Monday, December 30, 2019

KEEREPEK UBI SEDAP

Guysss...
Nak promote sikit, kerepek ubi sedap
Ada 4 flavour tau

Yang paling mendapat sambutan of course kerepek ubi pedas
Then, ada kerepek ubi cheese
Lepas tu ada kerepek ubi biasa 
Dan seterusnya kerepek ubi black pepper

Kalau area Manjung / Lumut / Sitiawan
Yang berminat nak dapatkan kerepek2 ubi ni
Boleh whatsapp 0194463601


Harga dan berat tertera kat gambaq ni..

Ubi cheese! Sedappp weyyy..

Ubi pedas! Confirm repeat order..

Model kerepek ubi mama.. hahaha

Ubi cheese 400gram - RM10
Ubi biasa 500gram - RM10
Ubi pedas 500gram - RM10
Ubi black pepper 500gram - RM10

COD kawasan Lumut / Manjung / Sitiawan

www.wasap.my/60194463601



Sunday, December 29, 2019

Hari Orientasi Darjah 1

Yeahhh.. Amna dah masuk darjah 1!
Rasa macam baru ja dok melayan sakit contraction dalam labour room, sedaq2 budak ni dah nak masuk darjah 1.

Makcik ni memang super excited la nak masuk darjah 1. Bangun awal dia harini. Siap pakai jubah hijau dia dengan tudung, mai kejut mama bangun. Wakakaka.. 

So far dia ok je, tak la peghakkk macam setengah budak, teriak nak kat mak. Mungkin sebab dah biasa pi tadika sebelum ni. 

Ni dah dapat buku latihan, dia dok kejan aku balut buku. Selagi tak buat, selagi tu dok jerit. Pening kepala.

Jom la layan gambaq hari orientasi Amna kat sekolah. All the best Amna, semoga Allah mudahkan kakak nak menuntut ilmu, semoga kakak berjaya dunia akhirat. Aminnnnn..


Dah rehat, ajar macam mana nak beli makanan kat kantin. 

Ayaq oren lima kupang, ketiaw goreng harga singgit.

Botoi susu Aleeya tumpang enterprem!

Hahaha.. awat mata macam tu!

Kakak belajaq pandai2 naaa...

Jadi anak yg berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn..







Saturday, December 28, 2019

Kaki Tebas

Cuti public holiday haritu sempena cuti krismas ( erk...skemanya ayat), kami balik kampung Ipoh, sebab Amna dah kecoh suruh pi ambik Emran. Emran stay kat kampung sejak awal cuti sekolah haritu.

Kami dok temberang Amna, abang nak duduk kat kampung terus dengan Atok, Atok nak jaga abang, Atok nak hantaq abang pi sekolah. Dia risau, nanti macam mana nak pi sekolah baru, nak naik van sekolah sorang2. Hahahaha..

Masa kami sampai kat kampung, adik laki aku tengah belajar tebas rumput aka mesin rumput. Dia baru dapat keja, dan keja baru tu required dia untuk pandai mesin2 rumput ni. Since laki aku ada la sikit kemahiran mesin2 rumput ni, so dia pun ajaq la adik dia. 



Laki aku tengah tunjuk skill memesin rumput.. untung tuan tanah ni, depa dok asah skill kat tanah orang ni.. 

Ada style! 

All the best Iwan!

Haa.. mesin rumput elok2..

Lepas ni, boleh la ambik upah mesin rumput. Hahahaha..

Aku dengan mak mertua tengah skodeng dari tingkap dapur


Emran sedih sebab terpaksa tinggalkan Atok dengan Opah. 

Terima kasih mak ayah, sebab tolong jagakan Emran beberapa minggu ni. Insyaallah, cuti sekolah nanti, Emran balik lagi. Hehehehe.. Boleh Atok bawak Emran solat jemaah kat surau, Atok ajaq Emran hafal surah. 




Thursday, November 28, 2019

Berkabus macam kat Cameron ;-)

Pagi tadi, masa on the way ke tempat kerja, cuaca agak berkabus dengan suhu 24°C.

So, aku sempat snap gambaq yang bukan boleh tengok ni. Feeling2 macam kat Cameron. Bila tah nak pi Cameron lagi ni. Hahaha.. 















Tuesday, November 26, 2019

Batuk - Lunch - Stoking dari China

Cerita harini. 

Saja letak dalam ni, tua2 nanti boleh tengok balik.. hahaha..

Kat tempat keja, pi in house clinic mintak ubat batuk.

Keluaq lunch dengan kawan2 kat pasar tani kekal Lekir. Lauk macam tu RM5.50.

Sampai dah stoking sekolah anak2. Beli 10 pasang teruih. 



Saturday, November 23, 2019

Konvo Tadika Kemas 2019

Khamis lepas, 21/11/2019 ada konvo kat tadika Aimy. Aku plan nak singgah 2,3 jam nak bagi sokongan moral kat Aimy, almaklum la papa dia pengerusi tadika ni, so biaq dia sorang je la yang tunjuk muka. Hahaha.. 

So pagi tu masa hantaq Aimy pi tadika, cikgunya tanya mana pengerusi, aku cakap nak dia tengah breakfast (pagi tu baru balik duty). Cikgu Aimy cakap nak mintak tolong hantaqkan barang pi dewan konvo. Since aku dah bagitau bos & kawan2 yang aku masuk lambat, so aku pun offer diri nak tolong hantaq barang2 tu.

Haritu nak konvo, banner apa pun tak pasang lagi. So aku pun tolong2 la apa yang patut. Lagipun aku memang minat benda2 macam ni. So aku pun tolong la. Cikgu Aimy mintak aku jadi emcee haritu, ishh.. tak pandai la aku. Rela aku jadi tukang bancuh ayaq daripada jadi emcee.

Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Lepas aktiviti makan2, aku pun mintak diri nak masuk keja. 

Layan gambaq2 kat bawah.