Thursday, November 12, 2020

Aiskrim Legend

 Assalamualaikum wbt.

Stress la mama, anak2 asyik mintak nak aiskrim.

“Mama, bila nak beli aiskrim. Nak aiskrim”.

So petang semalam, aku pun bawak la anak2 pi beli aiskrim dekat kedai runcit dalam taman aku ni jugak. Beli yang dalam cup tu, senang depa nak makan.

Happy sangat lah depa ni dah dapat makan aiskrim.

Sekali masa aku jenguk dalam peti ais tu, banyak gila aiskrim legend!!!

Rambang mata taktau nak pilih yang mana satu. Semua sedap-sedap. So aku pun ambik lah 1, of course favourite aku, aiskrim asam tu.


Aiskrim durian! Tapi aku tak minat sebab aku tak berapa suka durian. Feeling2 mat saleh gitu.



Ni favourite aku! Aiskrim asam boi.

Sapa sama taste dengan aku, sila angkat tangan! Hahaha



Coco bar nama diberi. Sedapnya coklat.



Coklat lagi! Double choc pulak tu.



Yang ni pun nampak sedap weh!

Semua aku suka. 



Eh ni sumpah sedap!



Aiskrim king kong pun hado. Hahahaha



Aiskrim ni cantik, colourful. Tapi taktau apa flavour dia. 




Pokok Cili Laki Aku

 Assalamualaikum wbt.

Laki aku kalau tanam pokok apa2, insyaallah mau pokok tu hidup. Tapi kalau aku yang tanam, selalunya memang susah nak hidup. Huhuhu.. Kesian.. Dia memang minat tanam2 ni, aku minat jugak tapi disebabkan kebolehan aku untuk tanam menanam ni agak kurang, maka minat aku tu tak la berapa nak hado sangat.

Haritu laki aku tanam cili depan rumah, tanah depan rumah kami tu memang la tak luas mana, sekangkang kera secoet je pun. So biasanya laki aku ni akan tanam pokok2 dia dalam pasu, bekas2 polistrin je pun. Alhamdulillah, subur elok pokok2 cili dia. Aku sebagai seorang yang tak berapa makan makanan pedas ni, jenuh jugak fikir nak masak apa sebab cili2 ni banyak sangat.





Meriah weh cili2 kat pokok ni. Jenuh jugak kami offer dekat jiran2. Tapi disebabkan aku jarang masak2, petik2 cili, cili ni dah pun merajuk. Huhuhu. Sekarang ni pokok2 cili ni dah mati, merajuk dengan aku kot sebab tak ambik tau hal semasa depa. Sekarang ni yang tinggal kat "kebun sekangkang kera" laki aku tu, ada la pokok pandan, pokok tin dengan pokok anggur. 

Pokok tin dah lama jugak tanam, masa tu laki aku memang minat sangat dengan pokok tin, sampai sanggup beli benih berapa puluh or berapa ratus ntah, aku pun dah lupa. Nanti aku tunjuk pokok anggur yang laki aku tanam dalam bekas air. Tapi buah anggur ni masam, tak sesedap anggur yang jual kat kedai.


Wednesday, November 11, 2020

Homework during PKPB

Assalamualaikum wbt.

Ada tak kawan2 dalam ni yang stress bila tengok parents2 lain update pasal anak

depa dah buat homework yang cikgu bagi? Homework tu aku rasa baru

4,5 minit cikgu / ustazah bagi, cepat betoi anak depa siapkan keja sekolah. 

Hahahhaa...


Sepanjang PKP / PKPB ni aku memang kerja, sebab kilang aku tu produce essential goods. 

Jadi bila aku kat ofis, anak2 kat rumah pengasuh, aku honestly agak stress la tengok

mak2 pak2 yang lain dok update anak depa dah siapkan keja sekolah yang

cikgu bagi. Hahaha.. 


Benda ni bukan apa pun, tahun ni memang dah tak sekolah dah. Tahun 2021 baru masuk sekolah balik.

Risau anak2 terlepas pelajaran depa. Hati mak2 mana la tak risau kan.

Tapi apa2 pun takmau la paksa anak2 sampai depa pun ikut stress sekali.

Terima dengan hati terbuka apa saja keputusan yang depa dapat, sambil2 tu kita habaq la kat depa suruh usaha lagi. Depa ni banyak sangat main, tengok tv. Kadang2 tu letih bercakap suruh buat keja sekolah, suruh tengok buku sama. 


Apa2 pun, harap anak2 kita berjaya dunia akhirat. Insyaallah.


Cepat la habis covid 19 ni.. Aminnn..



Homework Akhlak Amna. Balik keja baru sempat nak tengok2.

Abaikan tulisan Amna yang "elok" sangat tu.

Menurun tulisan mama yang tak berapa nak elok.

Hahahahaha

Tuesday, November 10, 2020

Deepavali dalam PKPB - Gelombang Ketiga Covid 19 di Malaysia

 Assalamualaikum wbt

Kerajaan baru je umumkan PKPB di seluruh Malaysia kecuali 3 buah negeri, Perlis, Kelantan dan Pahang. Bayangkan lebih kurang seminggu lagi nak deepavali, for sure ramai kawan2 aku tengah dok prepare nak sambut deepavali, sekali depa umum PKPB.

Aku rasa, depa umum PKPB start 9th Nov sampai 10th Dec sebab nak sekat penularan wabak covid 19 ni. Hari2 boleh tengok, kes cecah 4 digit. So kawan2 yang sedih tak dapat balik kampung beraya dengan family, jangan la sedih. Aku haritu pun sedih sebab tak dapat balik Kedah, sambut raya dengan family aku kat kampung. Nasib baik la rumah mak mertua dekat Ipoh ja masa tu, dapat jugak feel raya tu.

Tapi aku dengar kat radio tadi, kalau kes menurun, kemungkinan PKPB ni maybe akan dipendekkan ke 2 minggu sahaja. Dan aku harap lepas dah implement PKPB ni, kes akan jadi kurang dan seterusnya hilang terus kat muka bumi ni.

Ok, 2 hari lepas aku ada la bodek2 kawan aku yang nak sambut deepavali, aku tanya pasal gelang yang warna warni selalu aku nampak dalam cerita hindustan tu. Dan tak sangka jugak la harini dia bawak gelang tu bagi. Serius lawa gelang tu, warna biru. Warna favourite aku pulak tu.

So nak wish kat semua, selamat menyambut hari deepavali. Jangan sedih2 sebab raya / deepavali tahun ni kita kena sambut dalam norma baru, insyaallah tahun depan kalau covid dah habis, kita sambut meriah kebabommmm punya.

HAPPY DEEPAVALI



Banyak pieces gelang ni. Cantik kan warna biru ni.. 


Kawan2 lain pun ada mintak, bagi la sorang satu. 


Posing dengan gelang raya.. thanks Mohana bagi gelang..


Siap pakai pottu. Segak dak? hahahaha...






Sunday, November 1, 2020

My part time job - Kerepek Pisang dan Kerepek Ubi area Lumut / Manjung / Sitiawan

 Assalamualaikum wbt.

Selain jadi pekerja kilang selama 6 tahun lebih ni, aku ada jugak part time job which is jual kerepek. Lama jugak la aku on off jual kerepek ni. Kadang-kadang penat, kadang-kadang stress, langsung aku tak iklankan kerepek aku. 

Tapi kalau aku rajin, not bad jugak income aku untuk bulan tu. Alhamdulillah.

Since now aku dalam process nak beli rumah, aku rasa aku kena extra rajin sebab lepas ni komitmen aku dah jadi extra walaupun rumah yang aku beli tu akan ada orang sewa.

By the way, ni la kerepek-kerepek yang aku jual.

1) kerepek pisang

2) kerepek ubi

    a) ubi pedas

    b) ubi black pepper

    c) ubi biasa

    d) ubi cheese


So kalau kawan2 yang duduk area Lumut, Manjung, Sitiawan ni yang nak beli kerepek-kerepek aku ni, boleh la whatsapp aku dekat no. ni. 0194463601.