Saturday, February 22, 2020

Homemade roti sosej aka corndog paling simple didunia

Sekarang ni tengah viral pasal corndog ataupun roti sosej dalam tu letak cheese boleh tarik panjang-panjang.

So far, roti sosej yang aku buat ni, takde effect tarik tu sebab aku pakai slice cheese. Huhu. Tapi aku still puas hati dengan rasa dan kesedapan roti sosej ni. Gigih aku pi beli barang nak buat roti sosej ni dekat kedai PCK.

Mula-mula aku celur dulu sosej ayam tu. Dah siap rebus tu, si Aleeya kerinting tu pi ngappp satu. So dah kurang satu sosej. Tapi takpa, aku kerat separuh last sosej tu.

Roti gardenia yg sekeping tu aku lenyek bagi nipis sikit, once OK, ambik cheese dan sosej, balut ketat-ketat.

Then, ambik telur 2 bijik, celup-celup roti yang dah siap digulung tu dalam telur, then masukkan dalam bekas serbuk roti.


Ni sosej yang last, terpaksa aku kerat 2. Hehehehe..

Rupa roti sosej yang dah siap digulung. Dok elok-elok naa..

Elok tak kami gulung? Heheheh..

Ni looks lepas celup dalam lautan telur dan humbankan dalam bekas serbuk roti. Kasi serbuk roti tu tersalut kemasssssss...

Ok, ni dah siap goreng! Wallaaa... Lapik kertas tisu bagi serap minyak.

Eh lupa nak cakap, lepas letak serbuk roti tu aku masukkan dalam peti ais sat. Saja nak bagi serbuk roti tu melekat elok..

Ni hasilnya. Dah siap goreng..
Sedap weh. Cuba laa....



Monday, February 17, 2020

Pembekal asam keping atau asam gelugor

Assalamualaikum.

Area Manjung atau Sitiawan ni, kat mana eh nak cari pembekal asam gelugor?

Laki aku ni nak jual asam gelugor pulak haaaa... So aku as a bini yang baik, always support my laki.. hahahaha.. laki kaya, bini boleh tumpang sekaki..

Kalau tau mana2 pembekal atau supplier asam keping / asam gelugor ni, please whatsapp 0194463601.


Akak ni jual sekilo rm18


Ni laki aku beli dgn kawan dia, sekilo rm15


Ni asam keping yg aku beli kat pasar malam. Tak berapa elok rupa dia.. huhuhu