• News

    04 October, 2021

    Sedapnya Chicken Nugget Jenama Pride

    Hari isnin hari yang super busy untuk aku. Jadi kita masak ala kadar je lah, janji kenyang.
    Pagi tadi buatkan milo untuk anak-anak, lepas tu goreng nugget tempura jenama Pride. Eh, sedap jugak nugget dia.


    Next time nak beli stok, nak cari jenama Pride ni je lah. Aku memang recommend sangat sapa yang nak beli nugget sedap, beli lah jenama Pride ni. Tapi bukan nak cerita pasal nugget, nak cerita pasal lunch aku yang biasa-biasa ni.


    Penat lah fikir nak masak lauk apa nak match dengan nasik putih, last-last masak je lah spaghetti. Senang kerja, tak payah fikir nak masak lauk. Bahan-bahan nak buat spaghetti memang aku akan beli dan simpan kat rumah.


    Bila-bila nak masak, senang semua bahan-bahan dah ada. Kalau kuah tu, mesti aku akan beli jenama Kimball. Sama jugak dengan spaghetti mee tu, mesti jenama Kimball jugak. Kalau takde dua brand ni baru la ambik jenama lain.


    Walaupun menu biasa-biasa je, dah nak habis spaghetti yang aku masak ni. Anak-anak memang suka, semua pakat tambah. Mama nak lagi, nak lagi. Ahhh gitu, hati mama pun berbunga riang sebab anak-anak suka makan.

    😂😂


    1 comment:

    iam.umifuzy said...

    nugget jenama Pride ni memang kesukaan kami sekeluarga selain jenama Marina tapi sejak sebelum PKP 1.0 kami beralih ke chicke popcorn jenama CP...

    salam perkenalan dari blog iamfuzy

    Total Pageviews

    My Followers