Monday, August 30, 2021

NAK BELI TV BARU

NAK BELI TV BARU 


Berita sedih, TV kat rumah rosak lagi. Sebenarnya aku yang rosakkan TV ni, tapi aku pura-pura macam bukan aku yang rosakkan. Hahahaha. Kalau cakap aku yang rosakkan, mesti suami aku tanpa segan silu akan suruh aku gantikan TV baru sebab dia tau, aku tak boleh hidup tanpa tengok TV. Eh, memang lah tak boleh nak hidup tanpa TV, dah la tak boleh nak ke mana-mana sekarang ni, asyik duduk rumah je, jadi mestilah kena ada TV. 


Tapi ever since aku dah melanggan Netflix, aku dah kurang tengok TV, dah tak berebut dah TV dengan anak-anak. Kalau tak, memang berebut jugak. Amna dulu kurang sangat tengok TV, tapi sejak tak ke mana-mana ni, haihhh banyak pulak rancangan TV yang dia suka tengok. Sekarang ni petang-petang dia tengok cerita Magic Tumbler dari Indonesia tu, malam-malam kang nak tengok cerita dekat channel 104, kalau dulu ada cerita Rindu Awak Separuh Nyawa, lepas tu Love Elsa, ishhh taktau lah apa cerita lagi yang depa asyik dok tengok.


Sejak TV kami rosak haritu, suami aku guna balik TV kotak zaman tok nadok yang pernah kami guna dulu, TV size berapa inci entah, tapi sedihnya TV ni dah jadi hitam putih, mungkin sebab dah lama sangat tak guna, duduk terperap dalam bilik stor tu. Maka sekarang ni kami tengok TV hitam putih. Hahaha. Sadis teruk cerita aku ni, zaman sekarang orang dah pakai TV LED, smart TV, kami masih guna TV kotak yang hitam putih. Kahkahkah..


Cadangnya aku nak cari TV murah ja, kalau boleh bawah RM500 sebabnya sekarang ni aku dah kurang tengok TV sebab aku dok layan Netflix je sekarang ni, so budak-budak ni je yang rajin dok tengok TV, kesian pulak tengok TV hitam putih ni. Tapi aku tengok depa ni relaks je tengok TV kotak hitam putih ni. Hahaha. 


Nanti lah nak pergi survey TV dekat kedai, beli yang murah-murah je, nak beli dekat Shopee atau Lazada tak boleh nak belek-belek sangat. Tak puas hati kan kalau tak boleh nak belek-belek, nak tengok jugak dengan bajet yang ciput ni, TV brand apa yang OK. Kalau beli dari kedai elektrik ni, kot-kot dapat free gift ka.  Hahaha. Beli barang pun 500, ada hati nak mintak free gift. Mimpi lah oiii...



Thursday, August 26, 2021

PERSEDIAAN SEBELUM PENCEN

 Sebenarnya, tak lama lagi dah suami aku nak pencen. 3 ke 4 tahun macam tu lah kot. Pejam celik, pejam celik, sekejap je kan. Jadi aku ada tanya dia, apa persediaan yang dia nak buat lepas pencen nanti? Sebab anak-anak masih kecik, masih sekolah masa dia pencen nanti, Kalau 4 tahun lagi, Emran masa tu, 14 tahun, Amna 12 tahun, Aimy 10 tahun dan Aleeya baru 8 tahun. Jadi, kena buat something untuk tambah pendapatan, takkan nak bergantung pada duit pencen kan. Tapi, selalunya pertanyaan aku akan berakhir dengan krik krik krik saja. Hahahaha.


Since laki aku takdak kemahiran macam bertukang, wiring pun taktau, jadi aku dapat rasakan yang pekerjaan dia lepas pencen nanti bukan lah ke arah bertukang-bertukang ni. Rezeki kawan aku, suami dia memang pandai bertukang, pasang tiles, mengurut orang pun pandai, jadinya sebelum pencen ni memang suami dia dah start ambik job-job kecik. Cari pengalaman dulu, nanti lepas pencen, baru boleh fokus betul-betul. 


Aku ada cadangkan dekat suami aku, mungkin nanti dia boleh cari kerja security atau jadi pak guard. Hahaha. Sebab aku tengok, ramai jugak yang pencen polis, navy atau askar ni akan kerja dalam bidang security. Alahhh... jadi je lah security dekat kilang aku kerja tu. Duit gaji security, campur duit pencen, Ok lah tu kan. Tapi aku tak rasa suami aku OK dengan idea aku tu. Hahahahaha.


Masa musim takdak covid dulu, depan rumah aku ni ada sorang abang tu, meniaga air milo dekat lori. Kebetulan depan rumah aku ni ada sekolah agama, jadi abang ni pun meniaga la air milo dan buah-buah potong dekat budak-budak sekolah ni. Duit meniaga, campur dengan duit pencen, OK lah tu kan. Ni ikut kira-kira aku lah.


Tapi rasanya, suami aku takkan kerja makan gaji dan berniaga, sebab dua-dua ni memang dia tak minat dan takdak pengalaman. Setakat ni aku dengar, suami aku plan nak cari tanah, sebab ni je lah pun yang dia minat, berkebun. Buat masa sekarng ni, dia memang ada tanam pisang dekat kebun, tapi disebabkan dia menumpang tanah orang, susah sikit la nak tanam-tanam semua tu. Balik dari kerja, baru boleh ke kebun, tengok pokok-pokok yang dia tanam.


Nak cari tanah dekat sini pun bukan senang dan bukan murah jugak, banyak modal jugak tu. Kalau ada tanah yang nak dijual pun, mungkin jauh lah sikit dari tempat tinggal kami. Kena survey betul-betul, nak beli tanah ni bukan benda mudah, benda yang kita boleh beli hari-hari atau boleh beli tiap-tiap tahun. Kalau memang keluarga kaya, takdak masalah lah kot.


Jadi sebagai isteri, aku sokong je la apa yang suami aku nak buat, janji apa yang dia nak buat tu, ada hasil, sebab anak-anak masih kecik, kena ada banyak modal jugak nak besarkan depa, dari segi pendidikan anak-anak nanti. Kalau setakat makan minum, insyaallah harap-harap takdak masalah. Aku doakan Allah permudahkan segala urusan suami aku masa dia nak pencen nanti dan semoga dia jadi pekebun yang berjaya satu hari nanti. Aminnn...










Wednesday, August 25, 2021

Kuiz Kemerdekaan : Derma Darah



Masa tengah belek-belek Facebook semalam, nampak la page Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia ada buat kuiz. Saja ja join, padahal takdak hadiah pun rasanya. Tapi the more the merrier gitu. 😂


Soalan kuiz tu, berapakah peratusan penduduk Malaysia yang telah menjadi penderma darah?


Guess what, jawapan dia hanya 2.2% je rakyat Malaysia yang jadi penderma darah. Sikit gila kan.. 


Moh kawan-kawan, kita pi derma darah. Aku happy sangat dapat hasut orang pi derma darah. Walaupun aku baru derma darah 5 kali, aku rasa sangat-sangat rugi dan menyesal sebab tak derma darah dari aku muda dulu. Takut jarum punya pasal!


Padahal, tak sakit pun!


Dah umur 36 (which was last year) baru aku start derma darah secara consistent. Jadi sekarang ni, setiap 3 bulan sekali mesti wajib bagi aku pi derma darah. 






Semoga Allah bagi aku kesihatan yang baik untuk aku terus menjadi penderma darah tegar. Hehehe. Untuk kawan-kawan semua yang masih teragak-agak nak derma darah, take your own first step! Sumpah tak sakit weh, lagipun 1 beg darah tu dapat selamatkan 3 nyawa. Fikir-fikirkan.







Tuesday, August 24, 2021

7 TAHUN JADI MINAH KILANG

    4 Ogos 2021 genap 7 tahun aku dekat kilang ni, jadi minah kilang balik. Sebab sebelum tu aku kerja 7 bulan dekat Power Plant (Manjung 4 Project). Kenapa aku resign dari keja dekat power plant tu? Sebabnya position kat situ, based on contract dan contract aku setahun saja. Habis contract, habis la. Samada diorang nak sambung ke tak contract aku, terpulang pada diorang. Bergantung jugak pada performance aku. So aku tercari-cari kerja yang permanent sebab fikir untuk jangka masa panjang.


    So, aku pun start survey dari satu kerja ke satu kerja. Nampak la iklan untuk jawatan customer care dan shipping executive masa tu dekat Jobstreet, so aku apply je lah. Tak harap dapat, tapi dipanggil jugak ke interview. Alhamdulillah, dapat untuk jawatan shipping executive. Tak sangka boleh dapat, sebab dari cara boss aku masa tu, macam aku ni kurang pengalaman dalam shipping. Ya, aku mengaku aku kurang pengalaman dalam shipping. Shipping ni 1st job yang aku dapat masa grad dulu, shipping assistant dekat kilang baju. Berapa tahun aku dekat situ, akhirnya aku resign sebelum aku kawin.


    Lepas kawin dan pindah ke Lumut, aku tukar ke Purchasing pulak, jadi dah tak involve into shipping dah. Dekat power plant tu pun buat purchasing jugak, tiba-tiba nak masuk ke shipping balik, memang la tak cukup pengalaman tu, jadi sampai sekarang masih belajar, dan masih tak major pun semua ilmu pasal shipping.


    Banyak jugak suka duka sepanjang 7 tahun dekat kilang ni. Kawan-kawan ramai yang datang, ramai jugak yang pergi. Pergi sebab dapat better offer, pergi sebab nak focus more on family and kids, pergi sebab stress dah tahan dengan kerja yang over stress, hahahaha... ramai jugak yang hantar surat resign, tapi tak jadi berhenti.. ramaiiii... aku pun hampir-hampir jugak sebenarnya nak hantar surat resign, tapi fikir-fikir balik, tak jadi hantar.. hahahaha...


    Kat kilang ni jugak la aku kenal ramai kawan-kawan melayu, sebab 2 company sebelum ni tak ramai sangat melayu. Bila dah kerja sama-sama melayu ni, ingatkan best la, rupanya ada jugak yang tak bestnya. Hahahaha.. untuk info jugak, department kami ni department baru, jadi ramai lah orang baru kat situ, dan department kami ni meriah sikit, ada melayu, cina, india. Alkisahnya, jamban tersumbat pun orang lama kat situ tuju ke kami, jamban kotor pun salah kami. Hahaha. Akak ingat kami ni jenis pengotor sangat ka? Ingat kami semua ni fresh grad ke kak, tak pernah kerja ke? Dia punya treat orang macam kita ni orang kampung tak pernah keluar pekan. Hahahaha.


    Aku pun tak pasti sampai bila aku akan kerja kat sini. Tak sure aku boleh bertahan ke tak kerja sini, sebab kadang-kadang tu, rasa penat jugak otak ni. Kadang-kadang bab banyak kerja tu kita boleh handle lagi, tapi kalau dapat boss yang caca marba ni, adoiiii... bertabah la, fikir nak bayar kereta, nak bayar rumah, fikirkan anak-anak, so bertahan je lah. Nak buat bisnes pun, sekejap rajin, sekejap malas, hahahaha... sudahnya bisnes ke mana, apa pun ke mana.


    Tahun 2021 ni aku tengok ramai betul yang resign, walaupun dah lama kerja situ. Leaving for good, dapat better offer, sapa takmau kan. Kalau aku, aku pun angkat kaki jugak, buat apa nak stay lagi. Setakat ni aku belum apply mana-mana jawatan kosong, sebab malas nak belek sijil-sijil aku, malas nak pi interview, segala-galanya malas. Bertahan je lah kat sini, harap-harap boleh bertahan sampai pencen. Hahahaa. Memang ini pun rancangan aku dengan kawan-kawan. Sebab tu lah, malas nak interview, malas nak mula balik dekat company baru.


    For those yang dah resign dan pergi ke company baru, aku doakan yang terbaik untuk depa, dan untuk aku dan kawan-kawan yang masih kat sini, semoga terus bertahan dan semoga dipermudahkan segala urusan pekerjaan kita. Semoga kita mendapat increment / kenaikan gaji yang baik, bonus yang banyak setiap tahun. Hahahhaa... 





Monday, August 23, 2021

Perut Melayu



Harini masak spaghetti je, sebab bosan nak makan nasik. Hari-hari makan nasik, sampai muka dah macam periuk nasik. Hahahaha. Tipuuu je, sebenarnya aku malas nak masak lauk. Nak masak yang pedas-pedas boleh, tapi kena masak jugak yang berkuah jugak untuk si Aleeya.


Jadinya kalau masak spaghetti, mudah kerja aku. Tak payah nak masak lauk 2,3 jenis.



Masalahnya sekarang ni, spaghetti mee tu dah habis, kuah ada banyak lagi. Masalahnya jugak lagi, aku lapaq nasik!


Dasar perut melayu kan! 
Tetap nak kena makan nasik.
Hahaahha


Dalam dilema betul lah, nak kena masak nasik jugak ke ni? 
Aduhhh.. ketaq kepala lutut la tak makan nasik.


Ok, nak masuk dapur dulu.
Masak simple-simple sudah. 
Janji perut kenyang, bila perut kenyang, kita happy! Bila happy, kita bahagia.
Hahahaha…













Friday, August 20, 2021

TIPS NAK SETELKAN HUTANG PTPTN DENGAN CEPAT

 Assalamualaikum.


Sempena hari jumaat yang mulia ini, aku nak share tips yang aku guna masa aku nak settle kan hutang PTPTN aku. Untuk pengetahuan semua, aku ada 2 jenis pinjaman pelajaran, 1 masa diploma dan 1 lagi masa degree. Jadi masa diploma tu pinjaman pelajaran ditawarkan adalah pinjaman MARA manakala masa degree adalah PTPTN.


Jadi kena bear in mind, yang hutang ni WAJIB kena bayar. Tak kira la hangpa habis belajar ka tak habis belajar ka, hangpa rasa interest yang depa charge tu melampau ka, benda ni tetap hangpa kena bayar. OK, faham noh kat situ.


Ok, cara nombor satu yang adik-adik boleh buat adalah dengan score dan pastikan dapat keputusan yang cemerlang, tak salah aku, pinjaman pelajaran tu akan tukar jadi biasiswa. Jadi kalau biasiswa, confirm lah kan tak kena bayar balik. Haaa kan dah seronok kat situ. Orang lain berhempas pulas nak bayar balik pinjaman pelajaran, kita steady je kerja 2,3 bulan dah boleh bayar down payment kereta. Best kan??


Cara nombor dua yang adik-adik boleh guna pakai, adalah dengan cara bayar dengan amount yang agak besar, baru la nampak jumlah hutang tu macam "eh, banyaknya kurang". Tapi kalau jenis yang tak berduit macam aku ni, aku bayar la setiap bulan 100. Sebab masa tu gaji aku kecik, tapi memikirkan yang hutang tu wajib kena bayar, dan fikir jugak masa tu, kalau aku tak bayar balik pinjaman aku ni, macam mana pulak budak-budak baru yang nak belajar, keluarga susah macam aku nak sambung belajar. Jadi, kalau ada lump sum money atau duit yang banyak, hangpa boleh setelkan pinjaman tu secara berperingkat, contoh bayar 4, 5 kali terus settle. Cara macam ni kalau kita berduit lah ye...


Cara ketiga which is cara yang aku guna untuk setelkan hutang PTPTN aku iaitu dengan buat bayaran balik pinjaman pelajaran melalui akaun ke 2 KWSP adik-adik.


Cara ni sebenarnya gabungan cara ke 2 dan ke 3. Masa tu aku ingat lagi, gaji aku ni sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain. Malu sebenarnya dengan kawan-kawan lain yang dapat kerja bagus, gaji pun alhamdulillah bagus. Aku betul-betul struggle, dengan family pun tak senang, tapi aku gagahkan diri jugak nak setelkan hutang MARA dan PTPTN aku.


Disebabkan aku grad tak berapa cemerlang, jadi aku still terpaksa bayar study loans aku, tapi MARA tak la banyak yang aku kena bayar. Alhamdulillah, aku dapat setelkan hutang MARA tu. Lega! Sebabnya aku risau, kawan ayah aku yang jadi penjamin masa aku nak ambik loan MARA tu, jadi aku takmau, disebabkan aku, Pakcik Baharum akan ada masalah pulak, jadi gigih la dengan gaji tak seberapa, aku bayar jugak loan tu sikit-sikit.


Struggle weh, memang struggle! Gaji kecik, nak bayar sewa rumah, makan minum, tambang bas lagi. 


So bila dah setelkan loan MARA, aku fokus pulak dekat PTPTN. Bayar la sebulan 100, kadang-kadang tak cukup duit, bayar je 50. Tapi macam tak luak-luak pun duit ni. Alhamdulillah, ada duit lebih, aku bayar 500. Eh, bila bayar banyak, nampak banyak pulak kurang. Aku happy sangat. Jadi, aku pun still maintain bayar 100 sebulan, kalau ada lebih, aku bayar lebih. 


Kebetulan masa tu biras aku kerja PTPTN, dia cakap, boleh bayar pakai akaun ke 2 KWSP kita. Aku pun tanpa berfikir panjang, sebab memang nak sangat setelkan PTPTN ni dengan cepat, aku mintak dia tolong, so terima kasih Ita tolong hal-hal document masa nak setelkan PTPTN haritu. Jadinya, setiap kali lepas KWSP declare dividen, aku terus keluarkan akaun ke 2 aku, bayar PTPTN. Memang lah lambat, sebab masa tu akaun ke 2 aku tak banyak pun, dah pernah keluar banyak kali jugak, bayar MARA, keluarkan masa beli rumah, jadi setiap tahun selepas KWSP declare dividen, memang aku akan keluarkan untuk setelkan pinjaman PTPTN aku.


Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun berhempas pulas, akhirnya lepas anak ke 4, baru lah aku berjaya setelkan pinjaman PTPTN aku. Satu perasaan yang amat lega. Masa aku setelkan pinjaman PTPTN aku, berlambak lagi sebenarnya kawan-kawan aku yang masih belum setelkan pinjaman PTPTN depa, walaupun ada yang kerja lebih bagus dari aku. 


Bukan aku nak condemn yang depa lambat habiskan loan PTPTN depa, tapi aku cuma nak bagi semangat, jangan rasa down kalau kita kerja kurang bagus, gaji sikit dari kawan-kawan yang lain, janji kita fokus, Insyaallah Allah akan mudahkan urusan kita.


Ada jugak kawan-kawan aku yang cakap, eh sayang la nak keluarkan duit KWSP, sebab dividen tinggi, maka depa pun keep on continue bayar bulan-bulan. Tak kisah lah rugi ke apa, sebab fokus aku, nak setelkan hutang atau pinjaman pelajaran aku. Duit tak boleh bawak ke mati, tapi kalau hutang ni, sentiasa dok ikut kita walaupun kita dah mati. Hahaha.. Gituuuu...


Sekarang ni, setelah 4 tahun lebih, aku bebas dari hutang PTPTN aku. Yeahhhh.. Lega. Sekian sahaja cerita dari aku, kalau ada salah dah silap, mintak ampun ye. OK, baiii....











Thursday, August 19, 2021

My photobook : Part 1

Hai.. 


Just nak share gambar-gambar yang aku snap masa orang tengah solat Jumaat, pada hari terakhir ramadhan 2021.


Kebetulan nak keluar sidai baju, ternampak ramai yang terpaksa solat diluar masjid, demi memenuhi SOP.


Semoga wabak pandemik covid 19 cepat-cepat berambus dari muka bumi. Nyahhhhh kau covid!












Wednesday, August 18, 2021

MIMPI NAIK GRAB CAR

MIMPI NAIK GRAB CAR


 Lawak mimpi aku. Tapi sumpah, memang aku betul-betul mimpi naik grab.


Cerita dia macam ni. Ni aku cerita balik berdasarkan mimpi aku tu ye.


Aku ke The Store Sitiawan masa tu, nak mintak suami aku ambik dekat situ, rasa macam menyusahkan dia pulak. Aku pun dok fikir-fikir, habis tu nak balik rumah naik apa? Ooo... boleh la try naik grab. Tapi tak pernah order grab, so macam mana? Risau kena culik. Hahaha... (ni memang betul-betul adegan dalam mimpi aku ye)


Tapi aku still proceed order grab, so tak lama tu, grab car tu pun sampai. Aku ingat lagi, kereta tu warna hijau. Kereta tu ada 2 seat je kat depan, so aku pun masuk duduk sebelah driver. Hahahahaaha... Cam bodoh kan mimpi aku.


Aku pun start la conversation aku dengan grab driver tu, dah tua dah, katanya ex navy. 


"Dah lama pakcik bawak grab", aku tanya. Saja nak ajak sembang.


"Takla lama sangat, baru je lagi", cakap pakcik tu.


"Paling banyak pakcik dapat berapa?", aku tanya lagi.


"Boleh la, 3 hari dalam 20 ringgit", jawab pakcik tu.


Lepas tu, pakcik tu tunjukkan aku apps apa ntah dekat satu device tu, aku macam kagum jugak la, bawak grab pun ada pakai benda canggih macam ni, tapi logik la, sebab pakcik ni ex navy kan.


Sekian, setakat tu saja aku ingat pasal mimpi aku naik grab car. Tapi walaupun dah habis mimpi tu, aku macam teringat-ingat adegan dalam mimpi tu, macam real betul. Terasa yang aku cuba nak masuk dalam kereta hijau pakcik tu, adjust-adjust tempat duduk sikit. Hahahaha... 


Ok tu saja cerita pasal mimpi aku. Hahahahaha.....





Saturday, August 14, 2021

Penangan Vaksin Dos Ke 2

Penangan Vaksin Dos Ke 2


10 Ogos 2021 bersamaan Awal Muharram, ni tarikh untuk aku cucuk dos ke 2. So aku pun macam biasa la, cari baju yang sesuai, semangat kali ni iron tudung bawal, kan nanti nak tangkap gambar ‘saya dah lengkap 2 dos vaksin’, mesti la kena pakai lawa-lawa. 


Jadinya haritu aku pun pi la cucuk macam biasa. Servis memang laju. Tak payah nak tunggu lama-lama pun, dari time aku gerak dari rumah, sampai aku sampai balik ke rumah, tak sampai sejam pun. By the way PPV Sejati Maternity ni tak la jauh sangat dari rumah aku, cuma aku nak bagitau yang the whole process tu memang smooth sangat. Yang buat hang kena tunggu lama pun, sebab kena rehat dalam bilik lepas kena cucuk tu.


So lepas dah cucuk, aku pun balik rumah. Masih Ok masa ni, since company aku memang tak declare Awal Muharram ni sebagai public holiday,
maka kena la sambung kerja balik. Dah petang aku dah mula rasa lenguh tangan tempat kena cucuk vaksin tu. Haihhh.. aku dah cuak, tapi still steady, harap-harap tak demam, kebetulan laki pulak takde, duty pulak harini. Siang tu aku minum banyak air, termasuk lah sebotol air 100 plus yang memang aku dah beli awal.


Malamnya, sebelum tido, aku telan 2 bijik panadol activfast sebab aku dah mula rasa lain macam. Ehh.. ni macam nak demam. Petang tu aku ada tido sekejap, aku siap rasa menggigil. Sebab tu malamnya aku tak fikir banyak, terus telan panadol.


Dalam pukul 4 pagi aku terjaga, aduhh demam lah pulak. Nak tido balik dah susah, tapi cuba jugak tido dengan harapan lepas bangun tido, demam aku dah baik. Bangun pagi terus update kawan-kawan, bagitau aku demam. Kawan aku offer untuk take over sikit kerja aku, Alhamdulillah. Aku pun bagitau laki aku yang aku tak sihat, sebab masa tu dia belum balik dari duty. 


Paginya, aku telan lagi 2 biji panadol. Lepas tu tido sekejap, kepala ni memang sakit sangat, pening pun ada. Nak buka mata pun tak boleh. Satu badan ni rasa sakit. Lemah je rasa badan ni. 


Bila rasa dah Ok sikit, aku bangun on laptop, buat kerja jugak sebab takut nak susahkan orang lain. Lagipun banyak jugak kerja aku yang pending. Aku pun terus order laksa 1, nasi ayam 2, nasi Ayam buttermilk dengan Kak Azizah, mintak dia hantar makanan awal sebab aku memang tak larat dah nak masak. Suami aku masa ni belum balik lagi. Aku dengan anak-anak je kat rumah. Ni lah pengorbanan jadi isteri tentera, bukan everytime hang sakit, suami ada kat sebelah. Tibeeee… heheheehe.


Bila petang tu suami aku dah balik, aku mintak dia belikan lagi air 100 plus, dan malamnya lepas maghrib aku telan lagi 2 bijik panadol. Sambung rehat sekejap, dalam pukul 10 malam macam tu badan aku dah rasa berpeluh-peluh. Alhamdulillah, dah rasa sihat sikit. Tapi pening dan sakit satu badan tu tetap ada lagi. Bangun lah aku ke dapur, masak megi kari sebab teringin weh nak makan megi time tak sihat ni. Letak cili 2 biji, letak pulak telur. Perghhhh… sedappppp….


Esoknya dah tak demam, tapi masih rasa sakit-sakit badan lagi, kiranya recovery process tu masih going on and on. Hehehehe.. Harapnya vaksin yang dicucuk ke dalam badan aku ni, boleh build up aku punya antibodi, dan boleh protect diri aku just in case aku positif covid, tapi demi Allah, aku takmau kena covid or apa-apa virus ni, aku fikir anak-anak je. 


Anak-anak dah la tak dapat apa-apa vaksin, sebab tu aku belikan anak-anak vitamin yang Ok sikit untuk depa, hari-hari aku make sure anak-anak aku makan vitamin. 





Ni haa si Aleeya, ratu vitamin dalam rumah ni. Nasib baik tak susah nak suruh dia makan vitamin, yang paling tak suka makan vitamin, si Amna, sampai nak muntah, padahal makan petai elok pulak. Geram je rasa. Hahahaha.





6 biji panadol ActicFast dan beberapa keping koyok jugak aku guna. Sangat membantu.





2 botol air 100 plus 500ml berjaya dihabiskan, termasuk jugak berapa mililiter air kosong.





Mintak laki aku belikan benda ni, sebab petang tu aku rasa badan panas sangat, berapa belas ringgit ntah, beli dekat Farmasi I Sihat. Lega,, dah tak demam masa ni 😂




Next, aku nak beli pulse oximeter ni, sebab tengok dalam telegram MKN atau KKM, nampak ada hashtag #1keluarga1Oximeter ni. Tak salah aku, Oximeter ni function dia untuk check bacaan oksigen dalam badan kita. Tapi kalau nak beli, baik beli yang ada certified, beli fake nanti bacaan dia tak berapa accurate pulak. 


So sampai sini dulu cerita aku pasal pengalaman lepas kena cucuk vaksin dos ke 2. Cerita ni sekadar nak kongsi apa yang jadi dekat aku, sebab kesan lepas kena cucuk ni, tak sama untuk setiap orang, depends dekat badan masing-masing. Kawan aku lepas cucuk vaksin, tak demam pun, just sakit tangan je, so kesan dia tak sama. Ada yang dos pertama  demam, dos kedua tak demam pulak. Sorry ye kalau ada few facts yang salah dalam ni, aku share berdasarkan pengalaman aku sahaja.


Bye, sekian terima kasih.


Friday, August 13, 2021

Amna Aimy The Real Hijabista



Fesyen bertudung masa kini. Kalau tak suka, jangan kecam! Hahaha.. Apa yang kita suka tu sangat subjektif, apa yang kita suka, tak semestinya orang lain akan ikut suka. Betul tak?


By the way, jumpa gambar makcik hijabista 2 ketoi ni dekat facebook. Thanks to Facebook sebab share balik memory-memory lama, sebab banyak gambar anak-anak yang dah hilang, dah berapa kali tukar handphone, jadi semua memory masa anak-anak masih kecik, turut terkubur bersama jahanamnya handphone-handphone aku.


Waktu ni, Aleeya dah lahir tapi tak ingat dah berapa umur Aleeya. Aimy dengan Amna tak sah kalau tak bergaya, fesyen tudung ikat tepi, pusing ke belakang, senget ke hujung, semua ada. 😂


Sampai ke sekarang ni pun, perangai kuat melaram tu tak hilang-hilang. Telekung tu orang buat untuk sembahyang, dia pi guna buat macam gaun, feeling-feeling macam princess. Pantang nampak inai, merah je lah kuku tu. Pernah habis tangan si Aimy dia bubuh inai. Ya Allah! Dia lukis corak macam orang kawin tu. Hahahaha…


Harap-harap besar nanti, perangai senonoh la sikit. Amin… Ni saja aku share perangai depa kat sini, kot-kot besar nanti boleh tengok dan gelak ramai-ramai. 😂


Sebenarnya nak cerita pasal covid, tapi takdak mood sangat nak cerita sebab tengok kes hari-hari sampai 20ribu lebih. Tapi bila fikir seteruk-teruk perasaan burnt out kita yang boleh duduk kat rumah ni, burnt out lagi perasaan-perasaan geng2 frontliners yang terpaksa bekerja di hospital, di sekatan jalanraya, yang handle mandikan jenazah, yang handle kebumikan jenazah, yang bawak ambulans, yang hari-hari jolok hidung orang yang buat swab test, yang ramai lagi lah.


So next time lah share pasal ni, nak share jugak pengalaman lepas kena cucuk vaksin. Nanti aku cerita ok. 


Bye.






























Sunday, August 8, 2021

Persediaan Sebelum Cucuk Vaksin Dos Ke 2

Bila aku tengok ramai kawan-kawan yang demam, sakit-sakit badan lepas dos ke 2, aku pun cuak lah. Balik dari shopping barang dekat Speedmart, singgah Farmasi I Sihat dekat area Sofera Hotel tu, kan sebelah-sebelah je farmasi dengan speedmart.


Terus cakap dengan adik tu, saya nak beli panadol, nanti nak cucuk vaksin 2nd dose. Hahahaa. Beria tak? Sis dengan perangai beria tu memanglah tak boleh dipisahkan. 😂


Adik tu suggestlah, ambik Panadol ActiFast pun dah ok. Ambik 2 bijik ye kak. Ok, baik.


Jadinya selasa ni, 10 Ogos aku akan cucuk vaksin dos ke 2. Serius berdebar-debar sebab 1st dose haritu pun dekat 2 hari jugak aku lenguh-lenguh tangan, kawan aku pulak, terus demam. Cuak jugak aku sekarang ni. Harap-harap demam yang tak teruk sangatlah nanti.



Nah! Dah spare panadol siap-siap. 


Saturday, August 7, 2021

PESANAN BUAT DATUK AZIZUL HASNI AWANG DAN SHAH FIRDAUS

 Assalamualaikum wbt.


Buat dua atlet negara yang sekarang ni berada di Jepun sempena Tokyo 2020, aku nak wish (kalau depa ada baca la post aku ni, kau rasa????), selamat maju jaya untuk esok!! Kami kat Malaysia ni memang harapkan hangpa 2 untuk bawak balik pingat, tak kisah la apa warna, tapi dalam hati memang nak hangpa dua bawak balik emas. Hahahaha...


Shah Firdaus, walaupun tadi hang jatuh masa saringan ke berapa tu, tapi masa round repecharge apa tu, hang dapat no. 2! Terbaik lah weh! Kami kat rumah ni laki bini sekali dengan anak-anak pakat dok jerit sakan tengok aksi hang tu. Allah, ketaq sungguh kami. Walaupun jatuh dan luka, hang masih buat yang terbaik. Ni betoi-betoi semangat "Malaysia Boleh".


Buat Datuk Jijo, bergegaq rumah kami dok bersorak tadi, Alhamdulillah masa saringan tu menang tempat pertama. Aku yakin, semua rakyat Malaysia tak kira bangsa, Melayu, Cina, India, Siam, Iban, Kadazan, Bidayuh dan tak kira apa bangsa, mesti semua pakat sokong Datuk Jijo dan Shah Firdaus.


Untuk esok, please do the best. Good luck and please bring back medal for all Malaysians. Our pray and doa always be with you guys. Malaysia really proud of Datuk Azizulhasni Awang and Muhammad Shah Firdaus Sahrom.


Both of you are our heroes! Yeahhhh.. Malaysia Boleh!! Yakin Boleh!!



Kredit gambar dari sini.






Welcome To Netflix

Alhamdulillah, akhirnya dah ada akaun Netflix sendiri. Dah lama terfikir nak buka akaun Netflix ni, tapi asyik fikir, dan fikir, tapi tak proceed pun. Akhirnya semalam, aku proceed jugak walaupun awal tu keliru jugak nak ambik pakej yang mana.


Asalnya nak ambik pakej basic sebab fikir boleh tengok dekat desktop jugak, since aku takdak laptop. Pelik tak zaman sekarang orang takdak laptop? Hahaha. Macam duduk dalam gua kan 😂


By the way, buat apa nak ada laptop, sedangkan everything you can access through your phone? Betul tak? Hehehe.. Sapa setuju, tolong angkat tangan 😁


Tapi kat rumah ni ada la desktop lama yang masih berfungsi dengan baik. Kalau tengok dekat desktop, ramai sikit boleh tengok. Anak-anak pun boleh join sekali.


At last aku fikir, ambik pakej yang murah je lah, boleh tengok dekat phone dan tablet. Sebulan RM17, Ok lah tu sebab kat rumah masih ada astro. Nak potong astro pun dengar-dengar macam leceh jugak kan. 


Teringin nak ada Netflix ni sebab tiap kali pi rumah adik aku, bestnya boleh tengok movie best-best. Dari satu movie ke movie yang lain kami dok tengok, rasa macam tengok wayang. Pernah jugak aku beli movie dekat Astro First, tapi satu movie pun harga dah berbelas ringgit, jadi sangat berbaloi lah kan, dengan RM17 boleh tengok macam-macam jenis movie.


Untuk kaki suka tengok TV macam aku, aku rasa worth it la. Sebab aku tau, ada setengah orang cakap benda-benda macam ni tak perlu, tapi masing-masing kan ada kehendak dan keperluan masing-masing, so terpulang kepada diri kita sendiri. Untuk orang yang macam aku, it’s Ok to spend your own money untuk benda yang kau suka. Time-time lockdown ni, jangan nak stresskan diri sendiri, spend lah sikit duit untuk ada good entertainment, dah la kita pun asyik terkurung je.


So, nanti aku akan buat movie review ya. Aku baru je settle tengok 2 movie, nanti aku bagi review. 


Yang belum ada akaun Netflix, moh la kita ramai-ramai langgan Netflix, duduk je rumah tengok movie yang best-best. Nak keluar tak boleh kan, bahaya sekarang ni.





Saja aku share SMS yang aku dapat ni, pelindunh muka (face shield) sahaja tak boleh melindungi kita dari jangkitan Covid 19. Ia perlu dipakai bersama pelitup muka. 😁 Kalau nak keluar orang jumpa siapa-siapa, make sure jangan pakai face shield je, kena pakai sekali dengan face mask. Baru la double protection. Saja nak ingatkan semua orang dan diri sendiri jugak, kita jaga kita. 






Friday, August 6, 2021

GARDENIA PUAZZ SAVOURY BUN SAMBAL BILIS


Untuk orang yang bangun lambat dan tak sempat sediakan breakfast, Gardenia Puazz Savoury Bun Sambal Bilis ni memang sangat-sangatlah membantu. Makan sebijik pun dah kenyang sampai tengahari. Hahaha…





Sekali tengok, expired date harini. Terus telan laju-laju. Esok dah tak boleh makan kan? Hahaha. 


Jangan la percaya sangat, selalu walaupun roti tu dah lepas dari tarikh luput atau expired date, Ok je kalau kita makan, kecuali kalau dah keluar kulat-kulat dekat roti tu, baru la takleh makan.


So far selama jadi pemakan roti, Ok je makan roti yang dah expired, janji roti tu masih elok keadaannya. 


😂

Thursday, August 5, 2021

KIRIMAN DARI DESA TERCINTA



Haaaa… siap dah sebalang petai jeruk!

Terima kasih family kat kampung yang pos kan petai dan rambutan aka moktan kat kami disini, insan yang berada jauh di perantauan. Hahahaha. Padahal duduk Manjung je pun 😂


Habis je kerja, potong-potong petai tu, tapi dah banyak sangat, jadi malas pulak nak potong kecik-kecik. Last-last aku cuci dan masukkan je dalam periuk besar dan rebus. 


Lepas dah rebus, ambik je isi petai dan jerukkan. 
Petai jeruk ni sebenarnya kena tunggu 2,3 hari jugak boleh makan, tapi sebab kami ni semua hantu petai, esok dah makan. Hahahaha… Pekena pulak dengan ikan kembung @ ikan temenung goreng, cicah dengan sambal belacan, memang tambah nasik 2,3 kali. 


Saja nak tambah berat badan kan 😂😂


Sekali lagi, terima kasih Mak, Kakla, & Uda tolong poskan petai dengan moktan kat kami. Nanti ada buah-buah lain tu, pos la lagi. Hahahaha…





Sambal belacan yang mengancam. Perghhh… 


Monday, August 2, 2021

GELOJOH SANGAT PLACE ORDER



Ni lah yang jadi bila hang gelojoh sangat place order dekat shopee sampai tak tengok face mask yang beli kat anak-anak tu corak anjing. Beli 2 pek pulak tu. Mulanya nampak macam corak bunga, so proceed je la bayar.


Bila dah sampai, tengok-tengok corak anjing. Tapi anjing yang comel lah. 😂


Nasib baik design face mask yang satu lagi ok dan cute, corak dinosaur comel. Love it!





Bagus seller shopee ni, pagi sabtu place order, harini Isnin dah dapat barang. Aku beli sekali dengan mainan viral budak-budak sekarang ni, nama apa tah, syok jugak layan benda tu.




Beli 4, dengan harapan budak-budak ni takkan bergaduh berebut mainan. Hurmm.. apa nak dikata, gaduh tetap gaduh. Mungkin bergaduh tu hobi budak-budak ni. 


😂



Smart Watch Murah - Beli Di Shopee



Assalamualaikum wbt.


Aku ada beli smart watch murah yang aku rasa sesuai dan worth it untuk aku. Walaupun harga dalam RM20 lebih termasuk postage, tapi bagi aku, dah cukup Ok. Kenapa aku cakap Ok? Hehehe..


Untuk orang yang tak mementingkan brand sangat, aku rasa smart watch M4 with Bluetooth ni memang dah Ok sangat compare to mana-mana smart watch mahal. Aku ada survey jugak beberapa smart watch brand lain, semuanya mahal-mahal, ratus-ratus. Jadi kita pakai yang murah dah la, sebab main function kenapa aku nak beli smart watch ni sebab aku nak make sure aku bergerak dengan banyak, sebab waktu bekerja, aku rasa aku banyak duduk, kadang- kadang boleh duduk berejam-rejam.


Jadi bila ada smart watch ni, aku boleh monitor berapa banyak dah movement aku masa tu, walaupun sekadar bergerak dalam rumah, dari ruang tamu rumah aku yang sempit ni, ke dapur, ke bilik air, keluar sidai baju, whatever lah. Aku dah set kan minimum steps untuk sehari adalah 8000, jadinya selagi tak cukup 8000, aku akan ulang alik dari dapur ke depan, ke belakang, ke depan balik dan ke belakang.





Satu benda lagi yang aku agak satisfied dengan smart watch murah ni, bateri dia tahan lama, dekat 2 hari jugak aku guna smart watch ni tanpa perlu charge. Tapi make sure hang charge la bateri smart watch ni sampai penuh. 2 hari tak charge aku rasa dah Ok dah untuk aku. Kalau hari-hari kena charge, leceh jugak kan. Dah macam charge handphone pulak. (Handphone aku lah tu. Huhuhu)





Dekat kotak tu tulis, Smart Bracelet, A Partner to Monitor Your Health. Pasaipa dia tulis pasai monitor your health tu, sebab smart watch ni boleh check hang punya oxygen level, boleh kira blood pressure, boleh kira heart rate jugak. Tapi aku pun tak pasti lah samada tepat atau tak calculation yang depa kira tu. Untuk result yang lebih accurate, yang tu kena check dengan klinik atau hospital. 





Ni spec smart watch ni. Ada Bluetooth, so boleh download apps dia dekat handphone masing-masing. Boleh edit setting smart watch ni, nak link incoming call or message dari handphone ke smart watch ni.


So far untuk harga yang RM20 lebih ni, I’m more than happy with this smart watch. Hehehe. Aku buka time nak mandi dan time nak ambik wuduk ja. Basuh pinggan pun aku hantam je pakai jam ni, hahaha so far masih Ok, tak rosak lagi. 


Jadi pada-pada yang tengah survey hadiah harijadi atau hadiah anniversary, nak bagi dekat anak atau anak saudara, tapi risau depa rosakkan benda tu, beli je lah smart watch ni. Time-time PKP ni kena pandai jimat cermat, hahaha. Jangan nak bazir duit beli benda-benda mahal. 


Based on shopee details, smart watch ni was listed as No. 5 Best Selling Bluetooth Smart Watch. Link product dekat bawah, hangpa pi lah usya sendiri. Aku pun beli lepas baca review yang Ok kat dalam tu.