• News

    19 September, 2013

    KENA RASUK DENGAN HANTU AIR PUTIH

    Bulan puasa haritu aku ada masalah kencing tak lawas, nak terkencing tapi air kencing jadi sikit. Yela, dah berbuka, makan banyak, perut dah kembung macam belon, aku pun jadi kurang nak minum air. Sahur pun kurang minum air jugak. Aku dah pi check kat klinik, doktor cakap takde apa-apa problem, aku sakit pinggang sikit, doktor kata mungkin sebab angin. So doktor bagi ubat angin dengan ubat kencing tak lawas. 




    Sejak kes kencing tak lawas tu, aku memang kurang minum air berwarna dan air bergula. Kalau makan kat kedai pun, memang aku akan mintak air putih. Nampak macam orang sengkek sebab minum air putih, hahahaha tapi bukan tu faktor utama. Tapi ok jugak, bayar duit makanan je la, jimat duit air. Aku memang suka minum air putih. Kalau dekat ofis, banyak jugak la air putih yang aku minum. Cuma dekat rumah kurang sikit, sebab aku terpaksa bersilat dengan amna dengan emran, so minum bila sempat je la. 




    Bila aku tengok air kencing aku warna kuning sikit, aku dah start risau. Aku dah jadi lebih hebat dari doktor, aku assume air kencing aku kuning sebab aku kurang minum air putih. Hahahaha. So cepat-cepat aku minum banyak air putih.




    Masa tengah taip entri ni aku tengah pandang bekas air aku macam dia tau yang aku tengah tulis pasal dia. Hahaha. Macam ada satu aura yang menarik-menarik aku suruh minum air putih. Gamaknya dah kena rasuk dengan hantu air putih. 




    Minum banyak air putih elok untuk badan kan. Aku nak kurus sebenarnya. Pagi tadi aku tengok mat saleh ni breakfast makan oat, aku jadi malu. Aku pagi-pagi dah hentam bihun goreng dengan rendang kerang. Berminyak-minyak haaa. Aku nak jadi sihat, maka marilah kita beramai-ramai minum air putih. 


    ;-)


    3 comments:

    Unknown said...

    hehehehe.. sejak sis amalkan DA tuh kan.. wajib minum air 3 liter sehari.. masa memula start dulu memang susah nak habeskan 3 liter tuh.. skrg dah ok dah.. kalo x minum air masak mesti rasa ade yg tak kena jer~

    Siti Noor Aminah said...

    wow.. 3 liter sehari.. not bad.. nak kena try jugak la... tp mesti asyik kencing je kan.. hahaha

    lizz said...

    betul tu kita kena banyak minum air putih...kalo boleh amalkan segelas sebelum tidur dan 2 gelas selepas bangun tidur petua awet muda pun yer hehe...

    Total Pageviews

    My Followers