dengan ayah aku pasal politik kalau info aku kurang. Biasa la, bekas setiausaha sulit wakil rakyat, mana mau kalah dengan ceteknya ilmu seorang anak. Wakakakaka. Petang, merempit ke pekan, melepak kat cyber cafe. Jadi, tak la left behind sangat aku waktu tu. hihi. Tapi ramai tak suka aku menoreh, cakap aku mensia-sia kan ilmu yang ada. 


    Akhirnya, aku dipaksa oleh sepupu aku jadi cikgu ganti kat sekolah tempat dia mengajar. Maka, berakhir la pekerjaan aku sebagai seorang penoreh. hihi. Pengalaman paling heaven masa jadi penoreh, tangan aku pernah kena bucu tajam dekat besi tempat susu getah meleleh. Menitik-nitik darah pekat jatuh ke rumput. Aku hampir pitam sebab memang pesyen tak boleh tengok darah, tapi sempat start enjin motor, pegi kebun mak aku menoreh, berlari-lari cari mak aku sambil terpekik-pekik, mak aku terus lempar pisau menoreh, berlari ke arah aku, koyak tudung yang dia pakai, dan balut luka di tangan aku. Nak muntah, pening, semua ada. 


    Memang pesyen tak boleh tengok darah. Mak aku ambik daun kapal terbang 3, 4 helai, tekan lumat-lumat kat tapak tangan, letak kat tempat luka. Mujarab. Darah berhenti tak lama lepas tu. Alhamdulillah. Lepas rehat dalam 10 minit, aku pun dah cool, tak pening-pening lagi, start motor, pi sambung menoreh. See, mafia tak aku time tu? Tak sia-sia kecik-kecik dulu terjun bendang, terjun pokok getah sampai patah tangan. Haha. 


    ps: best part, mak aku tak dapat cari balik pisau menoreh yang dia lempar masa lari kat aku. Lepas 2,3 hari baru jumpa balik. hihi. kesian mak... i love u, mak. ;p

    12 comments:

    Afique Zainuddin Ahmad said...

    member gua cakap,time nak jual getal,dia letak dalam baldi separuh..pastu letak batu besar..dapat untung dua kali ganda..cubalah!

    hanie said...

    part paling best bila buleh main pijak2 atas susu getah yg baru nak keras..

    best weh!

    my abah pun seorang penoreh yg hensem jugak..hehehe

    Siti Noor Aminah said...

    stiffler,

    haha.org kampung gua ada buat, letak batu2 kecik,serius berat.lepas tu, tokey getah kena maki hamun dengan tokey kilang getah. jgn aniaya orang.huhu.


    hanie,

    ktorang kt kampung guna getah yg bulat2 tu buat bola rounders. kena tengah belakang memang heaven. haha. seronok!

    Relevan said...

    Betapa seronok nya menoreh getah..time menjual lagi seronok..hilang segala bau getah sekerap..

    Affan Ruslan said...

    Huhu.
    Best bro ada pengalaman cm ko.
    Aku penah gak lalu2 dlm kawasan getah ni. Dulu ada kem sekolah, then masa nk pergi mandi air terjun tu, lalu ah kawasan pokok2 getah. bau die mmg busuk lah.

    huhu. walaupun aku dok bandar, tapi teringin gak ada pengalaman cam budak2 kg, best pe.

    haha. ko macho mnde, tgk darah pun takleh. hihi.

    Salam ziarah bro.

    Siti Noor Aminah said...

    relevan,

    betui2.dpt duit je, hilang segala bagai bau busuk.haha. siap pegi tunggu kat bangsal tokey getah tu. sonok weh.heaven betui semua pengalaman tu. hihihi.


    affan,

    lu pehal pggil gua bro?gua sis lah.haha.konpius pulak aku dgn identiti aku.haha.

    org pekan mmg tak dapat der pengalaman camni. ;p tp best weh, serius gua cakap lu.

    gua macho girl.hihi.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    best gak kalo pegi kutip biji getah,gosok2 kt simen,cop kt badan org...fuuuuhh! hahahaa!

    Aleen Aiden said...

    tok aku pon menoreh dlu2.skang die srg2,xmnoreh lg dah.die duk memondok.

    Siti Noor Aminah said...

    kak anis,

    haha.itu kerja budak2 mafia tu.selalu budak2 yg diam & lembut dalam kelas,mesti kena punya. jahat ya rabbi.kalo raya tiap2 tahun mintak maaf pun tak langsai lagi dosa2 tu.haha.


    aleen,

    tok hg dok mana? meh aku buat buat part time kt kebun tok hg. buleh bagi duit raya lebih sikit.hihih.

    Anonymous said...

    tak pernah rase mcm tu..tp boleh rase keperitan penoreh2 tu sume..

    cuma yg takleh lupa kat bau getah sekerap yg menusuk idong..
    mase kecik2 kalau balik kg, memang taknak masuk umah yg bau busuk tuh..heh! anak sapalah yg belagak tu.. =P

    Siti Noor Aminah said...

    mak dara,

    ekceli,keja apa2 je mesti penat.cam skrg kita kerja duduk ats kerusi je, ngadap pc,tp ntah kenapa penatnya bukan main.

    tp salut kat mak, walopun balik tengah panas terik, penat, tapi masih mampu senyum.

    hihi.love u mak.. love mak ketat2.
    :p

    NER said...

    haha..uniform ang yg kaler kuning ijau paling menyerlah. p mana dah smua uniform kita? Aritu ayh suh kutip sekerap dia, aku xmau..mlm tu nk nek bus. hehehe..

    Total Pageviews

    My Followers