Wednesday, July 21, 2021

HOMEMADE PETAI JERUK

Assalamualaikum wbt.


Anak-anak dara aku yang 3 orang ni semua hantu petai, dari Amna umur 8 tahun, Aimy yang 6 tahun sampai la ke Aleeya 4 tahun, semua pemakan petai. Hahaha. Ramai tak percaya bila cakap anak-anak aku ni makan petai. Believe it or not? Believe it! Hahahaha. 


Amna sebenarnya dah lama request suruh aku buatkan petai jeruk, mungkin sebab petai jeruk ni boleh makan banyak kali, bukannya macam sambal petai, sekali masak sambal petai tu, memang terus habis. Lagipun dah banyak kali jugak aku buat sambal petai, dah bosan kot. Kebetulan sambal petai yang aku buat sebelum ni pedas, jadi kesian anak-anak tak dapat nak pulun sangat. Hahahaha. Jadi, mak nya dengan pak nya yang pulun makan. 


Nak buat jeruk petai ni bukan susah sangat, ada yang buat jeruk sekali dengan kulit petai, ada jugak yang suka buang kulit petai tu. Jadi, terpulang pada diri masing-masing. Macam aku, aku suka buat jeruk petai sekali dengan kulit. Anak-anak memang makan isi petai je, yang kulit tu ada mak dengan pak nya yang tukang habiskan.


Mai sini aku tunjukkan cara nak buat petai jeruk. 




Petai ni 6 keping RM10, isi rapat-rapat. Selalu aku beli RM10 dapat la 5 keping. Ada sekali tu aku beli petai dengan sorang seller ni, petai dia banyak yang buruk. Sejak daripada tu, memang aku dah tak beli petai dengan dia. Hahaha. Fobia weh, nak siang petai tu dengan ulat terkeluar dari isi petai. Sumpah geli oiii…





Buang tepi kulit petai, lepas tu potong petai ikut size isi petai. Cuci beberapa kali sampai bersih, masukkan dalam periuk, dan rebus.





Rebus petai sampai mendidih, boleh la tutup api.





Boleh masukkan dalam bekas, masukkan garam 2 sudu, ni aku letakkan cili sebijik. Tunggu dalam 2,3 hari dah boleh makan. 


Selalunya petai jeruk ni boleh tahan sampai berbulan-bulan. Tapi dalam rumah ni ramai hantu petai, tak sampai sehari buat, dah ada yang mintak nak makan jeruk petai. Hahaha. 


Jadi, selamat mencuba! Kalau ada yang follow resepi ni, let me know ya.. 😁







No comments: