Wednesday, July 14, 2021

TAKNAK STRESS

 Assalamualaikum wbt.


Haritu aku terbaca Whatsapp status kawan aku. Dia dah terlebih stress agaknya, anak lelaki dia yang baru tingkatan 1 kalau tak salah aku, taknak siapkan kerja sekolah yang dibagi cikgu. Puas berleter, puas marah, buat dekkk je budak tu. Hahahaha.. Budak-budak sekarang, memang tak makan saman. Puas la mak berbunyi, masih buat "don't know" ja.


Tak tahan sangat, akhirnya si mak yang siapkan kerja sekolah anak. Hahahaa.. Ya la kan, mana tahan, asyik bebel, asyik marah, last-last blood pressure mak jugak yang naik, baik mak yang buat kerja sekolah tu. Hahahahadoiii...


Walaupun anak aku 3 orang dah sekolah, si abang darjah 4, kakak darjah 2 dan yang no. 3 dekat tadika, tapi aku belum sampai tahap nak siapkan kerja sekolah anak. Hang tak buat, hang tak pandai. Hahaha. Membebel jugak, marah tu selalu, ugut nak bagitau bapak diorang pun selalu. Jadi kalau tak buat jugak, malas nak stress-stress. Hurmmm... 


Bukan tak ambik berat hal pelajaran anak-anak, tapi taknak stress sangat. Dengan keadaan sekarang, kita dengan anak-anak asyik terkurung kat rumah, macam terpenjara dalam rumah sendiri, tak boleh tengok dunia luar, rasanya kita dah cukup stress. Jadi taknak tambah stress tu dengan asyik marah dan berleter dekat anak-anak.


Hurmm.. tu je la cerita aku harini. So takmau stress-stress ye kawan-kawan.. Hehehe...





No comments: