Friday, July 23, 2021

KICAP MUDIM KEGEMARANKU

Assalamualaikum wbt


Tajuk bukan main lagi, macam kena paksa dengan Cikgu Bahasa Melayu buat esei 200 patah perkataan. Hahaha.. Aku saja lah nak share dengan semua, kicap kegemaran aku. Memang kalau kicap kat rumah aku ni habis, memang sejenis kicap ni je la yang aku akan beli.


Kicap Mudim ni memang sedap! Aku dah cuba beberapa jenis kicap, tapi kicap lain tu kurang menepati citarasa aku. Kicap Mudim ni rasa dia cukup! Lemak, masin, manis semua ada. Even kat rumah kampung kat Kedah sana pun memang Kicap Mudim ni je lah yang kami akan beli. 


For those yang belum pernah cuba Kicap Mudim ni, elok la beli satu botol kecik dulu dan rasa. Mana tau, kena dengan citarasa hampa. Buat masak kicap ka, buat colek buah ka, semua sedap. 








No comments: