• News

    11 January, 2021

    Susahnya nak buat Google Adsense ni

     Assalamualaikum wbt..


    Blog aku ni dah lama, dari zaman aku bujang, sampai lah aku dah anak 4. Dulu-dulu ada nuffnang, dapat la jugak earn income dari berblogging nih. Since haritu aku nampak budak sekolah aku update pasal income dia dapat dari Adsense, aku pun gigih la nak aktif berblogging balik. Hahahhaa...


    Blog ni aku create pakai email yahoo, dah lama dulu.. sekarang ni kan orang dah guna google. So aku pun dah lupa password email yahoo, password blog ni pun aku dah lupa. Jadinya aku pun create email pakai akaun gmail, buat blog baru. Tapi lama lah kan nak build blog baru. Blog ni walaupun hidup segan mati tak mahu, dia punya statistik tu not bad la untuk orang yang malas upate blog macam aku ni.


    Ni dari pagi aku dok godek-godek pasal adsense ni, jeles kot orang lain dapat earn income through blog. Kegigihan aku ni sampai la aku sanggup buat youtube channel. Hahaha. Tapi youtube channel lagi banyak cekadak kot, nak kena ada 1000 subcribers dengan 4000 hours apa tah. Aku pun tak faham.


    Makanya, dari pagi sampai ke petang lah aku dok melangut baca / search / tengok youtube pasal Adsense. Tak jumpa jugak la jalan penyeleasaian. Aku hampir-hampir nak give up dah ni. Haiiihhhh...



    Email ni aku dapat kat yahoo email yang mana password dia dah lama aku lupa..
    jenuh dok godekkkk...


    Ya Allah, bantuin aku ya Allah.. permudahkanlah urusanku ini....






    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers