Sunday, January 27, 2013

MAKANAN DALAM PANTANG : DAUN PEGAGA

Lama tak update blog. Masih kat kampung, menghabiskan saki baki berpantang. Hari ni baru masuk hari ke 26.

Untungnya balik berpantang kat kampung, ada mak dengan Kak La yang sangat2 ambik berat. Terima kasih mak dengan Kak La yang tolong uruskan makan minum dalam pantang, dengan Emran yang tak berapa sihat (demam + selsema + batuk), Amna dan aku. Kesian tengok mak dengan Kak La yang kena layan Emran yang asyik buat perangai. Huhu..

Tadi masa nak makan, tengok ada ulam pegaga. Mak suruh aku makan, elok untuk orang lepas beranak. Aku makan jugak dalam 5-6 tangkai, tapi serius takleh nak telan sangat. Tak sedap. Aku bukan pemakan sayur, bila tengok ayah Emran makan sayur + ulam2, kagum pulak.

Cukup la aku telan daun pegaga tu. Konfem tak sedap. Huhu. Daun salad tu pun nak tak nak aku telan, ini kan pulak daun pegaga, kirim salam lahhhh..




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 4, 2013

WUV 8523

Nissan Grand Livina warna putih, plat no. WUV 8523 telah dicuri semalam di Apartment Kasuarina, Bukit Tinggi Klang berhampiran AEON Bukit Tinggi.

Sapa2 ternampak, please call balai polis yang berdekatan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 3, 2013

2.1.13 YANG PENUH BERMAKNA

Alhamdulillah, selamat jugak akhirnya melahirkan adik emran pada pukul 5.25 minit petang. Masuk LR pukul 9 pagi, pukul 6 lebih baru selesai semua urusan. Awal 6 pagi doktor check bukaan baru 1cm, dan dalam pukul 7 lebih doktor akan induce sebab ada diabetes, so not allow post date (bersalih lebih hari).

Pukul 7 lebih ingatkan nak kena induce, sekali doktor check bukaan dah 3cm. So cancel induce, doktor terus suruh masuk LR. What? Cepatnya.

Seksanya bersalin kali ni. Letih dok dalam LR tu, dengan sakit yang amat. Hanya Tuhan maha mengetahui. Dari 4cm nak ke 6cm tu pun aku dah menjerit macam orang tak reti nak istighfar. Berapa kali aku mintak nak minum sebab terlampau dahaga. Mujur kali ni staff nurse bius dulu sebelum jahit. Kalau tak, memang merana la.

Apa yang aku dengar pasal staff Hospital Manjung banyak yang betul once aku dah masuk situ. Pengalaman aku, semua staff alhamdulillah ok. Doktor pun sama. Pakar kanak2 pun sangat lembut. I loike!

3.1.13 dah boleh balik rumah! Yeayyy.. Tapi risau takut baby kena jaundice sebab susu badan still tak boleh produce. Adik emran, sila kuatkan diri. Love u!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.