• News

    12 October, 2012

    KEK COKLAT KUKUS YANG GOJES

    Aku buat kek coklat kukus semalam. Tergedik2 masa lunch pi cari serbuk koko, soda bikarbonat dengan baking powder. Jangan tanya aku apa fungsi soda bikarbonat dengan baking powder tu, serius aku taktau. Tengok dalam resepi ada tulis benda2 tu, so aku tak banyak songeh, beli ja la. Murah ja pun, sebotoi soda bikarbonat tu baru 8 kupang.



    Serbuk koko aku beli cap van houten. Beli yang kotak kecik ja, tak cewi nak beli kotak besaq, satgi tak jadi, rugi duit ja. Sekotak serbuk koko van houten tu harga 6.80. Serbuk koko kat rumah pun ada sikit, tapi pesen takdak jenama, takut tak sedap lak. Hahaha.



    Sebenarnya kat rumah takdak periuk kukus pun. Tapi masa beli rice cooker kat rumah tu kan depa ada bagi sekali yang macam periuk kukus tu, aku guna yang tu ja. Hahaha. Masukkan dalam acuan, aku pun mula la mengukus. Ada balance lagi bancuhan kek coklat tu aku masukkan dalam loyang, bakar dalam oven selama 40 minit.



    Teruja sangat kot sementara nak tunggu kek yang kukus dengan kek dalam oven tu masak. Sat2 pi jenguk. Hahaha.





     Lawa dak? Comot2 kat atas kek ni sebab terkena tudung periuk masa tengah kukus.
    Hahaha. Almaklum la pengukus kecik. Kek pulak naik melampau2, tapi alhamdulillah sedap.


    *Puji diri sendiri. Lalalala*






    Yang ni aku bakar dalam oven. Naik elok. Ni dah siap tuang topping.
    Meleleh2 pulak topping ni. Hahaha.


     



    Kek coklat kukus yang comot tadi telah siap di tuang topping dan di hias indah.
    Makan 2 keping tengah2 malam. Haahaha. Sedap.


    *gambar di ambil menggunakan henpon belekberi curve cap hayam, so kualiti gambaq sangat mendukacitakan. Huhu*


    Kesimpulannya, aku suka kek coklat yang dikukus daripada yang di bakar. Rasa lebih moist. ;-). Pagi ni, bekalkan kek coklat kukus untuk ayah emran pi keja. Dan bagi kat pengasuh emran sikit. Tobat pengasuh emran puji aku pandai masak lepas dia rasa kek coklat yang sedap ni. Hahahhaa. So, lepas ni misi untuk membeli periuk kukus yang lebih besar!!! Sebab aku dah pandai buat kek. Hahahha. Yahuuu...


    Sapa nak tempah boleh laaa..Mai mai mai.. Hahaha..


    11 comments:

    Nur A'dawiyah anak-ummi-abie said...

    terlioq aiih tgk....yummy..yummy....

    Unknown said...

    aduhaiii.. x tahan tengok toping yg meleleh tuh~ terliur!!

    Siti Noor Aminah said...

    hahahaha.. yummy yummy jugak..

    Siti Noor Aminah said...

    hahaha.. wiken ni sila buat..

    *budak baru belajar buat kek*

    kurus said...

    wahh dikkk
    moistttt nyeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    Siti Noor Aminah said...

    hahaha.. kak ieda, mana moist sgt pun,, tu teknik ambik gambaq ja

    tasekM said...

    aku kalau buat kek kang asik la mknnnnnnn je.
    tu yg kurus tu kang...

    :p



    .

    Siti Noor Aminah said...

    itu la sebabnya aku pun malas nak masak kak tas.. dah masak kang, nak kena abehkan pulak makanan tu, kalo tak membazir.. :P

    hanie said...

    len kali hang buat dalam bentuk cupcake kl pengkukus anda andalah size mini hahahahaha

    sb aku buat mcm tu..kl dak.. abeh sengah tong gas aku nk siap seekor kek

    gadisBunga™ said...

    aku nak tempah sepotonggg ja. sebab aku tgh diet la nih. buleh?

    DeLancrettLurpak said...

    resepiiiiii...

    Total Pageviews

    My Followers