Sunday, October 31, 2021

Found New Apps in App Store - Easy Blog

Bismillah

Aku baru jumpa app baru dalam app store which is Easy Blog. Aku tak pasti samada apps  ni betul-betul buat aku jatuh dan gunakan terus apps ni sampai bila-bila, tu aku tak berani janji.

So far, aku tak jumpa function untuk attach gambar or video ke dalam blog, jadi aku agak kecewa dengan apps ni.

Kalau sebelum ni aku guna blogger plus untuk blog aku, tapi ada haritu bila dah banyak yang aku taip untuk next entry aku, tiba-tiba aku tak boleh tekan butang publish tu. Uwaaaa… sedihnya.

Setakat ni blogger plus je lah apps yang boleh bantu aku post entry-entry aku, sebab aku lebih prefer untuk post entry-entry baru melalui handphone, sebab banyak gambar-gambar dekat dalam gallery handphone.

Jadi since apps ni tak allow untuk aku attach gambar, maka terpaksalah aku cari apps lain yang boleh create entry baru dan jugak attach gambar sekali.

Uwaaaa.. kecewa lagi.

Thursday, October 28, 2021

CERITA SEMALAM : KEDAI BUAH DAH TUTUP

 Ceritanya, dah lama kami tak makan buah. Mintak suami aku belikan buah, asyik lupa memanjang. Sibuk dengan ayam-ayam yang dia bela dekat kebun pisang dia tu. Aku pulak jenis malas nak keluar beli, itu yang selalu harapkan suami aku kalau nak beli apa-apa. Hahaha. Dari dulu pun aku memang macam ni, jenis malas nak keluar. Pernah sepanjang musim covid ni, 2 minggu aku langsung tak keluar dari rumah, nak apa-apa, mintak suami aku belikan. 😄



So, lepas habis kerja pun dah agak lewat, pukul 6.30 petang macam tu baru nak keluar cari buah, alamatnya memang kedai buah dah tutup lah. Kedai buah aunty ni memang favourite aku, buah-buah yang dia jual memang fresh, harga pun murah. Nampak je kedai buah aunty dah tutup, terus kami pusing ke gerai buah tepi jalan tu.



First time jugak nak beli buah dekat gerai tepi jalan ni. Cadangnya nak beli buah mata kucing dengan jambu batu je, sekali anak-anak jerit dari dalam kereta nak jambu merah, nak jambu merah. Ok, beli lah jambu merah, buah mata kucing sekilo dan jambu batu 2 bijik.


Mata kucing ni kalau tak salah sekilo RM12, takpun RM10. Aku dah lupa.

Jambu merah 1 plastik tu katanya sekilo RM16. Jambu merah ni aku rasa mahal. Selalu aku beli kat kedai buah aunty tu, tak sampai RM10 untuk 1 plastik. 

Jambu batu 2 bijik jenis tak ada biji (seedless) katanya. Tak cuba lagi. Harini insyaAllah kita cuba, sambil-sambil buat kerja, since minggu ni minggu terakhir kerja dari rumah.


TOTAL RM31



Jambu batu tanpa biji (seedless). Ni nak makan dengan serbuk asam.
Urmmm sedapnya.




Jambu merah ni lah anak-anak aku terjerit-jerit dari dalam kereta tu.
Buah ada yang dah lebam sikit.
Jambu merah ni makan gitu je pun dah sedap, tapi kalau ada colek buah tu, adoiii lagi lah sedap
Sebungkus RM16. Agak mahal bagi aku.




Mata kucing sekilo. Buah kecik je. Sebelum makan, cuci dulu buah mata kucing ni, nak make sure bila kita gigit kulit mata kucing ni, takde la kita tergigit benda-benda kotor yang melekat pada kulit dia. 






Tuesday, October 26, 2021

Perlu Ke Tak Aku Tukar Nama Domain?

 Aku ada soalan yang agak penting. Nama domain ni sebenarnya main peranan tak untuk menentukan traffic ke blog kita ni tinggi ke tak?



Sejak aku beli domain bulan julai 2021 haritu, aku tak rasa yang traffic ke blog aku ni tinggi. Cuba banyangkan, 1 post kadang-kadang tu ada views 5, 6 macam tu. Mostly banyak yang bawah daripada 10. 


Sedih kan?


Tapi aku cuba pujuk diri aku, kemungkinan views atau traffic tu rendah mungkin jugak sebab post aku tu langsung tak menarik. Hahahaa. Ye lah kan, setakat beli domain, tapi post atau story pasal benda yang kurang menarik, cerita pasal diri sendiri, pasal anak-anak, pasal apa yang jadi dalam kehidupan aku. Mesti lah kurang views.


Sapa sangat yang berminat nak baca benda-benda macam ni. 


Buat masa ni, blog aku ni aku register under sitinaminah02.com


Jadi rasanya, patut atau tak aku tukar ke nama domain yang lain. Sebab aku macam perasan, jarang-jarang pulak orang letak nombor dekat nama domain mereka. Tapi sitinaminah02 ni memang kerap aku guna. Jadi teringin pulak nak guna nama ni sebagai nama domain.


Tapi ni sekadar andaian aku, kalau nak tukar nama domain yang baru, aku kena beli domain baru. Taktau lah berbaloi ke tak, takut lepas tukar domain baru, views tetap sendu. Hahahaha..


Kawan-kawan yang mahir pasal ni, tolong advice ye. Kalau perlu tukar nama domain, takpelah, tukar je lah kan. Daripada tengok views yang rendah ni, sayu pulak hati. Entah sampai ke tua lah tak dapat cash out income from Adsense. Kahkahkah..

Sunday, October 24, 2021

Part Time Penjual Bunga Kantan

Kami balik ke Ipoh, hari Sabtu lepas solat zohor. Memang tak plan nak balik Ipoh minggu ni, sebabnya Insyaallah minggu depan memang wajib kena balik sebab ada family day, berkumpul semua anak menantu dan cucu Tok Amir dan Opah Yam.


Sebelum balik ke Ipoh, sempat aku on laptop dan settlekan sikit hal kerja, tak tenang nak cuti kalau asyik fikir hal kerja. Ada kerja yang masih pending sebab belum ada details container dan seal nombor, jadi isnin pagi je lah baru aku submit. Tapi pagi isnin akan jadi sangat rushing dan kelam kabut, sebab tu kalau boleh hari sabtu walaupun cuti, aku cuba nak siapkan kerja apa yang boleh.


Suami aku ke kebun, dan bawak 5 ekor ayam yang dia dah beli hampir 3 bulan, ke tempat sembelih dan proses ayam. 3 ekor ayam akan dibawak balik ke Ipoh, seekor ayam suami aku bagi pada bapak sedara dia dan seekor lagi pada kawan dia. Di reban masih ada balance 5 ekor ayam. Bela sekadar suka-suka, Alhamdulillah berhasil. 


Teruja dapat makan ayam yang dibela sendiri. 😂


Biasanya kalau balik ke Ipoh, suami dan Tok Amir akan ke kebun, ambik bunga kantan. Kali ni dapat la dalam 20 batang bunga kantan. Kadang-kadang dapat banyak, kadang-kadang dapat sikit. Ada jugak yang selalu ambik je bunga kantan tu, kadang-kadang adik beradik suami aku akan ambik jugak bunga kantan tu.


Haritu kami ada pembeli tetap, tauke kedai asam laksa. Mungkin kebetulan haritu stok bunga kantan dia dah banyak, so dia tak beli dengan kami. Harini, ada seorang kakak penjual laksa tu dah booking bunga kantan sebanyak RM10. Sebatang bunga kantan dijual dengan harga RM1. 


So far, harga ni agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga yang dibeli di kedai-kedai atau pasaraya. Tapi since kami memang balik ke kampung untuk melawat mak ayah mertua, jadi jual bunga kantan ni boleh lah cover duit minyak petrol kami. Hahahaha…


Bunga kantan ni, kalau musim hujan, memang banyak. Melambak-lambak haaa orang jual,  tapi kalau musim kemarau, memang susah nak cari. Tambah-tambah lagi kalau dekat nak raya, memang orang cari sangatlah bunga kantan ni. 


Ok jugak jadi penjual bunga kantan ni. Aku tak malu pun jual bunga kantan, apa nak malu, bukan aku jual dadah ka, ganja ka. Hahahaha…




Kawan aku cakap, dekat tempat dia bunga kantan ni sebatang RM3. 





Bunga kantan fresh dari kebun. Masa ni suami aku baru bawak balik, aku cepat-cepat susun elok-elok, nak ambik gambar. 😂




Bukan bunga kantan je, cili burung pun ada. Tapi tak berani nak buat sambal belacan pakai cili burung ni, mak ooii pedasnya nanti sambal belacan hang.. cekk tak boleh makan pedas-pedas sangat… 





Saturday, October 23, 2021

Aleeya with her drawing skill


Share dekat sini, mana tahu ke depan nanti boleh tengok balik, hasil kerja Aleeya, anak perempuan bongsu aku ni.


Aku masih bekerja dari rumah, 1 November 2021 akan mula bekerja dari office. Lemau je rasa sebab dah selesa kerja dari rumah. Boleh pantau anak-anak masuk kelas online. Tapi redha je lah, kan kita hanya kuli, bukan majikan. Hahahaha.


Ceritanya si Aleeya ni, asyik mintak kertas, nak melukis. “Mama, nak kertas”, selalu lah mintak nak kertas. Semak dah rumah aku ni dengan kertas-kertas yang anak-anak guna untuk melukis. 


Tapi sebagai mak yang takmau menyekat bakat dan kreativiti anak-anak, maka aku pun bagi kertas. Ok, contenglah wahai anak-anak, semoga hangpa semua menjadi anak-anak yang berbakat besar hendaknya apabila dewasa kelak. Ahhh tibeee..


Jadi kat sini aku nak share lukisan Nur Aleeya Safiya ni, anak bongsu aku ni umur 4 tahun lebih. Tak pasti pulak aku apa benda yang Aleeya lukis ni, tapi nampak comel jugak la. Aleeya lukis kuman versi besar ke? Entah lah, mama pun taktau Aleeya lukis apa.


Sebagai mak, aku perasan jugak yang Aleeya dan Aimy rajin melukis, tapi Aimy rajin mewarna sekali. Cantik jugak kalau Aimy mewarna, sesuai lah budak umur 6 tahun mewarna. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Emran dan Amna, abang dan kakak kurang berminat melukis dan mewarna.


Jadi bila nampak Aimy dan Aleeya melukis dan mewarna, aku sebenarnya terkejut jugak. Comel jugak la lukisan tu, sepadan dengan umur depa ni kan. Harapnya minat melukis dan mewarna ni, bukan terhenti setakat ni saja, harap-harapnya makin berkembang bila dewasa nanti.

















Tuesday, October 12, 2021

Cadangnya nak ke Aeon malam ni

Cadangnya nak ke Aeon malam ni..


Harini aku masuk ke ofis lepas solat zohor. Masuk sekejap, clearkan apa yang patut sebab 14-19 Oktober kan aku nak balik kampung, jumpa keluarga terchenta! Ohhh tak sabarnya.


Selalunya aku duduk 2,3 jam je, tapi lepas suami aku cakap yang dia balik awal harini, aku pun stay lebih lama. Kebetulan memang banyak kerja nak dibereskan. Nak guide budak baru jugak. Risau nanti bila aku cuti, dia struggle nak handle kerja-kerja aku. Kesian dia nanti.


Siapkan kerja-kerja, 6 lebih jugak baru balik dari office. Teringat pulak nak cod kerepek yang customer order semalam. Memang awal-awal aku dah masukkan kerepek yang customer pesan dalam kereta. Tapi bila tengah busy siapkan kerja, terlupa pulak pasal nak cod tu.


Jadi, aku whatsapp customer dulu, tanya dia ada dirumah tak, aku nak hantar kerepek. Alhamdulillah, dia ada di rumah. Jauh jugak nak ke rumah customer ni, cas cod RM2 ni macam tak berbaloi. Hahahaa. Next time suruh je suami aku hantar dengan moto. RM2 cod charges ni sumpah tak berbaloi kalau cod dengan kereta. Hahahaa…


Selesai cod, terus balik ke rumah. Fikir-fikir macam nak singgah Aeon Manjung sekejap, beli makanan apa yang patut, tapi haihhh letih pulak. Terus tekan minyak balik ke rumah. Sampai kat rumah, tengok nasik dan lauk yang aku masak sebelum ke office tadi dah habis. Order lah nasib goreng dekat Grab Food.


Nampak Nasi Goreng Kambing dan Nasi Goreng Daging tu macam sedap. Lama jugak tak makan kambing. Teringin lah pulak! Dapat makan kambing bakar sedap nih. Menjerit-jerit anak cacing dalam perut nih kalau dapat makan kambing bakar harimau teriak. 😂


Habis solat magbrib, terus makan nasik goreng kambing. Lapar punya pasal, habis nasik tu aku balun sorang-sorang. Ya Allah, buruknya perangai. Hahaha…


Cakap dengan suami, lepas isyak kita pi Aeon  ye..


Habis solat isyak, capai handphone, masuk bilik, on aircond, terus landing. Hahahaha. Aeon ke mana, apa ke mana. Esok-esok lah, harini dah penat. 


Ok, itu je nak cerita. ☺️




Nasi goreng kambing order dengan Grab Food

Monday, October 11, 2021

Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Yang Lengkap DiVaksinasi Berkuatkuasa 11 Oktober 2021

 Alhamdulillah..




Semalam, 10 Oktober 2021 memang jadi hari yang penuh bermakna buat semua rakyat Malaysia, berita yang ditunggu-tungu bilamana PM Malaysia, Paklong Mail umum yang pergerakan rentas negeri dibenarkan bagi individu yang lengkap divaksin berkuatkuasa 11 Oktober 2021, iaitu harini lah. Memang dah lama tunggu kebenaran rentas negeri ni sebab dah lama tak balik kampung jumpa keluarga. Ada jugak yang ambik kesempatan nak pergi bercuti, jadi silakan.


Jadi, bila dah boleh kampung ni, nak kena make sure jugak yang kami balik ni tak bawak virus covid 19 ni sekali so aku pun terus ke Farmasi I Sihat sebelah Sofera Hotel nak beli saliva test kit ataupun Antigen Rapid Test (Oral Fluid). 1 test kit ni berharga RM16. Nanti sebelum gerak balik ke kampung, kita check dulu ye. Risau jugak terbawak balik virus covid ni ke kampung. Sekurang-kurangnya kalau result test ni positif, kita tak sebarkan virus ni dekat keluarga kita di kampung.


Haihhh.. jangan lah nak positif pulak. Nak balik kampung ni.... Tak pasal-pasal nanti kena kuarantin pulak. Huhuhu.



Alang-alang ke farmasi, beli la plaster luka untuk anak-anak. Mana lah tau, kang main-main kat luar, jatuh ka, luka ka, boleh la guna. Aku pun kadang-kadang guna pisau, berdarah jugak jari jemari aku ni. So beli spare. Alang-alang jugak vitamin anak-anak dah habis, aku redeem point aku dengan vitamin C with Lysine, strawberry flavour. Sebab tu lah aku suka jadi ahli dan beli barang-barang dekat farmasi I Sihat ni, sebab untungnya, apa kita beli nanti dapat kumpul point.


Point tu pulak, boleh tukar ke barang-barang yang kita nak. Jadi, jimat duit jugak lah kan. Beli sambil kumpul point.



Ternampak pulak Gentle Skin Cleanser jenama Cetaphil. Haritu ada lah sembang dengan kawan aku, dia ada rekemenkan aku cleanser Cetaphil ni, so far OK dengan dia. Buat masa ni, aku guna trial set Hada Labo, baru je guna dalam 2 minggu, trial set ni pun aku beli dari Shopee sebab malasnya nak keluar pi Watson or Guardian. Nak habiskan trial set Hada Labo ni dulu, baru lah nak cuba cleanser Cetaphil ni.




Rasa macam lebih berbaloi beli yang 250ml ni. Harga RM39.90. Ada botol yang lebih kecik, tapi takpe lah, beli yang lebih besar. Alkisahnya, muka aku teruk sangat, berjerawat, dengan parut-parut jerawat, berminyak semua ada. Aku rasa dah kurang sikit la parut jerawat aku ni guna trial set Hada Labo tu, jerawat tu tetap jugak menjengah. Acne mask ke eh? Tak pasti lah. Umur dah nak dekat 40 kot, tapi jerawat rajin pulak keluar, dah macam muda remaja pulak.


Nak habiskan trial set Hada Labo ni, lepas tu nak guna cleanser Cetaphil ni. Harap-harap jerawat dah tak keluar, parut-parut hitam pun hilang. Teringin weh nak ada kulit flawless. Hahahaa...


OK, just nak share, aku dah apply cuti start 14-19 Oktober. Balik dengan anak-anak dan adik aku je, suami aku tak boleh nak cuti, sebab hujung bulan nanti dia still nak kena ambik cuti. Semoga selamat pergi dan kembali hendaknya. Semoga jalan tak jammed teruk. Hehehee...





Saturday, October 9, 2021

Pertama Kali Beli Pokok Buah Tin



Terima kasih Facebook, tunjuk balik gambar lama. Masa ni, suami aku memang minat sangat dengan pokok buah tin. Jadi masa ni, kami ke rumah pakcik makcik ni dekat Teluk Pencalang kalau tak salah, tengok-tengok kebun pokok tin diorang yang penuh keliling rumah.


Terbeli lah suami aku pokok tin, harga boleh tahan jugak, kalau tak salah aku, harga sejenis pokok buah tin tu RM140. Tapi minat punya pasal masa tu, dia beli jugak. Beli sekali dengan baja tahi ayam kalau tak salah aku.


Alhamdulillah, menjadi jugak pokok buah tin yang suami aku tanam. Merasa jugak la jiran-jiran rasa buah tin fresh. Ada sekali tu aku teringat, kawan aku yang berbangsa Cina mengidam nak makan buah tin.


Sekarang ni pokok tin dah takda lagi, suami aku pun dah kurang minat nak jaga pokok tin. Sibuk dengan kebun pisang dan ayam pulak. Ada pisang nangka, pisang rastali, sekali tu suami aku bawak balik pisang tanduk. Besar sungguh. Puas hati kami makan kerepek pisang tanduk.










Cuba Nasib

Bila aku dengar yang budak dekat QA department tu dah nak berhenti, aku pun cuba melawak dengan kawan-kawan aku, yang mungkin aku patut cuba apply position budak tu.


Kawan-kawan aku, why not, cubalah.


So, aku beranikan diri whatsapp manager department tu, kebetulan jugak memang aku simpan nombor dia.


Tak ada rezeki aku, position yang aku nak cuba tu, luar dari bidang aku. Kena ada background dalam science, sedangkan aku background in business, purchasing, shipping. Hahahaa.


Tak apa lah, janji aku dah cuba. Dapat tak dapat, belakang cerita. Kenapa nak sangat keluar dari department aku sekarang ni?


Entah lah, penat. Penat otak, penat segala segi. Malas nak cerita kat sini. Sebelum ni pun bukan tak pernah aku cuba nak masuk department lain, tapi itulah, belum ada rezeki aku lagi.


Bak kata orang lain, nak keluar dari department ni ke department lain tu boleh, tapi dengan cara resign sahaja.


Jadi, bertahan je lah. 







Thursday, October 7, 2021

Movie Review on Netflix: The Guilty

Movie Review on Netflix: The Guilty 


Semalam aku layan satu movie baru di Netflix, bertajuk The Guilty. Kawan aku terkejut aku berjaya habiskan cerita tu, siap recommend movie ni dekat kawan-kawan yang lain. Katanya, cerita ni bosan. Hahahaha. So far, bagi aku, cerita ni OK. 


Just imagine, kebanyakkan scene dalam cerita ni adalah dalam call center dan bilik air. Jadi aku rasa, banyak kos penerbit ni boleh jimat. Pelakon pun tak ramai. Jadi bila pelakon tak ramai, maka kena la cari pelakon yang betul-betul berbakat untuk tarik minat para penonton.


Joe Baylor ni kalau tak salah aku seorang polis yang ada masalah baran, rasanya dia kena denda dan kena bertugas di pusat panggilan kecemasan. Tiba-tiba Joe ni dapat panggilan telefon dari seorang perempuan bernama Emily, sangka Joe ni, si Emily ni kena culik dengan suami si Emily ni yang memang sebelum ni pernah masuk penjara dan banyak rekod jenayah.


Plot twist, sebenarnya Emily tu ada masalah mental, suami Emily si Henry ni cuba nak selamatkan Emily dan anak-anak mereka, Abby dan Oliver. Ada satu masa tu, Emily ni ternampak ular dekat perut Oliver, jadi dia toreh perut Oliver ni konon-konon nak selamatkan Oliver.


Masa Joe ingat yang Emily ni kena culik, Joe ni pun ajarlah Emily cara macam mana nak lepaskan diri dari Henry, jadi dia suruh Emily cari apa-apa benda keras dan suruh hentak kepala Henry. Bila Joe sedar yang sebenarnya Emily ni la punca segala masalah, dia rasa sangat-sangat menyesal dan cuba betulkan balik keadaan.


Scene kena culik, scene dalam van, scene dekat rumah antara polis dengan Abby dan Oliver, semua ni tak ada. Kita sebagai penonton cuma boleh dengar dan bayangkan sebab semua scene tu hanya terjadi dalam telefon.


Scene yang kita betul-betul boleh tengok, keadaan Joe yang panas baran, keadaan Joe yang penuh emosi masa cuba nak call peronda untuk selamatkan Emily, dan jugak betapa kalutnya Joe nak cari polis untuk pergi tengok Abby dan Oliver di rumah. Macam mana dia nak dapatkan trust anggota polis dan peronda yang lain sebab kebetulan masa tu, Joe ni ada masalah bunuh seorang remaja lelaki.


Cerita ni bagi aku tak bosan. Jadi, silalah tengok. Aku bagi 5 bintang.


I give 5 stars to this movie since I like the whole story, there is no sex scene so it's a good movie to watch with all the family members. You need to use your own imagination skills to watch this movie since all the scenes are only shown in the call center area where Joe's received the call from Emily and some scene in the toilet. I love the emotions of Joe Baylor, he successfully show his capability to bring this character so well. So well done to the "The Guilty" team.




Monday, October 4, 2021

Lunch Biasa-biasa Aje

Hari isnin hari yang super busy untuk aku. Jadi kita masak ala kadar je lah, janji kenyang.
Pagi tadi buatkan milo untuk anak-anak, lepas tu goreng nugget tempura jenama Pride. Eh, sedap jugak nugget dia.


Next time nak beli stok, nak cari jenama Pride ni je lah. Aku memang recommend sangat sapa yang nak beli nugget sedap, beli lah jenama Pride ni. Tapi bukan nak cerita pasal nugget, nak cerita pasal lunch aku yang biasa-biasa ni.


Penat lah fikir nak masak lauk apa nak match dengan nasik putih, last-last masak je lah spaghetti. Senang kerja, tak payah fikir nak masak lauk. Bahan-bahan nak buat spaghetti memang aku akan beli dan simpan kat rumah.


Bila-bila nak masak, senang semua bahan-bahan dah ada. Kalau kuah tu, mesti aku akan beli jenama Kimball. Sama jugak dengan spaghetti mee tu, mesti jenama Kimball jugak. Kalau takde dua brand ni baru la ambik jenama lain.


Walaupun menu biasa-biasa je, dah nak habis spaghetti yang aku masak ni. Anak-anak memang suka, semua pakat tambah. Mama nak lagi, nak lagi. Ahhh gitu, hati mama pun berbunga riang sebab anak-anak suka makan.

😂😂


Sunday, October 3, 2021

Kempen Derma Darah Bergerak Hospital Seri Manjung Bulan Oktober 2021



Pinjam gambar dari page Manjung Blood Donation. Jadual kempen derma darah Hospital Seri Manjung bulan Oktober 2021.


Ada siapa-siapa yang free harini?
Jom pergi derma darah di Aeon Manjung, Perak sama-sama nak tak??
Nahh.. aku share sekali jadual derma darah untuk sepanjang Oktober 2021 ni.


Insyaallah, aku nak derma darah harini.
Sebab dah cukup 3 bulan sejak tarikh last aku derma darah. Last aku derma darah haritu 1 Julai 2021.


Kalau dapat derma darah harini, tercapai sudah lah target 2021 aku nak derma darah 4 kali tahun ni. Harap-harap tercapai, tapi risau jugak sebenarnya, adik aku dah 2 kali try nak derma darah, tapi tak lepas.


Hemoglobin (HB) dia low, kalau tak salah aku untuk perempuan kena lebih dari 12.5. Tak pernah-pernah pulak HB dia low sampai 2 kali berturut-turut nak derma darah tak lepas.


Sekarang aku nak sambung rehat, lepas tu nak makan banyak sikit sebelum pergi derma darah. Risau pulak kang aku pitam kat sana. 









Friday, October 1, 2021

Cara Nak Redeem KFC Snack Plate Buy 1 Free 1 Lepas Lengkap Vaksin

Assalamualaikum 


Ok, tajuk memang panjang. Saja nak tulis panjang-panjang sebab nak bagi orang senang faham. Hahahaha. Ok, gara-gara whatsapp status aku, yang aku share semalam or 2 hari lepas, pasal aku redeem KFC Buy 1 Free 1 tu, ramaiiii yang tanya macam mana nak buat.


Ok, mai aku ajaq!


Mula-mula, pastikan hangpa semua dah lengkap vaksin. Lepas tu, hangpa kena submit sijil vaksin kat link ni ; kfc.com.my/vaksin 


Bila dah berjaya, akan dapat email macam ni. 





Bila dah dapat email pengesahan macam ni, hangpa jangan menonong pi KFC, beratur lama-lama macam aku kata nak redeem Buy 1 Free 1 yang vaksin tu, hangpa kena order siap-siap dekat KFC apps. Cara dia macam kat bawah ni;





Jadi order siap-siap dalam KFC apps ni, jangan jadi macam aku haritu. Dah la beratur nak masuk TF tu punya lah panjang, nak masuk KFC pun lama oiii… Jadi order lah siap-siap, nanti hangpa pi pick up saja. 


Order tu depa akan letak tepi siap-siap, so check lah dekat resit tu ada nama hangpa ka tak. Macam aku haritu, aku redeem untuk aku dan laki aku sekali, jadi dapat la kami 4 kotak.


Maksudnya hang bayar dalam RM13 untuk 1 set snack plate dan hang dapat 1 set lagi secara percuma. Haritu aku gatai pi tambah cheesy wedges, so 1 set lagi aku jadi RM19. Tambah tolak untuk 4 set snack plate dan 1 bekas cheesy wedges adalah RM32.


Promosi vaksin lengkap buy 1 free 1 ni kalau tak salah aku sampai 26 Oktober 2021 saja. Jadi, baik hangpa pi grab lekaih. Takut takdan nak grab, sebab katanya ada limit jugak.


Hurmmmm… yang spoilnya haritu, tak dapat sudu dengan sos. Nasib baik kami balik makan dekat rumah, jadinya ke dapur lah ambik sudu dengan sos cili. Mungkin lah untuk set promo vaksin buy 1 free 1 ni memang depa tak sediakan sudu dengan sos, wallahualam.