Thursday, April 26, 2018

Jeruk petai with love


Alkisahnya aku dengan adik pi melawat sepupu dekat Selayang. Bertolak dari Manjung dah dekat pukul 11 pagi, kami guna jalan Teluk Intan. Masa lalu area Sungkai sana, meriah betul kiri kanan depa dok jual petai. Kami adik beradik memang hantu petai. 

So, balik dari ziarah Abg Tat, kami singgah la beli petai. 6 keping rm10. Gemuk-gemuk macam aku jugak isi petai tu. So beli la rm20. Aku sikit, adik aku sikit. 

Sampai Manjung dah maghrib dah, gigih kami pi beli nasik kukus ayam berempah sebab nak makan dengan petai. Hahaha.. 

Aku malas nak buat sambal petai, makanya aku buat la jeruk petai. Buat hari ahad, semalam hari rabu, dah ok dah jeruk petai tu. Kalau baru sehari dua buat, rasa petai tu belum kick lagi.



Ni cerita semalam. Test makan jeruk petai dengan koteaw goreng. Kahkahkah.. sedap walawehhh.. menjadi dah jeruk petai aku.. tak boleh tunjuk kat Amna dengan Aimy, depa hantu petai jugak..