Friday, July 2, 2021

TERIMA KASIH PIHAK TADIKA KEMAS

Assalamualaikum..

Haritu cikgu tadika Aimy ada la mintak tarikh lahir budak2 yang lahir dari tarikh 1 Januari sampai ke 30 Jun, katanya nak bagi hadiah birthday. Walaupun birthday Aimy bulan 3, tapi Alhamdulillah masih dapat hadiah dari pihak tadika.

Tak banyak sikit, hadiah tu boleh la meringankan beban mak ayah yang mungkin terkesan sekarang ni. And of course, anak2 happy sangat dapat hadiah. Terima kasih atas initiative pihak tadika hantar hadiah ke rumah.

Rasanya lama lagi kot anak2 tak dapat pi sekolah. Anak2 pun dah tepu, duduk terkurung dalam rumah. Cepat la habis covid 19 ni. Kesian anak2 tak dapat merasa life budak2 depa. Sebabnya duduk rumah tengok tv, main game, buat kerja sekolah, main basikal dalam porch kereta, itu je lah hari2. 


No comments: