Sunday, July 25, 2021

Lunch Versi Malas

LUNCH VERSI MALAS


Hari sabtu / ahad, walaupun cuti, tapi tetap malas nak masak. Rasa macam hari cuti, betul-betul nak cuti, nak tido, main fon dan tengok tv. Hahaha. Jenuh dapat bini pemalas macam ni. Tapi nasib baik pagi ni roh rajin tu ada lah sikit, lepas subuh aku terus masak nasik 5 pot. Aku biar je nasik tu masak kat situ, lepas tu aku sambung tido balik. Hahahaha.


Lepas tengok match badminton beregu campuran antara Malaysia dengan Germany, perut pun dah lapar. Nak tak nak, tetap kena masak. Gaji lambat lagi, 28hb nanti baru muncul. So, jom lah masuk dapur.




Goreng ikan kembung yang laki aku beli sebelum raya haji haritu. Letak garam, kunyit dan tepung beras, letak sikit serbuk lada hitam. Lepas tu goreng. Aku ambik resepi ni dari mak mertua aku, last kami dapat rentas daerah balik berbuka dekat kampung laki aku haritu, mak mertua aku goreng ikan talapia letak tepung beras sikit. Ermmm sedappp…






Ni je lah menu lunch kami versi masak laju-laju. Ada ikan goreng, ada sambal belacan pakai chopper, masak lemak cili api ikan kembung dan telur, dan daging bakar. Ulam bendi takdak dalam gambar. Hahaha..


Ok, jom makan dulu!



No comments: