Saturday, September 18, 2021

Buat Baik Sampai Jadi Muflis?

Assalamualaikum


Hari ni lepas subuh aku sambung tidur semula. Malas nak buat apa-apa since mood masih belum nak OK sejak Majlis Keselamatan Negara (MKN) lanjutkan PKPD di Taman Samudera Manjung, tempat tinggal aku ni. Allah.. rasa letih, rasa mentally exhausted sangat, rasa terkurung pun ada.


Tapi tu lah, aku cuba ingatkan diri sendiri mungkin ini yang terbaik untuk kami semua. Insyaallah, akan ada pelangi indah buat kami. Sepatutnya aku bersyukur, ada yang berada dalam kawasan PKPD ni yang bekerja sendiri atau bergaji hari, tapi gaji aku masih masuk seperti biasa. Hurmm…


Pagi ni aku buka Facebook dan baca post dari saudara Azizul Azli Ahmad. Well, dah lama aku follow dia, banyak jugak tips-tips kawangan yang dikongsi. Dan post harini pasal Jangan Jadi Baik Sehingga Muflis? Untuk tips-tips kewangan, tips nak beli rumah, boleh lah follow saudara Azizul Azli Ahmad dekat facebook ye. 


Sebenarnya, cerita aku pun lebih kurang cerita ‘mangsa’ dalam cerita tu, disuruh jadi guarantor masa nak beli kereta. Seperti cerita ‘mangsa’ tu, dia banyak buat loan sebab nak bantu keluarga. Last-last bila dia susah, nak mintak balik duit dia, dia pulak dihina. Sampai akhirnya dia jadi muflis. Bila dah declare muflis ni bukan kerja senang nak clearkan balik nama kita. Aku doakan saudari yang share cerita muflis dia tu dipermudahkan segala urusan dia, dimurahkan rezeki semoga dia dapat clearkan nama dia yang di senarai hitam (blacklisted). Amin.


Cerita aku.


Masa tu masih bujang, tapi dah bertunang dengan laki aku sekarang. Aku kerja kilang baju di Penang, gaji aku masa tu RM1400 dan boleh claim OT. Hahaha. Entah kenapa nak sebut pasal claim OT tu. Kisahnya, adik aku nak beli kereta second hand, tapi since adik aku tak kerja, loan kereta atas nama boyfriend dia. 


Kereta dah cari, dah dapat, sebab abang aku dah tolong carikan dekat used car, tapi guarantor tak ada, jadi hujung-hujung tu baru lah aku dicari. Aku tolak nak jadi guarantor sebab aku tau kesan ke depan nanti macam mana. Jadi, teruklah aku dikecam. 


Katanya kereta ni dibeli sebab nanti senang nak bawak mak pergi pekan, senang nak bawak mak pergi mana-mana, senang nak beli barang. Semuanya senang, tapi aku nampak susahnya dekat aku balik nanti. Jadi aku tetap dengan keputusan aku, takmau jadi guarantor. Menangis aku bengkak mata, semua orang benci aku. Macam aku taknak tolong keluarga.


Tapi Alhamdulillah, tepat keputusan aku tu. Tak lama lepas tu, adik aku break up dengan boyfriend dia tu, dan adik aku dapat sambung belajar. Ya Allah, terima kasih bantu aku, tetapkan pendirian aku masa tu. Bayangkan kalau betul aku jadi guarantor, dengan gaji aku yang tak seberapa masa tu, kau rasa aku mampu??


Nasihat aku, nak tolong orang biarlah berpada-pada. Biarlah orang mengata,  mengecam, janji tak susahkan kita kemudian hari. Hubungan aku dengan adik beradik aku Alhamdulillah Ok. Kami dah lupa kenangan lama tu, tapi untuk aku, masih lagi berjaga-jaga dan berhati-hati. 


Biar papa asal bergaya. Ada orang memang sanggup macam ni. Muka tak malu, sanggup hutang sana sini, janji dapat beli apa yang dia nak, dapat bergaya macam semua tu dibeli pakai duit dia, sanggup berhutang sana sini. Kesian orang yang kerja penat-penat, abaikan keperluan dan kehendak diri sendiri, tapi sebab fikir nak bantu keluarga, dia pun tolong. 


Bila dah tolong, tak bayar balik pun. Bila orang yang bagi pinjam duit tu mintak balik duit, dah macam pengemis layaknya. Padahal mintak duit sendiri. 


Haishhh… panjang aku tulis kali ni, sebabnya aku rasa aku boleh relate cerita pasal muflis tu dengan diri aku. Tapi Alhamdulillah la, aku takla muflis. Terima kasih semua yang sudi baca cerita aku. Cerita aku ni bukan nak malukan siapa-siapa, tapi lebih kepada berkongsi kisah aku. Maaf kalau ada yang terasa. 




















No comments: