Thursday, July 15, 2021

House Hunter Versi Aku

Assalamualaikum wbt.


Haritu dekat Astro aku ada tengok satu cerita pasal House Hunter. Cerita ni lebih kurang macam hang ada certain criteria yang hang nak sebelum hang decide nak beli rumah. Of course lah kan, bila kita nak beli rumah, mesti ada banyak aspek yang kita kena tengok. Menarik jugak cerita tu. Aku suka tengok cerita-cerita macam ni, bagi ilmu baru dekat aku.


So macam cerita House Hunter ni, buyer ni akan dibawak untuk view 3 rumah contoh yang match dengan depa punya budget and certain criteria. Jadi aku pun nak share based on apa yang aku tengok dalam House Hunter ni dengan pengalaman aku sendiri masa beli rumah haritu.


1. Bajet @ budget

Bagi aku, budget ni benda paling penting yang aku kena consider sebelum aku nak beli apa-apa. Kalau terlebih budget, jenuh pulak nak membayar. Tambah-tambah pulak aku beli rumah masa musim covid, so banyak benda nak kena consider. Rumah yang aku beli ni asalnya harga RM160K, tapi lepas negotiate balik dengan owner lama, dapat la RM150K. Susah sebenarnya nak beli rumah dekat kawasan ni dengan harga yang macam tu, jadi harga rumah tu Insyaallah afford untuk aku bayar bulan-bulan.


2. Lokasi @ location

Lokasi rumah tu pun main peranan jugak sebab aku tak berapa suka rumah yang jauh dari kawasan bandar atau pekan sebab nanti susah atau ambik masa yang lama kalau nak keluar. Jadi memang aku prefer untuk beli rumah dalam kawasan pekan saja. So far rumah yang aku beli ni, walaupun rumah second atau subsale, tapi sangat dekat dengan kemudahan asas, contohnya dekat dengan sekolah, dekat jugak dengan hospital, dan ada IKM dan sekolah vokasional. Lupa nak cakap, rumah ni jugak dekat dengan stadium dan surau. 


3. Teres atau apartment?

Macam aku, aku kurang berminat rumah apartment sebab aku jenis yang suka parking kereta depan rumah, senang nak angkut anak-anak dengan barang-barang masuk ke dalam rumah. Kalau beli rumah apartment, jenuh jugak nak ulang alik angkat barang kalau hang beli barang tak ingat dunia. Kalau rumah apartment ni, nak kena bayar duit maintenance lagi kan, pernah lah dulu aku duduk apartment 5 tingkat je, lif selalu sangat rosak! 


Bayangkan mengandung dah sarat sangat, terpaksa aku naik tangga tu sampai ke atas, ya Allah sakit jiwa masa tu! Dah ada anak pun sama masa tu, dengan nak dukung anak lagi, beg anak pi rumah pengasuh lagi, so memang serik! Cukup lah. Hahahahaa…


Jadi ni la serba sikit pengalaman House Hunter aku masa aku nak beli rumah haritu. Aku pun tak sangka yang aku boleh beli rumah ni, tapi lepas aku 'lepaskan' bahagian aku masa proses pembahagian tanah dekat kampung, aku fikir-fikir takpa la, nak cari something as an asset untuk hari tua. Cewahhh.... So proses masa beli rumah ni bagi aku sangat smooth la walaupun owner lama bising kata lambat, tapi bagi aku Ok je la, janji aku belum start bayar apa-apa. Hahahaha.


Rumah tu sekarang ada penyewa, dah lama pun makcik tu menyewa kat situ, kalau tak salah aku, since 17 tahun lepas, yang bayar sewa ni pun anak perempuan dia. Aku bagi je makcik ni duduk dengan sewa RM400 sebulan, monthly installment dengan bank lebih kurang RM700, jadi lebih kurang RM300 jugak la aku kena tambah. 


Aku memang ada plan nak repair sikit rumah ni, tapi sebab ada penyewa, susah sikit. Tunggu makcik ni keluar dulu, baru la repair sikit-sikit sebab aku ada terfikir nak naikkan sewa rumah. Hahahaha. Nanti lah aku fikir pasal nak repair rumah ni, duit pun tak berapa nak ada. Keluarkan duit i lestari, i sinar tapi taktau pi ke mana duit-duit tu. Hahahaha….


Jadi, ni la serba sikit pengalaman House Hunter aku. Sebenarnya ada la jugak cabaran-cabaran dan liku yang terpaksa ditempuh dalam proses nak beli rumah ni, tapi still acceptable la bagi aku. Semoga Allah permudahkan jugak urusan kawan-kawan semua yang dalam proses nak beli rumah. Semoga dapat rumah idaman hangpa. 💓💓



No comments: