Monday, July 12, 2021

LINK UNTUK ISI I CITRA KWSP

 Assalamualaikum wbt.


Untuk kawan-kawan yang terjejas semasa musim covid 19 ni, dan nak buat pengeluaran akaun simpanan KWSP, boleh click dekat link di bawah:


i-Citra (kwsp.gov.my)


Aku dah submit tadi, walaupun akaun 2 tinggal berapa kupang je lagi. Hahahaha... Sedih.


Tapi kalau akaun 2 tak cukup, selebihnya akan di potong dari akaun 1. Dah keluarkan duit ni, kena guna untuk tujuan yang betul, bukan pi beli barang kemas, atau tukar rim kereta. Hahahadoiii... Jangan begitu kawan-kawan, duit KWSP ni sebenarnya duit pencen untuk golongan pekerja swasta macam kita. Kita kan takdak duit pencen, tak sama macam kakitangan awam, so guna dan belanja la dengan sewajarnya.


Mungkin ada mak ayah yang nak belikan tablet untuk anak-anak belajar, nak belikan printer, nak simpan masa kecemasan, so fikir dan rancang lah terbaik untuk masa depan kita dan anak-anak.


Untuk lebih info dan maklumat, baca dulu syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP.







No comments: