Friday, November 30, 2012

ADAKAH LELAKI MEMANG BEGITU???

Terbaca status seorang kawan lama di Facebook yang risau dengan keadaan badan yang semakin mengembang. Katanya nafsu makan makin menggila, ditambah dengan faktor kerja yang stress, membuatkan dia begitu berselera untuk makan.

Kawan saya seorang ini semasa sekolah dulu memang agak kurus orangnya, lagipun zaman baru nak naik, mesti pandai jaga badan kalau tak susah nak dapat boyfriend. Hahahaha.

Sekarang, dah bersuami, beranak, badan semakin berisi. Kerja sebagai jururawat, kadangkala balik tengah malam pun sanggup singgah kedai makan sebab lapar katanya.

Yang merisaukan kawan saya, mungkin satu hari nanti suami dia mungkin cari orang lain sebab kawan saya sekarang dah tak berapa slim macam zaman bujang dulu. Katanya, lelaki bila bini dah kurang cantik, badan dah kembang, tak pandai jaga badan, mula la suami buat hal.

Eh, orang lelaki memang macam tu????

Bukankah seorang lelaki, atau lebih tepat seorang suami akan terima diri kita seadanya, samada kita kurus, tembam, kembang semangkuk mahupun berisi???

Kenapa seorang isteri tidak pernah ambil kisah dengan keadaan fizikal seorang suami yang makin boroi, kadang-kadang misai atau janggut pun tak berapa nak kemas, tapi masih setia bersama. Sedih rasa hati kalau keadaan fizikal isteri menjadi penyebab suami berlaku curang.



Sekian, terima kasih. Seksa jugak sebenarnya nak menulis macam editor majalah mingguan wanita ni ye. Hahaha.






Wednesday, November 28, 2012

KENAPA BELI KERETA MAHAL TAPI......

Gua agak kuriyes kadang2 tu dengan pengguna / pembeli kereta2 mahal kat Malaysia ni, kenapa la beli kereta mahal tapi bawak 40km/j saja???

Pagi tadi nak mai keja, hangin jugak sebenarnya dok folo belakang kereta mahal yang bawak slow macam orang kayuh beskal.

Ingatkan driver pompuan, tapi lepas berjaya potong kereta mahal tu, gua pun usya la nak tengok driver (gua buat muka kerek sebab nak tunjuk eksen yang gua pakai biba pun boleh potong kereta beliau cap mahal tu) , sekali nampak driver lelaki. Aiyooo bang, bawak la laju sikit. Tak rosak aihh enjin kereta abang tu.











Tuesday, November 27, 2012

GIGITAN CINTA

Ni bukan cerita 18SX atau cerita budak2 baru baligh. Ni cerita pasal gigitan 'cinta' kat lengan emran semalam. Lepas maghrib tu ternampak ada bekas orang gigit kan lengan emran. Aku belek2 lengan anak teruna aku. Sapa pulak yang gigit sampai jadi macam ni? Berbirat merah.

Nak soal siasat ayah emran, dia tak balik masjid lagi. Hati agak membara jugak bila tengok lengan emran berbirat macam tu. Nampak kesan gigi tu macam budak kecik je gigit. Lepas ayah emran balik dari masjid, terus aku tanya.


"Papa ada gigit tangan emran tak?"

"Agak2 la, papa baru harini jumpa emran (sebab one day before ayah emran duty, so dah sehari suntuk tak jumpa emran), tak dak keja nak gigit emran"

"Papa try tengok lengan emran, ada bekas orang gigit"

"Budak kat rumah pengasuh la kot"



Hmmm.. sian emran. Aku pun malas nak tanya pengasuh. Ingat pagi tadi nak tanya, tapi tak terkeluaq plak soalan tu dari mulut aku. Hmmmm..