Sunday, July 11, 2021

SIPUT SUDU

 Assalamualaikum wbt.



Nampak orang iklan pasal siput sudu ni, aku pun beli. Aku sebenarnya tak la berapa kenal sangat jenis-jenis siput ni. Yang aku tau, kerang, lala, siput sedut. Kepah semua tu macam rupa nak sama. Hahahaha. Almaklum la orang Kedah, duduk dalam kawasan pokok getah, bukan kami biasa nampak siput-siput ni semua.


Siput sudu ni, 200gram sebekas, depa juai RM10. Aku beli 2 bekas. Besar isi siput sudu ni. Rugi beli sikit je. Nak masak apa tak pasti lagi, sebab aku tak pernah beli dan masak siput ni. Laki aku cakap, siput ni orang guna masak shellout. 


Ya ka?


Takpa, simpan dalam peti dulu. Esok-esok lah kita masak. Nanti dah masak siput sudu ni, aku cerita kat sini. Harap-harap sedap. Hehehe...


Terima kasih Ain, mai cod siput sudu, siap dapat free gift brownies with marshmallow.. Semoga murah rezeki selalu. Aminnn... 




No comments: