Thursday, July 1, 2021

ALHAMDULILLAH.. DERMA DARAH KALI YANG KE 5

 Assalamualaikum

Borang ni tunjuk HB aku harini 13.7, jenis darah; O


Hari ni 1 July 2021, cukup 5 kali aku derma darah. Alhamdulillah syukur Allah bagi kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada masyarakat dan insan2 yang memerlukan. Aku sebenarnya risau jugak HB (hemoglobin) aku below 12.5, sebabnya kalau below dari 12.5, tak dapat la nak derma darah. Sudahnya, aku pulak yang kena makan ubat tambah darah. Hahaha..


Second thing yang buat aku risau, samada aku boleh derma darah ke tak, alkisahnya haritu BP (blood pressure) aku tinggi. Doktor siap suruh aku monitor selang 2 hari kena check BP. So kalau BP tinggi, memang tak dapat la aku nak derma darah.


So, harini HB aku 13.7, dapat la derma 450ml darah. Masa sampai tu, aku orang ke 7 atau 8 macam tu, tapi bila tengok list tu, rupanya aku first O blood donor. Yeahhh... Mungkin team darah O harini sampai lambat sikit dari aku, so aku dapat la title Juara harini. Hehehehe..


Tunggu lagi 3 bulan, kita derma darah balik. Harapnya, dapat bantu ramai insan2 yang memerlukan. Teringat cerita adik ipar baru2 ni, lepas bersalin dia macam tumpah darah, so kena la tambah darah 1 pint. So kat sini la gunanya darah2 yang didermakan ni. 

Gambar kenang-kenangan dengan kawan2 masa first time derma darah


1 pint can save 3 lives, Give Blood Give Life


Ni antara keistimewaan yang hangpa akan dapat bila hangpa derma darah. Ganjaran pahala tu memang lah idaman kita kan, tapi ni keistimewaan yang diberikan oleh pihak hospital unuk menghargai jasa2 blood donors semua.


Moh la kita derma darah. Hehehehe...








No comments: