Saturday, July 31, 2021

Shopping untuk diri sendiri dan anak-anak

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, hujung minggu pun menjelma. Memang tak sabar nak tunggu hari minggu, sebab boleh relaks lebih sikit. Walaupun masih on laptop dan reply email. Tapi lewat-lewat sikit baru aku akan start buat kerja. Work form home ni memang penat dia lain macam. Mungkin aku je la yang rasa macam ni, wallahualam.


Jadi disebabkan rasa stress dan kita perlu reward diri sendiri atas kerja keras yang kita dah buat, jadi pagi ni aku buka Shopee dan cuci mata, cari barang mainan untuk anak-anak dan untuk diri aku sendiri.


Aku memang dah lama nak cari kasut baru, bukan kasut tumit tinggi apa semua tu, nak cari sport shoes atau running shoes. Sesuai boleh pakai pi kerja jugak nanti. Kasut lama aku sebenarnya masih OK, beli masa nak hantar mak aku pergi umrah 2 tahun lepas. Tapi teringin nak kasut baru. Hehehehe. So aku dah survey dekat Shopee, dan jumpa kasut yang aku berkenan tu.


Asalnya aku dok survey-survey kasut Skechers, tapi mahalnya harga. Sis tak mampu. Hahahaha. Kasut Skechers yang dari Mainland China pun masih mahal, so tak jadi lah. Kasut yang aku beli ni harga 40 lebih, dah campur postage jadi lah 50 lebih. Ok lah tu dengan harga macam tu. 


Untuk anak-anak pulak, asalnya aku nak beli trampoline sebab aku rasa macam best dok lompat terkinja-kinja tu. Hahaha. Sebab kesian budak-budak ni, main dalam kawasan porch rumah je. Kereta aku dah dialihkan keluar, duduk la tengah panas dan hujan, janji anak-anak dapat main dengan selesa. Errmmm selesa ke? 


Tapi lepas di survey, harga trampoline tu agak mahal, lagipun fikir jugak bab kekangan space dalam rumah ni. Nak letak kat mana? Dah agak crowded dah. Jadinya, cancel lah nak beli trampoline tu. Nak letak trampoline tu dekat luar, hurmmm pakai kena berak kencing kucing lah. Taktau lah kucing sapa, berak merata kat rumah aku ni. Busuk weh….


Sekarang kan viral dengan Pop It Bubble tu, so yeahhh.. aku belikan benda tu bagi anak-anak. Beli 4, main lah sorang satu. Jangan berebut ye anak-anak. Aku belikan jugak face mask sebab nampak seller ni ada jual face mask jugak. Stok face mask anak-anak kat rumah dah habis. Lagipun memang tak ke mana-mana, duduk rumah je.


Reward untuk diri sendiri dan anak-anak harini berjumlah RM104.19. Hahahaha. Ok lah tu, kena jimat-jimat, jangan belanja lebih dari kemampuan kita. 


Nanti barang-barang dah sampai, aku akan share kat sini. Harap-harap ok lah semuanya.




Tak mampu nak beli, mampu tengok je.. hahaha..




Kasut untuk aku, pop it bubble dan face mask comel kartun-kartun untuk anak-anak. 

Cepat la seller, pos barang-barang ni. Dah tak sabar dah ni. Hahahaha…




No comments: