Tuesday, October 12, 2021

Cadangnya nak ke Aeon malam ni

Cadangnya nak ke Aeon malam ni..


Harini aku masuk ke ofis lepas solat zohor. Masuk sekejap, clearkan apa yang patut sebab 14-19 Oktober kan aku nak balik kampung, jumpa keluarga terchenta! Ohhh tak sabarnya.


Selalunya aku duduk 2,3 jam je, tapi lepas suami aku cakap yang dia balik awal harini, aku pun stay lebih lama. Kebetulan memang banyak kerja nak dibereskan. Nak guide budak baru jugak. Risau nanti bila aku cuti, dia struggle nak handle kerja-kerja aku. Kesian dia nanti.


Siapkan kerja-kerja, 6 lebih jugak baru balik dari office. Teringat pulak nak cod kerepek yang customer order semalam. Memang awal-awal aku dah masukkan kerepek yang customer pesan dalam kereta. Tapi bila tengah busy siapkan kerja, terlupa pulak pasal nak cod tu.


Jadi, aku whatsapp customer dulu, tanya dia ada dirumah tak, aku nak hantar kerepek. Alhamdulillah, dia ada di rumah. Jauh jugak nak ke rumah customer ni, cas cod RM2 ni macam tak berbaloi. Hahahaa. Next time suruh je suami aku hantar dengan moto. RM2 cod charges ni sumpah tak berbaloi kalau cod dengan kereta. Hahahaa…


Selesai cod, terus balik ke rumah. Fikir-fikir macam nak singgah Aeon Manjung sekejap, beli makanan apa yang patut, tapi haihhh letih pulak. Terus tekan minyak balik ke rumah. Sampai kat rumah, tengok nasik dan lauk yang aku masak sebelum ke office tadi dah habis. Order lah nasib goreng dekat Grab Food.


Nampak Nasi Goreng Kambing dan Nasi Goreng Daging tu macam sedap. Lama jugak tak makan kambing. Teringin lah pulak! Dapat makan kambing bakar sedap nih. Menjerit-jerit anak cacing dalam perut nih kalau dapat makan kambing bakar harimau teriak. 😂


Habis solat magbrib, terus makan nasik goreng kambing. Lapar punya pasal, habis nasik tu aku balun sorang-sorang. Ya Allah, buruknya perangai. Hahaha…


Cakap dengan suami, lepas isyak kita pi Aeon  ye..


Habis solat isyak, capai handphone, masuk bilik, on aircond, terus landing. Hahahaha. Aeon ke mana, apa ke mana. Esok-esok lah, harini dah penat. 


Ok, itu je nak cerita. ☺️




Nasi goreng kambing order dengan Grab Food

Monday, October 11, 2021

Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Yang Lengkap DiVaksinasi Berkuatkuasa 11 Oktober 2021

 Alhamdulillah..




Semalam, 10 Oktober 2021 memang jadi hari yang penuh bermakna buat semua rakyat Malaysia, berita yang ditunggu-tungu bilamana PM Malaysia, Paklong Mail umum yang pergerakan rentas negeri dibenarkan bagi individu yang lengkap divaksin berkuatkuasa 11 Oktober 2021, iaitu harini lah. Memang dah lama tunggu kebenaran rentas negeri ni sebab dah lama tak balik kampung jumpa keluarga. Ada jugak yang ambik kesempatan nak pergi bercuti, jadi silakan.


Jadi, bila dah boleh kampung ni, nak kena make sure jugak yang kami balik ni tak bawak virus covid 19 ni sekali so aku pun terus ke Farmasi I Sihat sebelah Sofera Hotel nak beli saliva test kit ataupun Antigen Rapid Test (Oral Fluid). 1 test kit ni berharga RM16. Nanti sebelum gerak balik ke kampung, kita check dulu ye. Risau jugak terbawak balik virus covid ni ke kampung. Sekurang-kurangnya kalau result test ni positif, kita tak sebarkan virus ni dekat keluarga kita di kampung.


Haihhh.. jangan lah nak positif pulak. Nak balik kampung ni.... Tak pasal-pasal nanti kena kuarantin pulak. Huhuhu.



Alang-alang ke farmasi, beli la plaster luka untuk anak-anak. Mana lah tau, kang main-main kat luar, jatuh ka, luka ka, boleh la guna. Aku pun kadang-kadang guna pisau, berdarah jugak jari jemari aku ni. So beli spare. Alang-alang jugak vitamin anak-anak dah habis, aku redeem point aku dengan vitamin C with Lysine, strawberry flavour. Sebab tu lah aku suka jadi ahli dan beli barang-barang dekat farmasi I Sihat ni, sebab untungnya, apa kita beli nanti dapat kumpul point.


Point tu pulak, boleh tukar ke barang-barang yang kita nak. Jadi, jimat duit jugak lah kan. Beli sambil kumpul point.



Ternampak pulak Gentle Skin Cleanser jenama Cetaphil. Haritu ada lah sembang dengan kawan aku, dia ada rekemenkan aku cleanser Cetaphil ni, so far OK dengan dia. Buat masa ni, aku guna trial set Hada Labo, baru je guna dalam 2 minggu, trial set ni pun aku beli dari Shopee sebab malasnya nak keluar pi Watson or Guardian. Nak habiskan trial set Hada Labo ni dulu, baru lah nak cuba cleanser Cetaphil ni.




Rasa macam lebih berbaloi beli yang 250ml ni. Harga RM39.90. Ada botol yang lebih kecik, tapi takpe lah, beli yang lebih besar. Alkisahnya, muka aku teruk sangat, berjerawat, dengan parut-parut jerawat, berminyak semua ada. Aku rasa dah kurang sikit la parut jerawat aku ni guna trial set Hada Labo tu, jerawat tu tetap jugak menjengah. Acne mask ke eh? Tak pasti lah. Umur dah nak dekat 40 kot, tapi jerawat rajin pulak keluar, dah macam muda remaja pulak.


Nak habiskan trial set Hada Labo ni, lepas tu nak guna cleanser Cetaphil ni. Harap-harap jerawat dah tak keluar, parut-parut hitam pun hilang. Teringin weh nak ada kulit flawless. Hahahaa...


OK, just nak share, aku dah apply cuti start 14-19 Oktober. Balik dengan anak-anak dan adik aku je, suami aku tak boleh nak cuti, sebab hujung bulan nanti dia still nak kena ambik cuti. Semoga selamat pergi dan kembali hendaknya. Semoga jalan tak jammed teruk. Hehehee...





Saturday, October 9, 2021

Pertama Kali Beli Pokok Buah Tin



Terima kasih Facebook, tunjuk balik gambar lama. Masa ni, suami aku memang minat sangat dengan pokok buah tin. Jadi masa ni, kami ke rumah pakcik makcik ni dekat Teluk Pencalang kalau tak salah, tengok-tengok kebun pokok tin diorang yang penuh keliling rumah.


Terbeli lah suami aku pokok tin, harga boleh tahan jugak, kalau tak salah aku, harga sejenis pokok buah tin tu RM140. Tapi minat punya pasal masa tu, dia beli jugak. Beli sekali dengan baja tahi ayam kalau tak salah aku.


Alhamdulillah, menjadi jugak pokok buah tin yang suami aku tanam. Merasa jugak la jiran-jiran rasa buah tin fresh. Ada sekali tu aku teringat, kawan aku yang berbangsa Cina mengidam nak makan buah tin.


Sekarang ni pokok tin dah takda lagi, suami aku pun dah kurang minat nak jaga pokok tin. Sibuk dengan kebun pisang dan ayam pulak. Ada pisang nangka, pisang rastali, sekali tu suami aku bawak balik pisang tanduk. Besar sungguh. Puas hati kami makan kerepek pisang tanduk.










Cuba Nasib

Bila aku dengar yang budak dekat QA department tu dah nak berhenti, aku pun cuba melawak dengan kawan-kawan aku, yang mungkin aku patut cuba apply position budak tu.


Kawan-kawan aku, why not, cubalah.


So, aku beranikan diri whatsapp manager department tu, kebetulan jugak memang aku simpan nombor dia.


Tak ada rezeki aku, position yang aku nak cuba tu, luar dari bidang aku. Kena ada background dalam science, sedangkan aku background in business, purchasing, shipping. Hahahaa.


Tak apa lah, janji aku dah cuba. Dapat tak dapat, belakang cerita. Kenapa nak sangat keluar dari department aku sekarang ni?


Entah lah, penat. Penat otak, penat segala segi. Malas nak cerita kat sini. Sebelum ni pun bukan tak pernah aku cuba nak masuk department lain, tapi itulah, belum ada rezeki aku lagi.


Bak kata orang lain, nak keluar dari department ni ke department lain tu boleh, tapi dengan cara resign sahaja.


Jadi, bertahan je lah. 







Thursday, October 7, 2021

Movie Review on Netflix: The Guilty

Movie Review on Netflix: The Guilty 


Semalam aku layan satu movie baru di Netflix, bertajuk The Guilty. Kawan aku terkejut aku berjaya habiskan cerita tu, siap recommend movie ni dekat kawan-kawan yang lain. Katanya, cerita ni bosan. Hahahaha. So far, bagi aku, cerita ni OK. 


Just imagine, kebanyakkan scene dalam cerita ni adalah dalam call center dan bilik air. Jadi aku rasa, banyak kos penerbit ni boleh jimat. Pelakon pun tak ramai. Jadi bila pelakon tak ramai, maka kena la cari pelakon yang betul-betul berbakat untuk tarik minat para penonton.


Joe Baylor ni kalau tak salah aku seorang polis yang ada masalah baran, rasanya dia kena denda dan kena bertugas di pusat panggilan kecemasan. Tiba-tiba Joe ni dapat panggilan telefon dari seorang perempuan bernama Emily, sangka Joe ni, si Emily ni kena culik dengan suami si Emily ni yang memang sebelum ni pernah masuk penjara dan banyak rekod jenayah.


Plot twist, sebenarnya Emily tu ada masalah mental, suami Emily si Henry ni cuba nak selamatkan Emily dan anak-anak mereka, Abby dan Oliver. Ada satu masa tu, Emily ni ternampak ular dekat perut Oliver, jadi dia toreh perut Oliver ni konon-konon nak selamatkan Oliver.


Masa Joe ingat yang Emily ni kena culik, Joe ni pun ajarlah Emily cara macam mana nak lepaskan diri dari Henry, jadi dia suruh Emily cari apa-apa benda keras dan suruh hentak kepala Henry. Bila Joe sedar yang sebenarnya Emily ni la punca segala masalah, dia rasa sangat-sangat menyesal dan cuba betulkan balik keadaan.


Scene kena culik, scene dalam van, scene dekat rumah antara polis dengan Abby dan Oliver, semua ni tak ada. Kita sebagai penonton cuma boleh dengar dan bayangkan sebab semua scene tu hanya terjadi dalam telefon.


Scene yang kita betul-betul boleh tengok, keadaan Joe yang panas baran, keadaan Joe yang penuh emosi masa cuba nak call peronda untuk selamatkan Emily, dan jugak betapa kalutnya Joe nak cari polis untuk pergi tengok Abby dan Oliver di rumah. Macam mana dia nak dapatkan trust anggota polis dan peronda yang lain sebab kebetulan masa tu, Joe ni ada masalah bunuh seorang remaja lelaki.


Cerita ni bagi aku tak bosan. Jadi, silalah tengok. Aku bagi 5 bintang.


I give 5 stars to this movie since I like the whole story, there is no sex scene so it's a good movie to watch with all the family members. You need to use your own imagination skills to watch this movie since all the scenes are only shown in the call center area where Joe's received the call from Emily and some scene in the toilet. I love the emotions of Joe Baylor, he successfully show his capability to bring this character so well. So well done to the "The Guilty" team.




Monday, October 4, 2021

Lunch Biasa-biasa Aje

Hari isnin hari yang super busy untuk aku. Jadi kita masak ala kadar je lah, janji kenyang.
Pagi tadi buatkan milo untuk anak-anak, lepas tu goreng nugget tempura jenama Pride. Eh, sedap jugak nugget dia.


Next time nak beli stok, nak cari jenama Pride ni je lah. Aku memang recommend sangat sapa yang nak beli nugget sedap, beli lah jenama Pride ni. Tapi bukan nak cerita pasal nugget, nak cerita pasal lunch aku yang biasa-biasa ni.


Penat lah fikir nak masak lauk apa nak match dengan nasik putih, last-last masak je lah spaghetti. Senang kerja, tak payah fikir nak masak lauk. Bahan-bahan nak buat spaghetti memang aku akan beli dan simpan kat rumah.


Bila-bila nak masak, senang semua bahan-bahan dah ada. Kalau kuah tu, mesti aku akan beli jenama Kimball. Sama jugak dengan spaghetti mee tu, mesti jenama Kimball jugak. Kalau takde dua brand ni baru la ambik jenama lain.


Walaupun menu biasa-biasa je, dah nak habis spaghetti yang aku masak ni. Anak-anak memang suka, semua pakat tambah. Mama nak lagi, nak lagi. Ahhh gitu, hati mama pun berbunga riang sebab anak-anak suka makan.

😂😂


Sunday, October 3, 2021

Kempen Derma Darah Bergerak Hospital Seri Manjung Bulan Oktober 2021


Pinjam gambar dari page Manjung Blood Donation. Jadual kempen derma darah Hospital Seri Manjung bulan Oktober 2021.


Ada siapa-siapa yang free harini?
Jom pergi derma darah di Aeon Manjung, Perak sama-sama nak tak??
Nahh.. aku share sekali jadual derma darah untuk sepanjang Oktober 2021 ni.


Insyaallah, aku nak derma darah harini.
Sebab dah cukup 3 bulan sejak tarikh last aku derma darah. Last aku derma darah haritu 1 Julai 2021.


Kalau dapat derma darah harini, tercapai sudah lah target 2021 aku nak derma darah 4 kali tahun ni. Harap-harap tercapai, tapi risau jugak sebenarnya, adik aku dah 2 kali try nak derma darah, tapi tak lepas.


Hemoglobin (HB) dia low, kalau tak salah aku untuk perempuan kena lebih dari 12.5. Tak pernah-pernah pulak HB dia low sampai 2 kali berturut-turut nak derma darah tak lepas.


Sekarang aku nak sambung rehat, lepas tu nak makan banyak sikit sebelum pergi derma darah. Risau pulak kang aku pitam kat sana. 









Friday, October 1, 2021

Cara Nak Redeem KFC Snack Plate Buy 1 Free 1 Lepas Lengkap Vaksin

Assalamualaikum 


Ok, tajuk memang panjang. Saja nak tulis panjang-panjang sebab nak bagi orang senang faham. Hahahaha. Ok, gara-gara whatsapp status aku, yang aku share semalam or 2 hari lepas, pasal aku redeem KFC Buy 1 Free 1 tu, ramaiiii yang tanya macam mana nak buat.


Ok, mai aku ajaq!


Mula-mula, pastikan hangpa semua dah lengkap vaksin. Lepas tu, hangpa kena submit sijil vaksin kat link ni ; kfc.com.my/vaksin 


Bila dah berjaya, akan dapat email macam ni. 





Bila dah dapat email pengesahan macam ni, hangpa jangan menonong pi KFC, beratur lama-lama macam aku kata nak redeem Buy 1 Free 1 yang vaksin tu, hangpa kena order siap-siap dekat KFC apps. Cara dia macam kat bawah ni;





Jadi order siap-siap dalam KFC apps ni, jangan jadi macam aku haritu. Dah la beratur nak masuk TF tu punya lah panjang, nak masuk KFC pun lama oiii… Jadi order lah siap-siap, nanti hangpa pi pick up saja. 


Order tu depa akan letak tepi siap-siap, so check lah dekat resit tu ada nama hangpa ka tak. Macam aku haritu, aku redeem untuk aku dan laki aku sekali, jadi dapat la kami 4 kotak.


Maksudnya hang bayar dalam RM13 untuk 1 set snack plate dan hang dapat 1 set lagi secara percuma. Haritu aku gatai pi tambah cheesy wedges, so 1 set lagi aku jadi RM19. Tambah tolak untuk 4 set snack plate dan 1 bekas cheesy wedges adalah RM32.


Promosi vaksin lengkap buy 1 free 1 ni kalau tak salah aku sampai 26 Oktober 2021 saja. Jadi, baik hangpa pi grab lekaih. Takut takdan nak grab, sebab katanya ada limit jugak.


Hurmmmm… yang spoilnya haritu, tak dapat sudu dengan sos. Nasib baik kami balik makan dekat rumah, jadinya ke dapur lah ambik sudu dengan sos cili. Mungkin lah untuk set promo vaksin buy 1 free 1 ni memang depa tak sediakan sudu dengan sos, wallahualam. 



Thursday, September 30, 2021

Madu Kelulut Asli




Madu kelulut asli!


Hari ni suami aku bawak balik madu kelulut asli. Dia dah lama bela kelulut ni dekat kawasan tempat kerja dia, so bila tengok dia bawak balik hampir-hampir sekilo berat madu kelulut ni, wahhh.. bestnya.


Akhirnya, apa yang dia usahakan dapat hasil. Dia tak jual pun, bela dan guna sendiri ja madu kelulut ni. Aku pernah try madu kelulut ni, rasa masam macam mana tah. Jarang-jarang aku minum, tiap-tiap pagi aku nampak la suami aku minum sesudu madu kelulut ni.


Apa kebaikan madu kelulut?


Aku taktau. Hahahaha. Mungkin khasiat dia sama banyak macam madu lebah, mungkin. Aku taktau. Harga madu kelulut ni boleh tahan mahal jugak, jadi kalau ada kawan-kawan yang berhajat nak beli, pastikan beli yang original ya.








LEAVE CANCELLATION

 Assalamualaikum.. 


Since cuti tahunan aku masih banyak, tak salah aku setakat bulan September 2021, masih ada balance 14 hari, jadi aku pun plan nak ambik cuti seminggu lepas habis PKPD. Alkisahnya, PKPD habis awal dari tarikh sepatutnya. 


Asalnya 5 September sampai 18 September, tapi sambung pulak ke 19 September sampai 2 Oktober. Tapi dalam 22 September, MKN umumkan yang PKPD Taman Samudera, Manjung ditamatkan. Lompat bintang kami semua!


Semua dah rasa burnt out gila duduk rumah! Hahahaha... Walapun aku ni bukanlah jenis yang selalu keluar, tapi mentally memang dah set, PKPD tak boleh keluar, kena duduk rumah, itu yang rasa tersangat-sangat 'letih".


Jadi, bayangkan penduduk sini yang bekerja sendiri ataupun yang makan gaji, hilang sumber pendapatan depa sepanjang PKPD ni.


Kebetulan PKPD ni ditamatkan awal, aku pun fikir-fikir, biarlah cuti aku tu. Aku still maintain dengan cuti dari 4 September sampai 8 September. Sekali rupanya team mates aku pun ambik cuti tarikh yang sama.


Since keperluan untuk dia ambik cuti tu lebih penting, so aku dulukan dia, terpaksa lah aku cancel kan cuti aku. But it's OK, utamakan mereka yang lebih penting. So aku pun inform HOD aku, aku nak ambik cuti 30 September. Jadinya, harini aku pun cuti!!!! Yeahhh...


Pagi-pagi aku dah masak nasik awal-awal, goreng mee, memang tak on laptop langsung. Bahagia betul cuti macam ni, kalau boleh taknak fikir pasal kerja langsung, tapi macam agak mustahil, harini fokus nak jadi suri rumah je, tengok anak-anak masuk kelas PDPR, basuh baju, sidai baju. Wehuuuu.....

Sunday, September 26, 2021

Flavettes Effervescent Glow dan Vitamin C 1000g + Zinc



Aku baru je beli Flavettes Effervescent Glow, 1 tube ni ada 15 tablets dengan perisa Orange. Dalam Flavettes Effervescent Glow ni ada kandungan Vitamin C, L-Glutathione dan Vitamin E yang katanya baik untuk kulit. 


Sementelah kulit aku memang tengah breakout teruk, dengan jerawat batu, dengan parut-parut hitam bekas jerawat, jadi aku rasa nak cuba amalkan Flavettes Effervescent Glow ni. Mana tahu, sesuai dengan kulit aku. Harap-harap lepas ni hilang lah parut-parut jerawat dekat muka aku ni.


Masa aku pergi melawat adik aku di Sri Iskandar, dia bagi aku 1 tube Vitamin C 1000mg + Zinc, dalam 1 bekas tube ni ada dalam 10 biji tablet berperisa Orange. Alhamdulillah rezeki. Dah tak payah beli lagi, 2 tubes ni dah cukup untuk stok sebulan. 


Semoga diberi kesihatan yang lebih baik lepas ni. Kita ikhtiar je la dengan ambik Vitamin C ke, apa-apa supplements, ada juga yang amalkan madu asli, habbatussauda sama ada biji habbatussauda yang raw tu, ataupun makan kapsul, janji ini ikhtiar dan usaha kita.


Musim-musim covid ni, baik kita cari pelindungan untuk badan kita kan. Sebabnya, kadang-kadang makanan yang kita ambik tu tak cukup vitamin dan khasiat untuk badan. Wahhh… cakap dah macam gaya doktor atau ahli farmasi. Kalau salah fakta, teruk kena kecam ni. 


Maaf ye kalau salah fakta. Hahaha. Apa-apa pun, sebaiknya rujuk lah dengan orang yang lebih mahir dalam bidang ni. 


Ok bye.. nak prepare sandwich telur. Take care semua. 












Friday, September 24, 2021

kena pandai cover malu



Padang tempat aku selalu main masak-masak masa kecik dulu (tipu je)


Aku terjumpa story ni dalam draft post aku. Hahaha. Post ni aku karang masa awal-awal aku kahwin dulu, sekarang ni dah ada 4 anak. Hahaha. Takpa kan kalau nak post balik. 😂 Sudi-sudikan lah baca ye.. 

***

Dulu, aku satu family pernah tinggal di sebuah kampung yang lain sebelum ayah ambik keputusan untuk pindah balik dan tinggal dengan tok sebab keadaan kesihatan tok yang tidak mengizinkan. Kat kampung lama tu, mesti lah aku kenal dengan kawan-kawan ayah. Sebab kadang-kadang aku yang jadi tukang buat air kopi. Air kopi adalah minuman wajib yang akan dihidang kepada tetamu sejak turun temurun, sejak dari abad ke 10 lagi.


Lepas pindah dari sana, kami dah memang jarang balik ke sana, sementelah (ayat skema gila vavi) aku pulak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi daripada espiyem dan estipiyem. Dan selepas tu bekerja pulak.


Alkisahnya, masa kenduri kahwin aku tahun lepas, adala beberapa kawan lama ayah yang datang. Aku sangat-sangatlah ingat pakcik tu sebagai kawan ayah. Jadi, sebagai orang yang dikenali ramah walaupun muka sombong, aku pun meringankan mulut, tegur kawan-kawan ayah.


Aku: Pakcik Deris dah lama sampai? (sambil salam ciyum tangan. Sopan gila aku nih. Adik-adik aku pun menempek sekali, salam dan bersembang lebih kurang dengan Pakcik Deris).


Pakcik tu: Lama dah. (kemudian sembang pum pang pum pang sebelum aku mintak diri beredar dari situ, tak manis rasanya menyebok masa orang-orang tua tengah sembang).


Dah lama sembang, Pakcik Deris pun angkat punggung, nak balik. Aku dengar ayah pesan kat Pakcik Deris, "Daud, hang kalau senang mai la jalan kat sini lagi. Nah, ni lauk kenduri".


Aku masa tu sedar yang aku dah salah sebut nama pakcik tu. Masa tu sumpah macam nak loncat masuk dalam kawah, yang orang kampung guna nak masak gulai siang tadi. Tapi, dah nama pun pengantin, mesti lah tahu cover malu.



Duit Perabih Kat Mana Harini Tarikh 23 September 2021

 Alhamdulillah.. 



PKPD Taman Samudera Manjung berakhir pada 22 September 2021. Lega ya amat sebab hampir 18 hari kami ‘terkurung’ di rumah tapi kami akur dengan keputusan yang dibuat memandangkan kes positif dekat kawasan kami ni makin hari makin naik. 


Habis PKPD ni bukan bermakna kami semua boleh bersorak riang, sebabnya kes covid tetap jugak ada, cuma penduduk bebas untuk keluar bekerja, mencari rezeki sebab ramai yang mengeluh hilang punca pendapatan gara-gara PKPD, sebab ramai juga yang bekerja sendiri dan yang bergaji hari. Kalau dah tak keluar bekerja, mana pulak nak datang income kan.


Ok, berbalik kepada tajuk diatas, tajuk tu macam page femes dekat Facebook, Masak Apa Hari Ini (MAHI), tapi untuk versi aku, Duit Perabih Kat Mana Hari Ini. Hahaha. Saja lah nak buat post macam ni, mungkin esok-esok boleh tengok balik, dekat mana la aku dok perabih duit aku hari-hari. Jadi untuk 23 September, mai sini aku nak share dekat hangpa semua, kat mana aku perabih duit-duit aku. Please ingat tau, aku ni bukan orang senang, setakat kerja kilang dengan gaji tak seberapa, dan post ni bukan la untuk
menunjuk-nunjuk. Ok?



1. Laksa Kak Azizah @ Jijah Corner Manjung Point - 3 bekas RM12


Aku memang selalu order laksa Kak Azizah ni, memang kena dengan selera dan tekak aku, kuah pekat, ni memang real punya laksa Kedah. Dan selalunya aku akan request nak timun dengan telur ja, sebab sayur mayur segala bawang tu aku tak makan. 




2. Air Cha Bang Ang Najwalicious - 2
RM15 order dekat Grab Food



Dah lama teringin nak minum air favourite ni, tapi malas nak drive pi dekat tepi Stadium Manjung, dan since haritu Najwa ni cakap dah boleh order dekat Grab Food, aku pun apa lagi, terus lah order. Masa tu balance dalam account grab food tu ada la balance berapa ringgit, so lepas la nak beli air cha bang ang ni. For those yang taktau air cha bang ni rasa macam mana, dia macam combination fresh milk dengan air gula merah, cincau dan biji selasih. Sorry ye kalau salah resepi aku tu. Hahahaha. Baik hangpa pi beli dekat gerai Najwalicious atau order terus dalam grab food.






3. Corndog- 3 pcs RM15



Beli corndog dengan ustaz kat sekolah anak-anak aku. Tapi tak tangkap gambar pulak, terus suruh anak aku pi simpan dalam peti ais. Support adik-adik meniaga, muda-muda rajin cari duit. Bagus, boleh buat adik ipar. Hahahaha.



4. Ubi Cameron - 2 pek RM21 termasuk cod charges.. Hahaha..
Rindu weh nak pi Cameron, tapi tak boleh nak rentas negeri, jadi dapat makan ubi Cameron pun kira Ok lah kan. Makan ubi rebus sambil feeling-feeling ada dekat Cameron. 😂



Dah rebus sebungkus, sebungkus lagi esok-esok lah rebus. Beli sikit takut tak cukup, beli lebih, hurmmm macam tak habis pulak. Ni namanya hasutan syaitonnirrrojimmmm..





Ok tu je lah update aku pasal Perabih Duit Kat Mana Hari Ni. Duit biasanya akan habis dekat makan minum sebab aku bukan jenis yang suka beli baju, tudung semua tu. Kasut, bag pun jarang-jarang beli. Jenis pakai je yang mana. 
So, itu je lah cerita aku. Sekian, terima kasih.


Tuesday, September 21, 2021

Di serang jerawat batu, nak cari skincare untuk kulit berminyak

Taktau macam mana nak describe perasaan aku sekarang ni, sedih sangat dengan condition kulit muka aku ni, jerawat asyik naik je dekat muka. Kalau jerawat biasa-biasa tu takpa jugak, ni jenis besar, sakit pulak tu. Uwaaaaa….


Haritu banyak naik dekat area dagu, tepi- tepi pipi tu, ni 2,3 hari lepas keluar seketul besar dekat pipi. Haritu aku ingatkan acne mask @ mask acne, tapi ni aku duduk terkurung kat rumah disebabkan PKPD, manalah nak pakai face mask sangat pun, tapi jerawat asyik jugak muncul. 


Ingatkan haritu jerawat-jerawat ni naik sebab face mask, so aku beli lah face mask yang Ok sikit, brand Neutrovis. Mahal lah sikit dari brand-brand biasa, Alhamdulillah sesuai kot dengan kulit muka aku. Tapi yang peliknya sekarang, aku banyak masa kat rumah, jarang keluar, jarang pakai mask tapi jerawat batu bata ni asyik pulak naik.


Ada kakak aku kata, pakai la  kulit pisang, gosok dekat muka, boleh hilangkan jerawat dan pudarkan parut jerawat. Bahagian dalam kulit pisang ye, bukan bahagian luar. Jadi gigihlah aku gosok kulit pisang tu dekat muka. Hahahaha. Tak hilang pun. Anak aku siap tanya, betul ke ibu cakap boleh hilang jerawat? Amna tengok tak hilang pun 😂😂


Jadinya aku nak cari skincare yang sesuai untuk kulit muka berminyak dan berjerawat macam aku ni. Tapi banyak jenis sangat jenis-jenis skincare dekat pasaran, aku pun tak reti nak beli jenis yang macam mana.


Anyone yang ada masalah jerawat dan kulit berminyak macam aku ni, boleh tak tolong suggestkan product skincare apa yang sesuai. Huhuhu… 






Sunday, September 19, 2021

FREE REVIEW : TEMPAHAN HASIL SENI KHAT KARYA DJ FARIN

 Assalamualaikum.


For those yang mencari-cari hasil seni khat sebagai cenderamata atau hadiah kenang-kenangan, boleh contact Abang Farin di no. Whatsapp yang tertera dibawah. Boleh pilih nak design yang mana, within your own budget. InsyaAllah, pasti puas hati. Kalau berminat nak lihat hasil karya Abang Farin secara lebih dekat, lokasi Abang Farin di sekitar Lumut, Manjung dan Sitiawan.


Abang Farin @ www.wasap.my/60173474188/tempahanbertuliskhat



Sama - sama kita kembalikan kegemilangan seni khat.

     Bukan semua orang mempunyai keistimewaan untuk menulisnya.

Jom kita support karya-karya dari penulis khat dan meriahkan kembali hasil seni ini.

Penggunaan bahan-bahan khazanah alam dari kayu-kayan terpilih menghasilkan  satu seni kraftangan yang tersendiri.

 

Corak-corak asli @ semulajadi anugerah ciptaan- Nya amat memukau mata yang memandang.

 Bagi peminat seni, ia merupakan satu hasil karya yang amat mahal.  

Tetapi, hari ini semua dapat memilikinya dengan harga kasih sayang.

 

Jom dapatkannya untuk diri sendiri @ untuk dihadiahkan buat insan tersayang.

Tempahan boleh dibuat melalui nombor tertera.


 www.wasap.my/60173474188/tempahanbertuliskhat








































































Free Review for Local Small Business Owner

 Assalamualaikum 

Hello, hai semua. Saya siti. Saya nak tawarkan free review product korang dan letak dekat blog saya. Gambar dan ayat boleh email dekat saya, nanti saya akan post ke blog saya ni.


Tapi saya just nak bagitau siap-siap, blog saya ni blog sendu je, jadi jangan put high expectation sangat, saya tak bagi jaminan lah yang sales product korang akan melambung-lambung macam korang bayar dekat selebriti atau instafamous semua tu. 


Hehehee..


Tawaran ni terhad sampai hujung September 2021 dan product yang hendak di letakkan dalam blog ni bukan lah product yang berunsurkan gambling, drugs, sex toys segala macam tu. 


Yang berminat, boleh email saya ke sitinaminah02@gmail.com


Hi, 


I’m giving special free review for local small business owner. You guys can email me your products with all the details what you guys want me to put / post in my blog. This free promo will open until end of September 2021.


This offer is open for you guys to help you to promote your products but please don’t put high expectations from this review since the engagement to this blog is sooo sendu, but at least it is free, hahaha at least you don’t have to pay me anything, thank you is enough for me. Otherwise, you can ask the famous selebriti or instafamous to do the paid reciew. Hahaha. Just joking.


Please email me your products details to sitinaminah02@gmail.com




Saturday, September 18, 2021

Google Adsense - Earning at risk, apa benda tah ni..

Assalamualaikum 


Aku buka account Google Adsense aku, saja nak sedapkan hati, mana tahu tiba-tiba account aku dah cukup USD 100, so aku boleh cash out duit dari account Google Adsense aku.


Tapi tu semua hanyalah mimpi dan angan-angan aku. Hahaha. Aku hampir give up, same feelings masa aku mula-mula cuba nak link kan blog aku dengan Google Adsense, tak tidur malam aku dok fikirkan cara-cara nak link dan connectkan blog aku dengan Google Adsense. 


Dengan tak tahu malu, tanpa segan silu, aku contact dengan seorang blogger ni, padahal aku langsung tak kenal dia. Hahahaha.


Banyak jugak la dia explain pasal blog dan Google Adsense ni dengan aku, sebabnya dah banyak ilmu dia, jadi janganlah malu untuk bertanya. Income dia pun dah masyuk sebab pageviews ke blog dia tinggi gila!

OMG!!!


Teringin weh nak ada pageviews berjuta macam dia. Ni harini aku tengok dalam account Google Adsense aku asyik show ‘Earning at risk - You need to fix some ads.txt file issues to avoid severe impact to your revenue’.


Apa benda ni weh???


Aku tengok stats, sendu gila stats ke blog aku. Jadi jangan mimpi lah nak dapat income dari berblogging ni.


Eh.. siapa-siapa yang mahir pasal blog dan Google Adsense ni, help me please. 


Nahhh.. sendu gila kan. Hahahaha..


Buat Baik Sampai Jadi Muflis?

Assalamualaikum


Hari ni lepas subuh aku sambung tidur semula. Malas nak buat apa-apa since mood masih belum nak OK sejak Majlis Keselamatan Negara (MKN) lanjutkan PKPD di Taman Samudera Manjung, tempat tinggal aku ni. Allah.. rasa letih, rasa mentally exhausted sangat, rasa terkurung pun ada.


Tapi tu lah, aku cuba ingatkan diri sendiri mungkin ini yang terbaik untuk kami semua. Insyaallah, akan ada pelangi indah buat kami. Sepatutnya aku bersyukur, ada yang berada dalam kawasan PKPD ni yang bekerja sendiri atau bergaji hari, tapi gaji aku masih masuk seperti biasa. Hurmm…


Pagi ni aku buka Facebook dan baca post dari saudara Azizul Azli Ahmad. Well, dah lama aku follow dia, banyak jugak tips-tips kawangan yang dikongsi. Dan post harini pasal Jangan Jadi Baik Sehingga Muflis? Untuk tips-tips kewangan, tips nak beli rumah, boleh lah follow saudara Azizul Azli Ahmad dekat facebook ye. 


Sebenarnya, cerita aku pun lebih kurang cerita ‘mangsa’ dalam cerita tu, disuruh jadi guarantor masa nak beli kereta. Seperti cerita ‘mangsa’ tu, dia banyak buat loan sebab nak bantu keluarga. Last-last bila dia susah, nak mintak balik duit dia, dia pulak dihina. Sampai akhirnya dia jadi muflis. Bila dah declare muflis ni bukan kerja senang nak clearkan balik nama kita. Aku doakan saudari yang share cerita muflis dia tu dipermudahkan segala urusan dia, dimurahkan rezeki semoga dia dapat clearkan nama dia yang di senarai hitam (blacklisted). Amin.


Cerita aku.


Masa tu masih bujang, tapi dah bertunang dengan laki aku sekarang. Aku kerja kilang baju di Penang, gaji aku masa tu RM1400 dan boleh claim OT. Hahaha. Entah kenapa nak sebut pasal claim OT tu. Kisahnya, adik aku nak beli kereta second hand, tapi since adik aku tak kerja, loan kereta atas nama boyfriend dia. 


Kereta dah cari, dah dapat, sebab abang aku dah tolong carikan dekat used car, tapi guarantor tak ada, jadi hujung-hujung tu baru lah aku dicari. Aku tolak nak jadi guarantor sebab aku tau kesan ke depan nanti macam mana. Jadi, teruklah aku dikecam. 


Katanya kereta ni dibeli sebab nanti senang nak bawak mak pergi pekan, senang nak bawak mak pergi mana-mana, senang nak beli barang. Semuanya senang, tapi aku nampak susahnya dekat aku balik nanti. Jadi aku tetap dengan keputusan aku, takmau jadi guarantor. Menangis aku bengkak mata, semua orang benci aku. Macam aku taknak tolong keluarga.


Tapi Alhamdulillah, tepat keputusan aku tu. Tak lama lepas tu, adik aku break up dengan boyfriend dia tu, dan adik aku dapat sambung belajar. Ya Allah, terima kasih bantu aku, tetapkan pendirian aku masa tu. Bayangkan kalau betul aku jadi guarantor, dengan gaji aku yang tak seberapa masa tu, kau rasa aku mampu??


Nasihat aku, nak tolong orang biarlah berpada-pada. Biarlah orang mengata,  mengecam, janji tak susahkan kita kemudian hari. Hubungan aku dengan adik beradik aku Alhamdulillah Ok. Kami dah lupa kenangan lama tu, tapi untuk aku, masih lagi berjaga-jaga dan berhati-hati. 


Biar papa asal bergaya. Ada orang memang sanggup macam ni. Muka tak malu, sanggup hutang sana sini, janji dapat beli apa yang dia nak, dapat bergaya macam semua tu dibeli pakai duit dia, sanggup berhutang sana sini. Kesian orang yang kerja penat-penat, abaikan keperluan dan kehendak diri sendiri, tapi sebab fikir nak bantu keluarga, dia pun tolong. 


Bila dah tolong, tak bayar balik pun. Bila orang yang bagi pinjam duit tu mintak balik duit, dah macam pengemis layaknya. Padahal mintak duit sendiri. 


Haishhh… panjang aku tulis kali ni, sebabnya aku rasa aku boleh relate cerita pasal muflis tu dengan diri aku. Tapi Alhamdulillah la, aku takla muflis. Terima kasih semua yang sudi baca cerita aku. Cerita aku ni bukan nak malukan siapa-siapa, tapi lebih kepada berkongsi kisah aku. Maaf kalau ada yang terasa. 




















Thursday, September 16, 2021

MENU PKPD HARI KE 12

Assalamualaikum 

Harini dah masuk hari ke 12 PKPD Taman Samudera, Manjung Perak. Tak lama dah nak habis. Feeling dia tu macam nak sambut raya, dok menghitung hari bila nak habis PKPD. Jangan lah kena sambung lagi, kuciwanya kami. 


Yang lebih terkesan tu mestilah mereka yang bekerja sendiri atau yang bergaji hari. Semoga habis PKPD ni, rezeki sahabat-sahabat 1 taman saya ni diberikan rezeki yang mencurah-curah. Aminnnn… Jom sama-sama kita doakan.


Alhamdulillah, harini kami dapat bantuan dari pihak masjid. Ayam seekor, sardin 1 tin, minyak masak 1 pek, mee kuning sebungkus, ketiaw sebungkus, roti gardenia yang panjang tu sebungkus. Alhamdulillah, walaupun terkurung, rezeki kami mencurah-curah. Apa je yang orang bagi, kami terima dengan ucapan syukur Alhamdulillah.





Aishhh.. senget pulak gambar ni. Hahaha… nanti lah aku cuba rotate gambar ni, susah pulak nak rotate 😂


Disebabkan hari-hari sebelum ni kami dapat banyak ikan temenung ataupun ikan kembung, so harini goreng lah ikan temenung ni. Sedapnya makan ikan goreng dengan sambal belacan.




Goreng banyak-banyak terus, nanti anak-anak boleh repeat makan. Petang nanti lepas main, mesti lapar balik. 





Masak jugak kari ayam dengan kentang dan buah jambu cameron. Honestly aku tak berapa sure buah tu nama apa, tapi kalau ke Cameron, memang selalu lah nak buah ni. Rupa dia macam jambu, tapi bukan jambu. Hahahaaha. Kawan-kawan aku cakap, rasa macam gulai betik yang selalu kami orang Kedah akan masak. 


Gulai ayam campur betik memang sedap. Tapi bukan guna betik yang dah masak, tapi guna betik yang keras-keras, ada warna oren-oren sikit. Ishhh.. rindu betul gulai ayam dengan betik. Kalau kenduri-kenduri dekat kampung aku di Kedah, memang boleh jumpa lah menu gulai ayam dengan betik ni.





Inilah rupa jambu cameron tu. Aku panggil jambu cameron sebab rupa dia sumpah macam jambu 😂


Ok, tu saja nak cerita harini. Ada masa, ada kerajinan, Insyaallah saya akan update lagi. Malas bebeno nak update blog. Padahal banyak je benda yang nak dicerita. Doakan jugak blog saya ni dapat earn income dari google adsense. Hahaha. Ntah la, malas nak mengharap. Dah la blog pun sendu je, ada hati nak earn income 😂😂











Wednesday, September 15, 2021

PKPD Taman Samudera, Manjung Perak hari ke 11

Alhamdulillah. Harini dah masuk hari ke 11 kawasan kami dikenakan PKPD. Semoga kes positif di kawasan Taman Samudera Manjung ni makin turun hendaknya. Amin. Tapi bila dengar ada ura-ura yang mengatakan tempoh PKPD ni akan bersambung, Allah! Rasa dah tak larat dah ni. Harap-harap berita tu memang sekadar khabar angin.


Pihak yang sebarkan khabar angin ni, tolong la jangan share berita yang tak sahih. Buat semua orang panik sebenarnya, walaupun sebenarnya terpaksa redha dan hadap lagi keadaan kalau-kalau betul tempoh PKPD dilanjutkan.


Ok, abaikan pasal khabar angin tu.


Harini kami dapat ikan, ikan size comel-comel, kecik je tapi bila goreng garing-garing, boleh makan sekali dengan tulang. Aku tambah satu lagi menu, buat sambal ikan. Fuhhh… sedap! Licin semua ikan yang baru dapat harini. Dah tak payah nak simpan dalam peti dah. 


Terima kasih buat pihak yang bagi ikan harini dan tak lupa jugak kepada team yang agihkan ikan-ikan ni. Bukan mudah tau, dalam taman ni saja ada dekat 2 ribu lebih buah rumah. 


Mulanya ingatkan harini takde agihan apa-apa ke taman ni, sebab semalam dah dapat sayur dan bahan-bahan masak, tak sangka pulak dapat ikan. Alhamdulillah, jangan banyak komplen, bersyukur lah dengan apa yang ada.


Nanti aku share cerita pasal pengirim misteri yang hantarkan 3 kotak makanan kat aku. Terkejut sangat-sangat! Keluar airmata jantan aku. Next time aku share ya. 


Please stay safe, take care. 



Dapat 1 plastik ikan. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.




Comelnya ikan. Boleh jugak buat kuah laksa tapi laksa takdak, goreng je lah senang.






Dah siap siang ikan. Toskan air dulu. Satgi kita gaul dengan garam kunyit. Lepas tu goreng.




Dah goreng! Sedapnya makan panas-panas.
Makan sekali dengan tulang ikan, jangan risau, tak tercekik sebab dah goreng garing-garing dah.









Buat sambal ikan sikit. Masa share gambar sambal ikan ni dekat whatsapp status, ada pulak kawan yang mintak resepi. Hahaha. Malu saya sis, saya bukan pandai masak sangat.