Thursday, July 22, 2021

BESTNYA REDMI NOTE 10 PRO

 Assalamualaikum wbt.


Suami aku baru beli handphone baru, Redmi Note 10 Pro. Harga dalam RM1K lebih. Harga yang tertera dekat cash bill, RM1,099.00. Aku dah cuba guna, hurmmm and I love it! Hahhaha... Gambar OK, cantik, phone pun smooth je. Dan aku yakin, bateri tahan lama compare to Iphone X aku ni. Ok, aku dah mula "sakit hati" sebab aku memang prefer phone yang bateri tahan lama dan gambar cantik.


Tapi since Iphone X aku ni masih dikira baru, maka kita guna dulu Iphone ni sampai keluar handphone model baru yang gambar cantik, dan bateri tahan lama. Hahahaha... 


Jadi sekarang ni, kita tengok je la orang tu (suami aku) tengah cewi pakai handphone baru. Hahhaa... Tapi memang sepatutnya dia beli handphone baru, lepas aku tukar Iphone ni last year, dia guna handphone lama aku, Asus Zenfone Max Pro 10 kot kalau tak salah aku. Beli di kedai handphone dalam TF Manjung. Handphone Asus ni OK, bateri tahan lama, tapi punggung tempat charge asyik rosak. Banyak kali jugak aku hantar repair, dah fed up sangat, aku pun mula join kutu Iphone, sebulan RM200 lebih aku tak ingat. Teringin pulak pakai Iphone masa tu, sebab tengok ramai orang pakai Iphone. Dah macam satu kebanggaan pulak kalau tengok orang pakai Iphone. Hahaha... Bangga ke? Entah lah.


Belum pun sampai turn aku, handphone Asus aku tu dah start buat perangai! Bila charge, asyik tak masuk. Risau lah kan, handphone asyik buat hal. Aku pun contact mak kutu Iphone aku, cakap aku nak bayar cash lah, taknak bayar bulan-bulan lagi sebab handphone sekarang dah start buat perangai. Kebetulan, masa tu bonus pulak. Memang ada la duit untuk buat full settlement. Hahahahaha... Gelak jahat!


Masa tu dah dekat nak raya tak salah aku, jadi aku dengan suami aku drive ke Teluk Intan sebab nak pick up Iphone ni kat rumah mak kutu aku. Alhamdulillah, akhirnya aku menjadi seorang pengguna Iphone. Hahahaha.. Tapi bila dah guna, hurrmmm.. one thing yang aku kurang suka, bateri cepat habis! Adoiii... Sehari mesti 2 kali paling kurang aku kena charge handphone. Tambah-tambah masa anak aku guna masa online class / PDPR class, berapa kali phone terpadam terus! Hahahadoiii...


Takpa, takpa.. Buat masa sekarang, kita guna dulu Iphone X ni sampai keluar model baru tahun depan, ada rezeki lebih, kita tukar lah. Aku memang suka gadget, tak berapa suka beli baju baru, seluar baru, tudung pun kurang sangat aku beli. Ada jugak yang jenis tak kisah pakai handphone apa, janji dapat whatsapp, dapat facebook, dapat tangkap gambar, dah cukup. Tapi tu lah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Minat tak sama kan. Hahaha...


Best weh Redmi Note 10 Pro ni, maybe time aku nak tukar handphone baru nanti, dah keluar model baru, Redmi Note 12 Pro ke, Redmi Note 15 Pro ke. Hahahaha.. Buat masa sekarang, bertahan je lah dengan Iphone X nih. 😂




Untuk spec handphone Redmi Note 10 Pro ni, hangpa google lah sendiri ye. Aku tak berapa pakar bab spec handphone. Hahahaha.... Tapi biasanya aku akan tengok camera dia berapa MP, bateri berapa MAH, kalau bateri 5000 MAH  ke atas tu, kiranya bateri tu tahan lama lah. Yang pasal snapdragon, RAM tu aku tak berapa pandai. What do you expect from a mother for 4 kids? Hahaha.. 

No comments: