Friday, July 30, 2021

RED ALERT : Pemilik Darah O di Sekitar Manjung



Assalamualaikum wbt.


Mohon jasa baik tuan puan, pemilik darah O yang berada di sekitar daerah Manjung, mohon hadirkan diri ke Hospital Manjung atau mana-mana booth derma darah untuk membantu naikkan stok darah O yang berada pada tahap rendah sekarang.


Berapa kriteria untuk menderma darah yang boleh saya kongsikan;


* berat mestilah lebih dari 45kg

* umur mestilah lebih dari 18 tahun

* sihat tubuh badan

* cukup rehat dan tidur (tidur lebih dari 5 jam)

* tak ambik sebarang ubat-ubatan dalam masa terdekat


Jadi, jom sama-sama kita bantu!


Tempoh berehat untuk derma darah yang seterusnya adalah 3 bulan, jadi bulan 10 nanti baru boleh derma darah balik.


Harap-harap Allah berikan kesihatan yang baik untuk terus derma darah dan bantu insan-insan yang memerlukan.


#darahtakpernahcuti
#blooddonors
#ManjungBloodDonation







Throwback derma darah di Tesco Manjung @ Lotus’s Store. Alhamdulillah, dapat derma 450ml darah.






Jarum ni memang besar, tapi Insyaallah tak sakit pun. Pernah dulu takut nak derma darah sebab tengok jarum ni, hahaha….


No comments: