Thursday, July 15, 2021

SHOPPING BUAH

Assalamualaikum wbt.. 


Rasa macam dah lama tak makan buah, asyik tengok epal hijau dalam peti ais yang laki aku punya. So harini, sempat la ke kedai buah beli stok buah sikit. Rasa seronok bila kat rumah ada buah kesukaan.


Aku beli 2 biji dragon fruit @ buah naga, rambutan 2 kilo lebih, mata kucing dengan rock melon. Total harga untuk 4 jenis buah ni RM37. Haammmbikkkk... Hahaha.. Makan lah wahai anak tekak. Sambil tengok kalendar, lambat pulak lagi nak gaji. Sapa suruh shopping tak hengat! Ni nasib baik aku tengok dekat tempat jambu batu tu takdak jambu batu favourite aku, kalau tak memang mau jugak aku rembat 2 bijik jambu batu. Jangan taktau ya, jambu batu tinggi vitamin C.


Rock melon tu kami dah berjaya habiskan, sebab kecik je buah tu, harga kalau tak salah RM3.70. Buah rock melon ni memang mahal tapi berbaloi beli, sebab sedap dan manis. Kalau lah ada duit, ada skill, mau jugak ada ladang rock melon dan pasarkan ke seluruh negara. Ok, angan-angan mat jenin. Hihihih... 


Mata kucing kami berjaya habiskan lepas maghrib tadi. Ikut cara mak ayah aku, sebelum makan buah mata kucing ni, buah tu kena rendam dulu sebab takut terlekat racun atau benda kotor dekat kulit mata kucing tu, sebab biasanya kita akan gigit buah mata kucing tu kalau nak ambik isinya kan. Pernah dulu-dulu aku pernah berangan nak ada kebun mata kucing. Ya Allah, macam merepek-repek lah aku punya angan-angan.


Jadinya, tinggal lagi buah rambutan dan buah naga. Insyaallah esok boleh habis ni. Hahaha. Untuk orang yang kurang gemar buah durian, so aku tak berapa kisah sangat kalau orang asyik dok viral durian musing king ka, durian duri hitam ka, durian D24 ka apa tah. Tapi kalau durian crepe, aku makan. Hahaha. 


Ok, tu je la cerita aku harini. Bye bye. 



Buah naga @ dragon fruit. 



Mata kucing meowwww meowwww



Rambutan @ hairy fruits. Hahahaha.. 




Sejemput rock melon yang manis, seperti manisnya senyuman mu sayang... Cia cia cia..



No comments: