Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

BLUES SEORANG JAGOAN # 1

Mail berjalan perlahan menuju ke motosikal buruknya. Syahdu. Motor buruk tu dah tak ada raga. Signal kanan kiri pun dah rosak. Kalau nak masuk simpang, terpaksa la Mail angkat tangan macam budak-budak nak ambik test JPJ. Span tempat duduk tu pun dah koyak rabak.

Bila hujan, habis air meresap ke dalam. Busuk, tapi Mail buat-buat slumber. Mail pura-pura span motor tu bau macam Kenzo Flower. Mail pernah bau sekali, waktu tu, Mail ke pasar malam. Bawak mak beli barang dapur. Ada sorang brader suruh Mail testing-testing 1,2, 3. Hmmm... Wangi. Nak beli Febreeze, Mail tak mampu. Gasak la, bukan ada awek nak tumpang pun. Penah jugak Mail pasang angan-angan, nak bawak Fasah Sandha ronda-ronda keliling kampung dengan motor.

Mail konfem, mesti ramai yang cucuk bijik mata dengan garpu sebab tak tahan tengok aksi Fasah Sandha peluk pinggang Mail. Mail senyum-senyum. Itu sudah lebih. Mail tatap motor buruk kepunyaan arwah ayahnya.

Sebelum Mail pakai motor ni, terlebih dulu abang Mail yang pakai. Sekarang, abang Mail pergi jauh. Tinggal dalam pintu besi jarang-jarang, pakai uniform hitam putih berbelang-belang, sebijik macam dalam tv.

Dalam hati berkira-kira mahu tukar pakai Honda EX5. Tapi, dengan kebun sekangkang siput babi tu, mana la Mail mampu bermimpi nak pakai motor baru hatta motor second hand pun. Mungkin dengan sifat berjimat cermat yang Mail amalkan sejak dalam perut ibu, dapat jugak Mail tukar motor baru. Insyaallah.

Wednesday, May 26, 2010

DIARI GADIS ANDARTU #2

Cerita sakit hati aku pasal mereka-mereka yang dah kahwin tu, bersambung pulak sampai ke pagi ni. Pagi-pagi aku dah dapat sms dari Si K, semalam aku tak reply sms dia. Mesti dia pelik, tak pernah pulak aku tak reply sms. Tapi semalam kan aku mogok sebab aku rasa menyampah sangat. Tak sangka pulak, sampai ke pagi perasaan sakit hati tu masih ada.

Hmmm... Susah betul nak menghambat rasa sakit hati ni pergi jauh-jauh. Yelah, kalau simpan lama-lama, boleh menanah lak hati aku yang suci murni sejak azali lagi.

Aku reply juga sms Si K. "Aku busy, nanti sms lagi".

Dia diam. Selalunya akan ada respon dari dia.Walaupun sekadar "OK".

Biar laaa... Aku tak mampu nak jaga hati semua orang. Hati aku, tak de sapa pernah kisah. Sebenarnya aku tak la berapa busy pun, tapi sengaja aku reply sms Si K macam tu. Aku betul-betul merajuk.

Sejak kahwin, boleh dikira je berapa kali Si K sms aku. Kalau sebelum kahwin dulu, kerap jugak sms. Boleh dikatakan hari-hari. Ok.. Ok, aku faham, orang dah kahwin kan busy. Orang yang tak kahwin ni, memang free memanjang. Ok, aku memang free. Tipu, ni ayat sakit hati.

Aku tahu, dia nak pinjam duit. Aku rasa, kalau bukan sebab nak pinjam duit ni, tak ada nya dia nak sms aku sangat. Aku pun bukan kejam walaupun muka macam nak smackdown orang, tapi aku baik hati. Tapi kali ni aku betul-betul rasa bengkak, aku kecewa. Orang selalu ambik kesempatan atas kebaikan aku.

Dia diam je, dan aku pun sama, tak ada hati nak pujuk. Kalau dia merajuk, ada jugak suami nak pujuk, kalau aku yang merajuk, sapa yang nak pujuk????


Pujuk hati sendiri ler jawabnya....

DIARI GADIS ANDARTU

"Boleh tak kalau aku nak call X malam-malam? Yela, dia kan dah kahwin. Kang suami dia marah pulak. Aku faham la keadaan orang yang dah kahwin ni".

Ni sms si K. Yup, aku tau hangpa dah kahwin, so apa masalahnya kalau dah kawin? Kenapa, kalau dah kawin, tak boleh angkat phone ek?

Call awal-awal sikit, jangan tunggu sampai tengah malam baru nak call. Bukan orang yang dah kahwin je naik hangin, aku yang belum kawin ni pun boleh jadi ribut taufan kalau call tengah-tengah malam.

"Call je laaa...".


Pendek je aku reply. Bukan apa, sakit hati. Menyampah pun ada. Pastu, tetiba je datang perasaan sakit hati. Aku taip sms lagi.

"Jangan ingat orang kahwin je yang busy malam-malam, aku yang belum kahwin pun busy jugak".

Memang itu ayat sakit hati. Sebabnya mereka-mereka ni sebelum kahwin pun sama je. Kadang-kadang tak reply sms. Tak payah tunggu dah kahwin, sebab attitude tu still same..!! Aku pun bukan tak faham tanggungjawab isteri lepas kahwin, of course balik kerja nak kena memasak, sibuk nak basuh kain, kemas rumah. Kang laki balik, nak solat maghrib sama-sama, pastu nak makan sama-sama.

Ehhh... Aku pun faham lah. Kalau pun tak sempat nak reply sms time tu, return la sms tu once dah free sikit. Kalau cakap takde kredit, aku lagi rasa musykil. Bukan apa, zaman study dah lama lepas. Zaman bergantung sepenuhnya duit PTPTN or MARA or duit mak ayah. Sekarang dah kerja, apa salahnya spend sikit duit gaji untuk topup henpon.

Ntah laa... Rasa sakit je hati aku ni....

Malam, lebih kurang pukul 10.30 aku receive satu lagi sms dari si Y, tanya aku tengah buat apa. Aku pun time tu tak de buat apa, sedap je melengkar depan TV. Sikit pun tak de hati nak reply balik sms tu. Biar dia faham, bukan orang yang dah kahwin je busy malam-malam, aku pun sama. Busy tengok TV. Hahaha...

Wednesday, March 24, 2010

aku yang rajin bekerja.. haha..

penatlah arini. tapi tak dapat nak balik kerja awal. banyak yang nak disiapkan. lagi cepat aku siapkan kerja2 ni, lagi lah cepat aku dapat rileks. dapat lah aku tulis panjang2 sikit. hehe.

cadangnya minggu ni aku nak balik kampung. insyaallah. mak mesti macam selalu, menanti kepulangan anak kesayangan dia balik. harap2 buah pelam still ada lagi kat pokok. dapat lah menyicah garam belacan dengan keman, mat ashraf n mat anas (anak2 sepupu aku). sambil bercerita ni, ada la 2,3 kali aku telan air liur. nyam3x.

kalau pun dah abih buah pelam tu, sure kak ja ada buat jeruk pelam. mintak kat dia sikit nanti. hehe. hidup berjiran kat kampung memang seronok. itu pun dengan orang yang rapat dengan kita. yang tak rapat & kaki mengata tu, mintak maaf lah. memang tak minat nk geng.


**mat ashraf yg tak pakai baju



**terlindung lak muka mat ashraf.. kakakaka

memang tak sabar nak balik. dapat makan masakan mak.. aduhh.. selesanya tekak. haha.

Tuesday, March 23, 2010

RNR JELI



hihi.. mesti budak2 ni bengang coz aku letak gambar depa kat sini.. haha.. lantak lah.. tuan yang send mms ni xde lak dalam ni.. rasanya ni depa on the way nak balik ke tempat depa mengajar.. bestnya mereka coz dapat sama2 dari zaman belajar kt uitm dulu smpai lah sekarang.. kot lepas kawin pun, sume janji nak duduk dekat2 jgk kot.. haha.. wallahualam..

last jumpa uda n kak di masa depa mai kenduri kt kampung aku aritu.. rindu lah kt kakak putih aku tu, si hidayah.. dia nampak putih, hasil sentuhan produk tia amelia.. hehe.. aku pun kena try jugak nih.. kot2 dapat putih macam kak di.. hehe..

ok, tatap lah gambar kt atas ni.. ada farah, uda & wani.. mesti lah tukang amek gambar ni si kakak putih.. haha..

Saturday, March 20, 2010

bulan Mac yang sangat slow

hmmm.. rasanya lambat pulak nak abihkan bulan mac ni.. haha.. bukan apa, RM sudah hampir kering sambil2 nak tunggu sampai 30hb, rasa macam lambat bebenor.. bukan je lambat macam kura2 berjalan, tapi dh macam siput khinzir berjalan je.. haha..

balik kampung petang jumaat hari tu, ujan sepanjang jalan.. hujan rahmat tu, dah lama sangat tak hujan.. panas sangat kat penang ni.. if sidai baju pagi before p keja, balik keja kang, dah boleh angkat.. besanya baju still lembab2 lg.. panas pun merungut, hujan pun merungut.. ishhh... tak reti bersyukur langsung.. huhu.. insaf2...

hari sabtu (13 mac 2010), salah sorang kawan waktu sekolah rendah kawin. dah lama rasanya tak bercakap dengan mamat ni. even sekampung & sekelas, memang tak cakap sangat lah dengan dia. bukan aku yang sombong, tapi budak ni yang diam sangat. aku pulak, kalau orang tu diam sangat, malas lah nak cakap. lagipun sekolah dulu aku agak busy dengan pertandingan2 yang aku sertai. cewaahhh... poyo gila ni. cam masuk bakul angkat sendiri tapi, ini lah kebenarannya.. haha..

penat jugak lah, dari pagi sampai ke petang aku dok kt kenduri ni.. tak sanggup nak tengok mak and mak sedara bertungkus lumus nk bersihkan meja n angkat pinggan2 tetamu yang mai ritu.. sambil2 tu, memang aku tunggu 2 orang kawan waktu kt uitm dlu sampai.. hehe.. bersama BF nya.. dh lama sangat tak jumpa.. alhamdulillah, berkesempatan jugak jumpa dengan kawan2 lama.. terharunya..

insyaallah, nanti aku akan share story psl kenduri2 kt kampung, berbeza sikit lah dgn kenduri2 kt pekan.. apa2 pun, aku bersyukur di lahirkan kat kampung even orang cakap, jadi orang kampung, mesti kolot.. haha.. aku tak kisah langsung if ada yang cakap aku kolot.. sebab aku memang suka dengan family aku, sedara mara aku, life aku.. bersyukur sgt2..

kepada yang masih cakap orang kampung ni kolot, trust me, before this, datuk nenek korang pn "asal dari kampung" gak.. psttt... pinjam tagline kumpulan kecik sat, juara raja lawak musim ke 4. hehe.

Monday, March 15, 2010

tukang garu??

aku berasal dari sebuah kampung kecil, terletak dalam daerah sik, kedah darulaman. 30minit dari tol gurun, tak lah jauh sangat sekiranya hangpa memandu 90km/j untuk sampai ke kampung aku. terletak bersebelahan kampung kota bukit dan jugak kampung kalai. untuk pengetahuan hangpa jugak, kampung kalai ni adalah perkampungan siam tapi majoriti penduduk siam ni adalah rakyat Malaysia (bumiputera).

nak sampai ke kampung aku, memang akan melalui kawasan kelapa sawit dan pokok getah. jalan raya pulak,tak lah elok mana kalau nak dibandingkan dengan jalan raya kat pekan2 besar. almaklumlah, lori balak, lori tanah, lori pasir selalu lalu lalang. jalan memang lubang sana sini. itu sebab lah kereta aku dah berapa kali kena buat alignment balancing. haha. tapi insyaallah, pihak kerajaan akan cuba untuk tingkatkan taraf jalan raya kat kampung aku sikit masa lagi. haha. poyo. macam lah aku tau sangat plan pihak kerajaan negeri. hehe.

kebanyakkan penduduk kampung aku bertugas sebagai tukang garu. haha. suspen??? tukang garu pokok getah lah. even mak ayah aku sendiri pun kerja menoreh gak. pendapatan?? hmmm.. boleh lah untuk tampung keperluan rumah, simpanan untuk waktu kecemasan dan jugak untuk persekolahan anak2. tapi ada jugak yang over kaya coz banyak kebun getah, macam jiran terdekat, mak limah yang pendapatan beliau mencecah rm500 seminggu. korang tak jeles ka hah? kerja sampai pukul 12 tengahari je, tetapi income memang mantop, mengalahkan kita yang kerja kat ofis. haha.

ok, kat sini nk cerita panjang lebar sikit lah pasal kerja menoreh getah ni sebabnya aku sendiri pun pernah berkecimpung dalam bidang ni secara x sengaja selepas aku berjaya menghabiskan sesi pengajian aku di Uitm Kampus Sg. Petani dalam jurusan Bachelor Business Administration (Hons.) Islamic Banking.

Waktu tu, aku kerja menggaru pokok getah kat kebun ayah aku lah. Income?? Hehe. Alhamdulillah, bergantung kepada harga getah semasa. Contohnya, sekilo rm3.40, so darab lah dengan hasil getah hangpa. Sekali jual getah sekerap, dah boleh dapat rm200. Maknanya, rm200 untuk 4 hari menggaru. Waktu habih bekerja bergantung kepada kecekapan hangpa menggaru. Selalunya, sebelum pukul 11 pgi aku dah boleh berada di rumah, rehat dan memulakan aktiviti untuk memasak makanan tengahari.

Biarpun ada segelintir masyarakat kampung yang mengutuk tindakan aku menggaru pokok getah sedangkan aku adalah seorang mahasiswi, aku pekakkan telinga & buat rilek saja memandangkan bukanlah mereka yang memberikan aku duit. haha. dengan duit tu lah aku mampu membeli dapur gas baru, cerek letrik untuk mak & henpon nokia 5300 express music yang menjadi kegilaan ramai pada waktu itu. alhamdulillah, sampai sekarang henpon tu masih bersama aku. elok lagi keadaan henpon tersebut. di samping itu, sempat jugak lah aku saving few ratus ringgit hasil pekerjaanku sebagai tukang garu pokok.. ;p

Selepas beberapa bulan bergelut dengan bau busuk, aku akhirnya terpaksa melepaskan jawatan sementara aku itu kerana aku telah di offer untuk bekerja sebagai cikgu ganti di sekolah kebangsaan padang chicak. sebenarnya, aku tak berapa minat dengan pekerjaan sebagai guru ganti, tapi memandangkan aku di desak oleh ramai pihak untuk menyalurkan ilmu yang ada kepada insan2 kecil yang lebih memerlukan, makanya aku beralah jua. huhu.

Aku bersyukur kerana berpeluang untuk melalui pelbagai pengalaman hidup yang aku rasa tak semua orang dapat. semua ni mematangkan aku sikit demi sedikit. pengalaman tu bagi aku adalah satu ilmu yang tak dapat di beli dengan duit ringgit, yang kita dapat kongsi dengan orang, tapi orang takkan faham selagi benda tu depa belom penah tempuhi. get what i mean? hahaha. lantak lah faham ka tak.

ok, dats all yang dapat share pasal pengalaman aku dengan hangpa semua. bukan umur yang mengajar kita erti kehidupan, tapi pengalaman yang mematangkan kita. usahlah dilihat apa yang tiada, bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada. assalamualaikum.

** hati2 masuk kebun getah, takut terjumpa ulaq..

Friday, March 12, 2010

siti, situ, sana, sini

mengantuk sangat, ntah berapa kali aku menguap. huargghhhh... semalam tido tak lah lewat sangat. pagi tadi dah take heavy breakfast, nasik lemak lauk ikan bilis goreng, telur goreng & sambal kerang. boleh tahan lah nasik lemak tu, yang tak boleh tahan, harga... sebab tu aku prefer beli bun chocolate je, tak pun, bawak sandwich tuna dari rumah. murah tapi kenyang. kalau tiba2 mood rajin tu sampai, seminggu sekali mesti aku akan goreng bihun singapore. selalunya aku masak lebih, bukan untuk aku sorang je, tak lupa untuk housemate aku sekali. bukankah bagus, apa yang kita ada di kongsi bersama orang lain? insyaallah, lagi berkat rezeki yang kita dapat.

lepas kerja, aku kena rempit sikit, ambik kak ina kt tempat kerja dia, then drive ke butterworth. tiket kak ina nak balik kampung dh habih daaa.. lagipun memang sejalan, aku pun kebetulan memang nak balik kampung hari ni. so why not kak ina tumpang aku je sampai ke butterworth. kalau ambik bus, lambat pulak dia nak sampai ke jetty, then kena tunggu feri pulak. pendek kata, memang makan masa jugak lah.

teringat pulak zaman aku masih menggunakan perkhidmatan bus rapid penang. tunggu lama, panas, peluh, memang dah jadi lumrah. kononnya spray perfume wangi2, nanti dh lama sangat tunggu bus, bau wangi hilang berganti bau peluh je. kalau bernasib baik, mungkin tak lama tunggu, bus dah sampai. masuk je dalam bus, tak de tempat duduk pulak. kena lah berdiri. tiap kali masuk je dalam bus, mesti ada warga asing. memang tak sah dan sangat lah mustahil kalau naik bus, & this group tak de.

memang banyak sangat pengalaman waktu dulu, time masih tak de pengangkutan sendiri. but then alhamdulillah, dengan rezeki dari Allah dan bantuan dari ayah, dapatlah aku sebiji keta kecik (sesuai dengan size badan aku yang kecik jugak).hehe. dulu, badan agak slim sebab hari2 kena jalan jauh dari tempat aku turun bus nak ke tempat kerja. kiranya, eksesais lah. hari2 dapat keluarkan peluh. tapi sekarang, badan yang slim dah tukar jadi chubby sebab kadar ke eksesaisan aku tu dah kurang. haha. hanya mulut dan mata serta jari2 je yang banyak ber eksesais. mulut2 di gunakan untuk bercakap & gelak, mata untuk menonton skrin tv, jari2 untuk reply email dan sms. wakakakaaka..

hampir 2 minggu jugak tak tengok kampung halaman, terutama sekali mak. rindu kat mak. nanti dah kawin, tak dapat nak balik tengok mak selalu. sedihnya.. kena bergilir2 balik rumah mak & mak. eh, nanti ada 2 mak, 2 ayah, adik2 perempuan yang akan jd 4 orang, abg2 yang akan jadi 4 orang jugak, dan kakak, tetap sorang.. hmmmm...

opsss... lupa pulak pasal kakak tunggal aku. bila ntah dia bersalin.. haha.. teruk lah, tak amek berat langsung pasal kakak sendiri. excited ni nak dapat anak saudara, tak kisah laki or pompuan, yang penting baby & kakak aku sihat.

ok lah, nak sambung buat kerja. actually kerja tak banyak sangat, tapi saja nak spend time untuk kumpul material blog yang 1 lagi. yes2x.. sekarang aku ada 2 blog, tapi blog 1 lagi khusus untuk material in english je. saja2 separate, nak bereksperimen dengan dunia blogging ni. hehe. ok, assalamualaikum.

**kat bawah ni ada lah few pictures yang aku sempat rakamkan dengan camera yang setia menemani aku sepanjang beberapa tahun ni.. gambar2 ni di ambil waktu aku kat atas feri..










Thursday, March 11, 2010

pekerjaan aku sebagai cikgu ganti

sebelum aku memulakan pekerjaan aku di Esquel Malaysia Sdn. Berhad, aku terlebih dahulu bertugas sebagai cikgu ganti di Sek. Keb. Padang Chicak, Jeniang, Kedah. Tugas tersebut aku pikul dalam 2bulan saja, menggantikan Cikgu Fazilah yang cuti bersalin. Aku dihendaki mengajar subjek matematik untuk budak2 darjah 1 dan 3, pendidikan jasmani dan jugak literasi komputer untuk darjah 4.

tugas yang agak mencabar sebenarnya. aku berhempas pulas mengawal keadaan kelas, dengan kenakalan budak2 darjah 1 pada tahap yang agak luar biasa. minggu pertama mengajar, aku dah mula sakit2 tekak, suara hampir hilang sebab asyik menjerit. sorang je yang mintak kebenaran nak ke toilet, menderu lg 5 orang dr belakang. mau aku x menjerit..hampess..

berkat ketekunan dan riak wajah yang agak garang, aku akhirnya berjaya mengawal situasi dalam kelas2 yang aku masuki. terutamanya budak2 darjah 3. aku memang garang, tambah2 bila budak2 tu tak tau sifir. ada yang aku suruh berdiri kat belakang kelas. walaupun aku rasa amat bersalah buat camtu, tapi kalau tak di paksa, budak2 tu tak kan boleh.

ada jugak yang langsung tak boleh menulis nombor2. terpaksa lah aku pegang pensel n ajar camne nak menulis. ohhh... mulianya pekerjaan ni.. kat situ pun ada student berbangsa siam. lawaknya, aku boleh mengira 1 sampai 10 dalam bahasa siam. untuk memudahkan urusan pengajaran aku coz ada jugak budak yang xreti nk counting one to ten, so terpaksalah aku mengira neng, song, sam, se, ha, hot, chap, pet, kau, sip. hihi. takat tu je pun aku reti.wakakaka..

ada jugak yang membodek aku, bawakkan aku buah jambu. hehe. ada jugak yang selalu melepak dengan aku kat bilik kaunseling (bilik tempat aku melepakkan diri). buat cam aku kawan2 depa lak, mentang2 lah size aku yang tak berapa besar ni. haha. aku melepakkan diri kt bilik kaunseling coz dekat dengan kelas2 yang aku ajar. pagi2, kena ke kelas 3B dulu untuk ambik kedatangan pelajar. sebelum habis sesi persekolahan, budak2 darjah 1 memang dah malas nk belajar. so aku buat mereka intrested dengan kelas with singing & dancing. they like it, & very enjoy. siap balik practice kt rumah lagi. hahaha.. cute lah..

disitu, sempat jugak aku join beberapa aktiviti yang pihak sekolah anjurkan, kalau tak salah sambutan maulidur rasul. best part is, ada budak2 darjah 6 mintak aku ajarkan mereka nasyid. yess...!!! mereka mencari orang yang tepat. hehe. coz time sekolah dulu aku penah jadi ketua nasyid. haha. sedap kot suara aku ni, kalau x, xkan dari darjah 3 aku dah mula menyertai pertandingan nasyid. sedap or x, wallahualam.

aku jugak berkesempatan mentarbiyah 1 kelas yang aku sempat masuk coz gantikan sorang cikgu. bising dan tak dengar cakap. darjah 6 maybe, dah tak ingat. memang aku yang kat depan ni tak di layan, almaklumlah cikgu pun tak besar mana. haha. tak boleh tahan, hangin satu badan tengok budak2 ni, aku segera menukarkan riak muka aku ke tahap paling serius dan diam tanpa sebarang kata2. diam sambil perhatikan attitude mereka, sampaikan satu kelas terdiam. kemudian, baru aku mula bercakap dan berjaya membuatkan mereka selesa dengan aku. saja mempraktiskan balik tugasku sewaktu kt uitm dlu sebagai seorang facilitator. aku bagi kata2 semangat untuk mereka, banyak lagi perlu ditempuh sebelum mereka dapat capai seperti mana yang aku capai sekarang, i mean, dari upsr, pmr, spm, sijil, stpm or diploma dan akhirnya ijazah. hehe. teringat pulak di saat aku jadi facilitator dulu. tak sangka aku ada kuasa keberanian untuk mengawal 30 orang pelajar baru berseorangan. alhamdulillah.

kat sekolah ni jugak, semua cikgu2 dah kawin, jadinya penat lah aku disakat oleh cikgu2 lelaki. haha.mujurnya aku pandai menepis.tapi tu semua gurauan je untuk menghilangkan penat selepas mengajar.

memang indah tiap2 pengalaman yang aku kutip kat sini. kerjasama yang baik dari semua cikgu, memang terbaik. sampaikan guru besar dengan slumbernya panggil aku cikgu siti, sedangkan cikgu2 praktikal tak di panggil sebegitu. hehe.. berbangga sekejap.. ;p

ok, kat sini ada few pictures yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan aku menjadi cikgu ganti. thanks to my cousin, ustazah norhayati ibrahim coz merekemenkan aku kerja kat sini.









Wednesday, March 10, 2010

kenangan silam



haha.. thanks to one of my fren yang meng upload this pic dalam facebook.. muka ak very the malu2 & nampak nerd.. wakaka.. ni zaman diploma dlu.. not sure waktu semester bila, tp rasanya end of diploma time.. frankly speaking, ak tak berapa suka situasi or even classmates ak yg ramainya poyo.. ak tak kesah kalau depa nk kutuk2 aku if depa baca this entry. only few persons je yang ak suka & baik until now, yg lain, dh delete from recycle bin pun. opss.. sorry...

final the biggest loser asia

semalam aku menonton final the biggest loser asia kt channel 702. sudah lama aku follow this program & semalam sampai lah waktu kemuncak. only 4 contestants are lucky to the final stage, which are carlos from red team, together with king david, martha & aaron from blue team.

seperti yang memang aku jangkakan, carlos memang totally look different. sebenarnya, memang aku harapkan dia menang cause dia tak nampak berlagak poyo macam david. tapi malangnya, perebutan sengit antara carlos dan david berpihak kepada peserta dari indonesia iaitu king david.

memang ketara sangat2 perubahan david sampai nampak macam aneroxia pulak.haha.
muka nampak runcing sebab kehilangan berat hampir separuh dari berat badan asal,
kulit je yang tinggal, isi macam dah mengecut. hehe. serius, tak percaya, tengok lah sendiri siaran ulangan finale the biggest loser asia.

apa2 pun, determination semua peserta memang membanggakan. tak senang rasanya nak turunkan berat, especially bila kita memang obses dengan makanan. like me, even i plan to loss weight from 52kg to 47kg also still failed. haha. not easy even to loose 1kg. but, seriously i want to reduce my weight, at least below 50kg.

that's all about the 1st biggest loser, congratulations for all the contestants. u r rock..!!

Tuesday, March 9, 2010

air cap badak vs air paip




hari ni aku rasa sangat bengang dengan tindakan sorang pengusaha air cap badak yang kononnya air cap badak tu berfungsi untuk menyejukkan badan, padahal air tersebut datangnya dari air paip yang di tapis. kes ni bukan lah aku heran sangat pasal ada lagi banyak kes penipuan macam ni yang ada dalam masyarakat kita yang lagi berat. contohnya kes pengusaha makanan yang durjana, sanggup dapatkan logo halal tiruan demi menjayakan usaha mereka untuk jual kepada orang melayu.

ok, itu cerita pasal logo halal. tapi sekarang aku nk meluahkan rasa bengkak aku kt usahawan durjana ni. pasainya, air cap badak ni memang dah lama aku kenali, sejak turun temurun gitu. kalo demam je, mesti lah mak2 or ayah2 or tok serta tokwan yang beli air cap badak ni, coz depa percaya air ni dapat sejukkan badan, boleh kurangkan panas badan.

taktik jahat usahawan durjana ni yang menggunakan air paip yg ditapis telah bermula sejak 3 tahun yang lepas. aku x kira, dia dah musnahkan kepercayaan tok, ayah n mak aku, dan mungkin jugak kepercayaan orang kampung aku. ini memang tidak dapat di maafkan..!!! kesian mereka semua, tentu lepas ni depa takkan percaya lagi dengan keberkesanan air cap badak ni..

kalaupun mengejar kekayaan, biarlah dibuat dengan landasan yang betul.. bukan dengan menipu, tak berkat duit yang dapat tu.. ish2x.. kesian lak kt ayah aku.. tak tau lah lepas ni dia beli or tak air cap badan@ air paip.. apa susah, kt umah kan ada iar bio aura.. haha.. minum je lah air bio aura tu.. (cewahhh.. promote pulak.. )

ok2.. hope pihak berkuasa bagi hukuman yang kaw2 sikit kat usahawan durj_na ni.. grrr..

Monday, March 8, 2010

menarik speanjang awl mac 2010

alhamdulillah, minggu pertama dalam bulan mac berlangsung dengan baik sekali. ada beberapa hari dalam minggu lepas aku lambat ke tempat kerja. hehe. bukan bangun lambat, tapi keadaan trafik di Penang ni yang makin hari makin menyesakkan kepala aku. mujur dari rumah ke tempat kerja hanya memakan masa 10 minit, kurang lebih. ;p

dan pada jumaat malam, aku menaiki bus rapid penang menuju ke jetty dan dalam hemat aku, aku akan sampai awl sedikit beberapa minit sebelum bas Jengka Liner sampai ke Butterworth. nasib kurang menyebelahi aku, feri yang di nanti tak kunjung tiba. ramai yang lain seperti aku, menunjukkan reaksi muka agak kerisauan memandangkan sudah agak lama kami menantikan kedatangan feri.

kak pza memaklumkan aku yang bus Jengka Liner dah sampai. Masyaallah, cuaknya aku sebab feri belom lagi sampai..!!! atau dalam istilah hampeh, tak nampak batang hidung lagi walopun memang feri tersebut tidak mempunya hidung. meter kecuakkan aku berada di tahap teratas lagi. waduhhh..gi mana nih?

aku menangis mendengar makluman kak pza, if aku tak sampai lagi 10 minit, bus akan meninggalkan aku..!! aku berdoa sekerap yang mungkin di dalam hati. moga2 Allah bantu aku.
Baik saja feri rapat ke dinding tempat mereka memakirkan feri tersebut, aku segera melompat dan berlari seperti kura2 (memandangkan beg yang aku bawa agak besar untuk saiz tubuh aku). Penat pulak, jalan pulak, tak larat nak lari. dari jauh ternampak muka adik2 kak pza yang telah sedia menanti. baiknya mereka, sanggup bersusah payah untuk aku. terima kasih buat In dan nok'ain. ;p

sesampai je aku kat bus, sume orang dengan reaksi muka agak poyo memandang aku. ciss.. rileklah,baru lambat 15minit. poyo je. hehe. tp memang salah aku. aku sempat mintak maaf dengan pakcik bus, dan memaklumkan yang perkhidmatan feri yang menyebabkan kelewatan aku. hishh.. geram2..!! mesej untuk syarikat yang mengendalikan perkhidmatan feri, pls upgred yr service. if not, i'll write about your weak service kat paper. grrrr....

naik atas bus, terus start sembang2 dengan kak pza sampai masing2 penat n tertido.. most of time we filled with sleep & chat.. hehe.. sampai di bandar jengka lebih kurang pukul 6 pagi if tak salah aku.. abang juli datang jemput kami berdua.. pertama kali dapat menjejakkan kaki kat bumi Pahang, agak teruja biarpun tak sempat berjalan2 ke tempat lain, hanya menghabiskan masa di rumah juli, tp thank Allah for giving me this opportunity.. ;p

jangan lupa check out gambar2 yang akan aku upload sepanjang berada di sana.. untuk Juli, tahniah coz dah bergelar isteri kepada abg man.. harap dapat jadi isteri solehah dan TAAT pada suami (TAAT tu aku saja ngada2 higlight coz ada someone pesan same thing kat aku).. wakakaka.. selamat berhoneymoon kat Pulau Langkawi.. Amin, segala2 nya selesai dan aku & kak pza pn selamat kembali ke penang. Thanks to kak pza coz sudi hantar aku balik ke Bayan Lepas.. Great experience and wonderful friends.. Thankful to Allah again. That's all for today. Don't forget to catch Juli's photo k.. ;p

Wednesday, February 24, 2010

hilangnya pertimbangan akal

Kat Malaysia ni, dah kerap sangat kita dengar & tengok kt TV & paper, pasal kes budak2 kena culik. Dah culik tu 1 hal lah, kadang2 bila dah jumpa balik, sume dah jadi mayat. Ada sesetengah tu di potong kecik2 dan dimasukkan dalam beg, ada jugak yang dibuang dalam longkang. Antara kes yang paling menyayat hati adalah kes Adik Nurin Jazlin. Kes Adik Nurin Jazlin memang menggemparkan negara.

Meleleh ayaq mata bila baca cerita macam ni. Manusia dah tak guna otak yang Allah bagi. Otak yg membezakan antara manusia dengan binatang. Semakin hari semakin teruk. Banyak sangat cerita sedih kt Malaysia ni. Bukan setakat kes culik, rogol dan bunuh, tp termasuk jugak kes samun, rompak, buang bayi.

Manusia semakin kejam..!! Itu je yang aku boleh cakap. Tak berperikemanusian. Harap Allah bg balasan tu bukan setakat di akhirat je, tp di dunia jugak. So ibu bapa semua, jaga anak anda baik2. Mungkin anak dalam pengawasan manusia durjana yang tak ada otak. Pastikan anak anda di bawah pengawasan org dewasa sekiranya anda tidak dapat menemani mereka. Juga untuk anak2, lepas sekolah jangan merayau merata2. Terus balik rumah. Jangan jadi seperti pelajar2 di bawah ini. Sekian.

Thursday, February 11, 2010

aku menangis lagi

salam fr all.. semalam ak menangis lg.. menangis, dlm erti kata org kedah pure cam ak ni, dh tntu lah teriak. semua ni bkn pasal personal life ak, memang xdak kena mengena dgn masalah kecik atau besar yg melanda idup ak, tp berkenaan seseorang.. sedih rasanya.. tak tertanggung lagi ak nk tahan ayaq mata dr guguq, tetap jatuh juga.. sebak ak menahan rasa, akhirnya dengan esakkan kecil, ak biarkan ayaq mata ak merembes kluar..

semalam ak tgk penderitaan sorang pakcik n makcik ni menjaga ank bongsu depa, umur 30 an tp fizikal mcm baby.. tangan dan kaki kurus melidi.. boleh nampak tulang2 yg mengerekot.. alhamdulillah, pakcik dan makcik tu masih kuat nk besarkan anak bongsu mereka.. dlm usia 71 thn (lebih tua dr ayah ak sebenarnya), pakcik tu masih kuat nk dukung ank lelaki dia.. bayangkan lah kalau apa2 jd kt pasangan pakcik makcik ni.. ;(

waktu aku sibuk menaip cite ni, ayaq mata ak sekali lg terasa berada di hujung kantung mata ak.. cepat benar nk merembes keluar.. sedih ak dgn setiap episod dalam cite Bersamamu kt tv3.. begitu teruk ujian dan dugaan yg Allah bg pada ak, lg teruk ujian yang Allah bg pd org lain.. sesungguhnya ak bersyukur dgn segala nikmat yg Allah bg pada ak selama ni.. dan ak terima ujian2 ni dgn redha.. ak percaya, sume yg terjadi dalam hidup kita, ada hikmah tersembunyi...

ak btl2 mengharap yg semoga pakcik dan makcik tu terus kuat demi ank bongsu mereka.. saat ni ak btl2 tingat kt ayah dan mak.. byknya pengorbanan depa utk aku dan adik2.. harap ak dpt balas jasa depa sementara depa masih ada.. amin.

**tengok muka budak2 ni, hati rasa senang ja.. dalam pic ni ada teh, caf, tam, paiz & ank kak ida - last pic, addina yg xdak gigi (anak my cousin)


Thursday, February 4, 2010

mamak yang bengang

salam fr all.. hari selasa lepas, aku dengan kak ina merangkap housemate aku, telah berkunjung ke kedai nasik kandaq makbul, bayan baru yang terletak berhampiran dengan giant.. kami berdua memang pernah beli nasik kat sini, tapi dah lama sangat, rasanya lepas aku & kak ina pi hiking Bukit Jambul aritu..

nak jadikan cerita, aku pun sibuk lah memilih lauk2 yang memang menggoda selera aku.. tapi kelihatannya mamak itu sangat bengang dengan aksi aku yang asyik menyuruh dia menyedokkan lauk2 tersebut.. haha.. serius muka mamak tu bengang gila..

sampai turn kak ina, tak de lah banyak songeh sangat kak ina ni, pilih 1 lauk je, makanya mamak ini pun xde lah bengang sangat dengan kak ina.. hal ini menyebabkan, mamak tersebut telah charge makanan kak ina hanya rm4 manakala aku yang telah membuatkan beliau bengang, telah di charge rm8.40.. haha..

mungkin jugak encik mamak tu charge makanan aku mahal sedikit di sebabkan aku telah memilih lauk2 yg agak super duper delicious.. di sini dapat lah aku rumuskan yang mungkin jugak encik mamak tidak bengang dengan aku, sebaliknya memang harga nasik beserta lauk di situ yang mahal.. apa2 pun, makanan tersebut memang sedap dan aku telah melantak sehingga licin.. burrrppp... alhamdulillah..

aku harap, lepas ni kak ina boleh belanja aku makan pecal lele lagi kerana tidak adil, hanya beliau saja d belanja oleh kakak2 angkat beliau, iaitu kak step dan kak nomi.. huuhu.. sekian saja berita untuk hari ni, assalamualaikum.