Thursday, November 28, 2019

Berkabus macam kat Cameron ;-)

Pagi tadi, masa on the way ke tempat kerja, cuaca agak berkabus dengan suhu 24°C.

So, aku sempat snap gambaq yang bukan boleh tengok ni. Feeling2 macam kat Cameron. Bila tah nak pi Cameron lagi ni. Hahaha.. 















Tuesday, November 26, 2019

Batuk - Lunch - Stoking dari China

Cerita harini. 

Saja letak dalam ni, tua2 nanti boleh tengok balik.. hahaha..

Kat tempat keja, pi in house clinic mintak ubat batuk.

Keluaq lunch dengan kawan2 kat pasar tani kekal Lekir. Lauk macam tu RM5.50.

Sampai dah stoking sekolah anak2. Beli 10 pasang teruih. 



Saturday, November 23, 2019

Konvo Tadika Kemas 2019

Khamis lepas, 21/11/2019 ada konvo kat tadika Aimy. Aku plan nak singgah 2,3 jam nak bagi sokongan moral kat Aimy, almaklum la papa dia pengerusi tadika ni, so biaq dia sorang je la yang tunjuk muka. Hahaha.. 

So pagi tu masa hantaq Aimy pi tadika, cikgunya tanya mana pengerusi, aku cakap nak dia tengah breakfast (pagi tu baru balik duty). Cikgu Aimy cakap nak mintak tolong hantaqkan barang pi dewan konvo. Since aku dah bagitau bos & kawan2 yang aku masuk lambat, so aku pun offer diri nak tolong hantaq barang2 tu.

Haritu nak konvo, banner apa pun tak pasang lagi. So aku pun tolong2 la apa yang patut. Lagipun aku memang minat benda2 macam ni. So aku pun tolong la. Cikgu Aimy mintak aku jadi emcee haritu, ishh.. tak pandai la aku. Rela aku jadi tukang bancuh ayaq daripada jadi emcee.

Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Lepas aktiviti makan2, aku pun mintak diri nak masuk keja. 

Layan gambaq2 kat bawah.