Saturday, July 3, 2021

TERIMA KASIH SERVERFREAK

Assalamualaikum.. 

Terima kasih team ServerFreak, pantas sangat service diorang. Masa aku dapat email yang payment aku dah successfull dan depa pun start bagi format macam mana nak setup blog aku ke domain baru tu, aku macam bengong pulak, taktau macam mana or dari mana aku nak kena start. Hahahhaa... Mungkin 5,6 tahun lepas ok la, otak masih berfungsi dengan baik. Hahaha.. 

Sejak work from home dari bulan 3 sampailah sekarang, struggle with PDPR class anak-anak, memang otak ni macam bengong sekejap. So no wonder la ada orang yang sangat-sangat depressed dengan keadaan sekarang, and end up buat keputusan yang sangat-sangat menyedihkan. So berbalik kepada cerita domain baru ni, terima kasih team serverfreak sebab tolong aku setupkan blog ni with new domain. Phewww... happy me! But, masih menanti berita dari Adsense, wish me luck ya...

Sedikit info pasal domain yang aku beli ni, aku pilih nama sitinaminah02.com sebab saja nak guna nama sendiri, padahal dalam dunia blog ni aku biasa guna nama GC which was stand for GADIS COMEL (GC), tapi dah beranak pinak ni, mana ada lagi gadis comel tu. Hahahhaa..

Domain ni berharga MYR53.00 termasuk 6% service tax, tapi kalau dibahagi dengan 12 bulan, lebih kurang hang bayar MYR5.00 je sebulan. So lepas ni kena rajin-rajin update blog, sebab tak berbaloi apa yang aku buat ni kalau malas nak update kan.


Masih menanti.. 

2 comments:

StingRay said...

Peh. Siap ada domain sendiri.

sitinaminah02 said...

Lama tak nampak kau kat sini Stingray. Masih aktif rupanya.. hahahaha...