Saturday, December 16, 2017

Blog bersawang

Assalamualaikum..

Rasa macam dah bertahun tak update blog. Password pun dah lupa. Jenuh godek2 tadi masa nak login. Hahaha..

Current update, aku dah ada 4 orang anak. Hahaha.. Masa aku mula2 tulis blog dulu, aku masih bujang trang tang tang. Sekarang! Dah 4 anak aku. Huiii.. Cepat masa berlalu.. Anak sulung tahun depan insyaallah dah nak masuk darjah 1.

Aku still kerja kat kilang sarung tangan tu. Dah tahun ke berapa tah kerja situ, tak ingat dah. Harap2 masih boleh bertahan dengan macam2 worst scenario kat situ.

Hidup aku macam tu la, kalau bukan pasal anak, pasal keja. Ni pun sebenarnya tengah "work from home". Tapi tah apa sakai system tu, tak boleh masuk pulak. Dah la ada kerja pending. Grrrr...

Nanti aku update lagi.. Laki dah balik. Hahahaha.. Ni gambar aku dan family belah aku masa bercuti kat Cameron Highlands last year..

Have a nice weekend kawan2..