Tuesday, March 6, 2012

KISAH KAU DAN AKU (poyo gila tajuk ni)

Semalam aku SMS dengan kawan masa kat UiTM dulu. Khabarnya, dia nak beli kereta. Bayaran bulanan almost 1000 MYR sebulan. Aku terkagum. Sebabnya, kereta biba aku, bulanan tak sampai 400 MYR pun dah rasa kejang kepala lutut nak bayar.

Khabarnya lagi, insyaallah tahun depan nak beli rumah kedua. Aku terkagum lagi. Rezeki untuk dia sangat mencurah-curah, aku ni rumah pertama pun belum setel-setel lagi. Itu pun bukan aku yang bayar, laki ku merangkap ayah Emran yang bayar. Hehe.

Sembang seterusnya menyentuh bab bayaran balik duit pinjaman PTPTN. Katanya, dia dah bayar separuh. Aku?? Jangan kata separuh, suku pun tak sampai. Aku jadi kagum sangat. Murah rezeki dia.

Ok, tu je la cerita aku yang suka terkagum dengan kejayaan kawan-kawan. OKbai.

Friday, March 2, 2012

REWARD UNTUK DIRI SENDIRI

>>>> Entry hari Jumaat lepas. Recycle. Hahaha<<<



Assalamualaikum.. Dah sampai hari jumaat dah kita kan, rasa macam baru sangat kerja minggu ni. Hari jumaat memang hari yang ditunggu2, lagipun hari ni rehat 2 jam. Keh3x. Selalunya, aku keluar cari barang2 Emran. Tapi untuk kali ni, cukup2 la beli barang emran, kesian jugak kat mak emran, asyik pakai kasut crocs tiruan tu ja.

Pakai baju kurung kemain cun lagi, digandingkan pulak dengan crocs tiruan ni, rasa macam cool sebab rasa selesa sangat. Tapi kalau orang tengok, macam nak pi pasar malam pulak. So, hari ni dah decide nak beli kasut baru. I mean, wedges!!

Aku suka wedges, dalam bonet keta tu sebenarnya ada 2 pasang wedges yang aku rasa dah xmau pakai. Tak tinggi sangat wedges tu, tapi sepasang wedges tu tali dia mcm dh rosak laa. Sedih, kasut masa bujang dulu. Yang sepasang lagi macam ketat, apa kes lepas beranak kaki kembang semangkuk ni. (please noted yang lepas kawin aku tak pernah beli kasut, melainkan beli crocs tiruan dan 1 lagi kasut yang aku beli masa pregnant dulu sebab tapak dia soo selesa tapi bertali2 pulak, susah nak tanggal. hamfess laa).

Dulu suka wedges cap krokodail sebab kasut dia soo tahan lama, walopun harga 50 lebih jugak kan. (50 lebih tu aku consider mahal, ada jugak wedges yang murah tapi design x cantik plus takdak jenama.haha). Alah membeli menang memakai kan. Biaq la keluaq duit lebih sikit, janji bila pakai rasa lawa, dan tahan lama. Kerana diriku begitu berharga. *tiba2.

So, kalau nanti aku keluar beli kasut, tapi balik tangan kosong (tak semestinya kosong, mesti akan beli something untuk emran jugak, maksudnya balik tanpa kasut), itu tandanya aku memang cerewet!! Yes, aku memang cerewet tang nak beli kasut yang mahal ni. Hahaha. Harap2 jumpa satu yang berkenan satu di hati. Pstttt.. Esok nak balik rumah mertua, boleh la tayang2 kasut baru. Kah3x. 

Thursday, March 1, 2012

TAK SUKA YANG PAHIT-PAHIT

Aku agak kuriyes (maksud kuriyes tu adalah merapatkan kening sambil mata disepetkan dan buat muka serius) bila tengok BOH GREEN TEA kat pantry sangat laku. Aku suka normal tea, tapi bukan green tea. Benda yang laku dan cepat habis dah tentu lah sedap, jadi aku pun menggedik la try green tea ni.

Bau saja dah cukup buat aku batalkan niat aku nak hirup ayaq teh tu, tapi tak pa, gagahkan jugak. Hirup la sikit, sekali memang serius tak sedap. Sudahnya memang satu mug green tea tu aku tuang dalam sinki. Sorry, not my type. Terus minum milo yang lazat. (Ingat lagi kecik2 dulu, ratah milo kat dapuq. Dah kawin ni pun, kalau ayah emran suruh bancuh milo, sempat jugak cedok serbuk milo masuk mulut dulu. Keh3x).

Aku memang tak suka benda pahit, sebab tu ulam2 langsung tak makan. Bila tengok ayah emran makan pucuk betik, aku kuriyes lagi. Cakap la pucuk2 ulam apa, memang tak berapa berkenan. Sawi dulu susah nak makan. Masa dalam pantang, hari2 makan sawi. What to do.. Makan je la, itu pun dah cukup bagus sebab orang tolong masakkan.. Hehe. Dah la bulan puasa, so jangan nak ngada2 nak demand itu ini.

Teringat sekotak set bersalin Amway yang memang tak luak langsung aku guna. Dari ayaq kunyit, sampai ke 2 botol ubat, last2 aku sedekah je la kat jiran aku yang baru beranak. Pahit gila babeng ayaq kunyit tu. Dari param, sampai ke pilis, macam tak luak jugak aku guna. Param dengan pilis tu sapu2 kat badan pun aku tak buat sebab aku malas. Haha. Last mak aku bebel sebab tengok aku langsung tak makan ubat. Bla bla bla bla, last aku makan la jugak. Tapi bukan ubat amway yang bau macam hmmmm... Mak aku suruh beli ubat kedai cina. Senang telan ubat tu, takdak bau, so ok la.