Sunday, July 11, 2021

Stok Cabai Blend Untuk Seminggu

Assalamualaikum wbt.


Semalam masa plan nak buat stok cabai blend tu, aku on laptop sekejap sebab nak settlekan hal keja, so lebih kurang pukul 11 lebih nak start masak, air paip slow sangat. Haihh.. macam mana nak start masak ni? So tergendala sekejap lah plan aku nak masak tu. Hmmm… aku pun sambunglah duduk depan laptop sekejap. 


Aku pun asyik mintak Amna tolong check air dekat dapur dah ada ke belum, terima kasih Amna tolong mama check air dekat sinki, dekat bilik air. ‘Mama, air belum ada’. Hahahaha.. ok, ok.. noted.


Tak lama tu air pun dah ada. So baru la boleh start masak.



Ni rupa cabai kering yang aku dah siap rebus. 



Ni pulak rupa cabai blend aku, stok untuk seminggu.


Cara-cara nak buat cabai blend ni senang saja. Meh aku share cara aku:


1. Cabai kering
2. Bawang besar
3. Air
4. Minyak masak


Mula-mula, potong cabai kering sebab kita nak keluarkan bijik cabai tu, cuci dan rebus. Bila dah rebus, bilas cabai kering tu dan tos kan. Kemudian, masukkan cabai kering tadi dalam blender dengan 2,3 bijik bawang besar. Sebab bawang besar aku saiz comel-comel je, so aku guna 3 bijik. Masukkan air dan minyak masak sikit, blend sampai hancur. Senang je, daripada hang beli yang instant pes dekat kedai tu, baik buat sendiri. 


Bila dah siap buat cabai blend ni, maka jom lah kita buat sambal petai. Campur pulak dengan udang. Tapi rasanya cabai kering ni jenis pedas sikit, walaupun dah lama aku masak cabai tu sampai pecah minyak, tapi still pedas. Kesian anak-anak nak makan, tapi pedas. Hahaha. Tapi habis jugak la aku tengok depa makan. Sapa tak suka petai kan?! Kat rumah ni, semua hantu petai. Hahaha..


Ni haaa rupa sambal petai yang dah siap aku masak. Senang je nak masak sambal petai kalau semua bahan dah ada. 


Resepi Sambal Petai Mak Hang

1. Tuang minyak masak dalam belanga atau kuali
2. Masukkan cabai yang sudah di blend, bagi cabai tu masak atau pecah minyak
3. Masuk air, masak cabai tu sekejap. Ulang proses ni 2,3 nak bagi cabai tu masak
4. Masuk kan garam, gula, asam keping atau asam gelugur
5. Masukkan petai dan udang
6. Rasa la sambal hangpa tu, ada masin, manis, dan masam tak, kalau takdak, pandai-pandai la adjust

Dah siap! Boleh hidang dan makan. Yummehhh.. 




Edit and publish using Blogger Plus
Thank you Blogger Plus

No comments: