Thursday, January 28, 2021

BUKU UNTUK ANAK-ANAK

 Assalamualaikum wbt.

Jadi, 2021 ni anak2 masih belajar online kat rumah.

Mencabar gila bila anak-anak belajar kat rumah ni. Bukan seorang, tapi 3 orang anak kita kena tengok-tengokkan kelas online depa termasuk kerja sekolah yang cikgu bagi. Bertambah mencabar bagi mak2 yang bekerja ni, sebab anak2 dekat rumah pengasuh, so tak dapat nak join kelas online. Malam je masa yang ada untuk mak2 tengokkan kerja sekolah anak2. Kalau dah malam ni paham2 laa, bateri dah weak, mak pun dah letih sebab siangnya keja, anak2 pun dah mengantuk sebab siangnya dah pakai banyak tenaga sebab meloncat, berlari, bergaduh, berebut, tolak aku hang.

Jadinya, sebab nak tarik minat anak2 baca buku dan tertarik dengan buku, so aku belikan anak2 buku dari bookstore dan jugak online. 


 Aku beli 4 buah buku cerita dekat Chiew Stantionary, kedai ni dekat ja dengan rumah aku. Balik kerja aku singgah situ, hampir satu kedai level bawah tu aku tawaf. Ada jugak puzzle bagi anak2 main, takla asyik tengok TV je. Congkak yang aku beli haritu, depa dah muak nak main, guli pun taktau hilang pi mana. Haihhh... 




Buku 500 vocabulary (dapat free Children's Visual Dictionary) dengan buku Bijak Nombor ni aku beli online. Sumpah lawa buku ni. Aku harap anak2 aku tertarik la nak baca buku ni, plus pandai omputih. Hahahaha.. 

Ni aku copy sikit details pasal buku 500 vocabulary ni:

πŸ“• BUKU 500 VOCABULARY πŸ“•

✅ 123 mukasurat
✅ 100% muka surat berwarna warni & ilustrasi sangat ceria

HARGA PASARAN : RM35 

✅ PERCUMA 48 muka surat ' Children's Visual Dictionary'πŸ’– ( TERHAD)

HARGA BUKU BELUM MASUK POSTAGE🚚

 RM8 SEM/RM12 SS

JUMLAH : RM 43





Wednesday, January 20, 2021

TOPUP BARUNG DAPUR SEMPENA NAK PKP 22 JANUARI 2021 - 4 FEBRUARI 2021

 Assalamualaikum wbt...

Since kerajaan dah umum PKP untuk seluruh Malaysia kecuali Sarawak, kita topup la sikit stok barang dapur kat rumah. Budak2 tu bukan boleh, sehari 500 kali buka peti ais. Sikit2 lapar, sikit2 dahaga.

Stok makanan macam ni, tahan berapa hari ja kat depa ni. Apa nak buat, sat tengok tv, sat main basikal depan rumah, sat lari2, lepas tu bergaduh, lepas tu lapar balik. Mak pun dah jadi hijau. Hahahaha...



Nak kurangkan bosan anak2, aku beli congkak dekat Shoppe. Tak ingat harga berapa ringgit, tapi OK la, dapat la ubah fokus depa dari asyik tengok TV. 



Congkak ni sebenarnya ringan je, made from plastik, bukan kayu macam dulu2. Kalau congkak kayu tu memang berat, kalau jatuh atas kaki, alamatnya bengkak 2 hari. Hahahha.. So ok la ada congkak ni, dah jadi game 1 family. Anak2 pun boleh belajar benda baru. Daripada asyik2 tengok TV. 






Saturday, January 16, 2021

DERMA DARAH KALI KE 3 SEMASA PKPB

 Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, semalam 15/01/2021 masuk kali ke 3 aku derma darah! 

Aku memang follow page Manjung Blood Donation dekat facebook, jadi any update, any event memang aku aware, dan aku pun boleh share dengan kawan2 aku yang free / sihat untuk derma darah. Sejak kali pertama aku derma darah, memang aku teruja gila untuk derma darah 3 bulan seterusnya. Perasaan dia lain macam, sebab darah kita tu, insyaallah boleh tolong insan2 yang sangat memerlukan.

Tambah2 sekarang ni dengan covid, sehari kes positif lebih 3000 kes sehari, banjir teruk pulak area Pantai Timur sana, mungkin ada kes2 accident, orang yang lepas operation, mesti nak pakai banyak darah kan. Aku tengok dekat facebook, stok darah memang kadang2 pada tahap membimbangkan. 

Teringat cerita kawan aku masa lepas bersalin berapa tahun lepas, dia tumpah darah. So doktor terpaksa tambah darah dia berapa beg. Allah.. bila aku kenangkan benda tu, aku rasa sangat ralat, pasaipa dari dulu awat aku tak derma darah. 

Sumpah! 

Aku memang takut darah. First time aku tengok kawan aku derma darah, ya Allah besaq gila jarum dia. Itu yang sampai umur dah 36 tahun, baru la nak beranikan diri nak derma darah. First time derma darah tu, masa kilang aku buat kempen derma darah, anjuran Safety Department. Lepas timbang berat, check BP semua, alhamdulillah dapat la derma 350ml. Takdak la sakit sangat pun. Hahaha.. Ruginya selama ni dok ingatkan sakit sangat. Sobsobsob.. Kalau tak mesti dah berapa banyak kali aku boleh derma darah. Hmmm.. takpa la.. Redho je laa.. Janji sekarang ni, tiap 3 bulan sekali, mesti istiqomah pi derma darah.

One thing yang aku notice, berat aku makin naik sejak 1st time aku derma darah. Hahaha... Sebelum ni berat aku dalam 64kg, 2nd time derma darah, berat aku jadi 67kg, dan semalam masa timbang, berat aku dah 69kg. Hahahhaha... Aku rasa penimbang tu rosak!!!!

HB aku pun makin drop. 1st time tu, HB aku 13.7, mai 2nd time jadi 13 saja, semalam masa awal depa ambik darah tu, HB aku just 12.4. Doktor tu ambik sekali lagi, alhamdullillah, HB aku jadi 12.9. 

Walaupun sekarang ni PKPB, kena betoi2 jaga SOP kalau nak derma darah. PKPB atau PKP bukan alasan untuk kita tak menderma, sebab aku rasa polis / tentera yang jaga sekatan jalanraya akan benarkan kita keluar kalau nak pi derma darah. Boleh refer page Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia for more info ya..


Stok darah dekat Pusat Darah Negara as per updated on 07.01.2021.
Sedih kan bila tengok ni...


Sijil paling mahal aku ada!!
Terima kasih Unit Tabung Darah Hospital Seri Manjung


Berat makin naik, HB makin turun! 
Hahaha.. aku kena figure out on how to increase HB and reduce my weight..
Arghhhh...














Tuesday, January 12, 2021

PISANG RASTALI SESUAI BUAT CEKODOK TAK?


Pisang ni laki aku tanam, katanya ni pisang rastali. 
Penah dengaq? Ntah, aku tak penah pulak dengaq nama pisang rastali ni.
Pisang mas, pisang nangka memang biasa la aku dengaq.

Semalam laki aku dah buat cucur pisang / pisang goreng pakai pisang ni. 
So harini, takkan nak makan pisang goreng lagi kan.
Merata jugak aku whatsapp tanya orang, pisang rastali ni sesuai tak nak buat cekodok.
Hahahahaha...

Adik aku Enah, selaku pakar masak memasak, dia cakap, Boleh la.. klau buat goreng pisang ja kena ada jenis2 dia..

Adik aku sorang lagi Mekmi, dia tanya balik, ada pisang xleh buat cokodok ka?

Jadi kesimpulannya, boleh laaa kan.. Ok, satgi kita buat cekodok pakai pisang rastali.
Pagi ni kita makan cucoq ikan bilis adabi dulu. πŸ˜„

 

Monday, January 11, 2021

Susahnya nak buat Google Adsense ni

 Assalamualaikum wbt..

Blog aku ni dah lama, dari zaman aku bujang, sampai lah aku dah anak 4. Dulu-dulu ada nuffnang, dapat la jugak earn income dari berblogging nih. Since haritu aku nampak budak sekolah aku update pasal income dia dapat dari Adsense, aku pun gigih la nak aktif berblogging balik. Hahahhaa...

Blog ni aku create pakai email yahoo, dah lama dulu.. sekarang ni kan orang dah guna google. So aku pun dah lupa password email yahoo, password blog ni pun aku dah lupa. Jadinya aku pun create email pakai akaun gmail, buat blog baru. Tapi lama lah kan nak build blog baru. Blog ni walaupun hidup segan mati tak mahu, dia punya statistik tu not bad la untuk orang yang malas upate blog macam aku ni.

Ni dari pagi aku dok godek-godek pasal adsense ni, jeles kot orang lain dapat earn income through blog. Kegigihan aku ni sampai la aku sanggup buat youtube channel. Hahaha. Tapi youtube channel lagi banyak cekadak kot, nak kena ada 1000 subcribers dengan 4000 hours apa tah. Aku pun tak faham.

Makanya, dari pagi sampai ke petang lah aku dok melangut baca / search / tengok youtube pasal Adsense. Tak jumpa jugak la jalan penyeleasaian. Aku hampir-hampir nak give up dah ni. Haiiihhhh...



Email ni aku dapat kat yahoo email yang mana password dia dah lama aku lupa..
jenuh dok godekkkk...


Ya Allah, bantuin aku ya Allah.. permudahkanlah urusanku ini....