Thursday, April 26, 2018

Jeruk petai with love


Alkisahnya aku dengan adik pi melawat sepupu dekat Selayang. Bertolak dari Manjung dah dekat pukul 11 pagi, kami guna jalan Teluk Intan. Masa lalu area Sungkai sana, meriah betul kiri kanan depa dok jual petai. Kami adik beradik memang hantu petai. 

So, balik dari ziarah Abg Tat, kami singgah la beli petai. 6 keping rm10. Gemuk-gemuk macam aku jugak isi petai tu. So beli la rm20. Aku sikit, adik aku sikit. 

Sampai Manjung dah maghrib dah, gigih kami pi beli nasik kukus ayam berempah sebab nak makan dengan petai. Hahaha.. 

Aku malas nak buat sambal petai, makanya aku buat la jeruk petai. Buat hari ahad, semalam hari rabu, dah ok dah jeruk petai tu. Kalau baru sehari dua buat, rasa petai tu belum kick lagi.



Ni cerita semalam. Test makan jeruk petai dengan koteaw goreng. Kahkahkah.. sedap walawehhh.. menjadi dah jeruk petai aku.. tak boleh tunjuk kat Amna dengan Aimy, depa hantu petai jugak.. 

Saturday, March 3, 2018

Dapat balik blog lama aku

Yeayy.. dapat balik blog lama aku
Alhamdulillah
Seronok pulak

Blog ni wujud masa zaman aku bujang lagi
Dan sekarang aku dah ada 4 anak
Hahahaha
Ya, 4 orang anak

Aku nak rajin2 update blog lepas ni
Kalau boleh, nak keep semua memory kat sini
Kadang2 letak kat fb, laki aku tak suka
Padahal benda tu bagi aku takdak apa pun
Hahaha



Saja nak tayang gambar anak sulung aku
Muhammad Aliff Emran masa konvo tadika dia dulu
Mama proud of you abang

Saturday, December 16, 2017

Blog bersawang

Assalamualaikum..

Rasa macam dah bertahun tak update blog. Password pun dah lupa. Jenuh godek2 tadi masa nak login. Hahaha..

Current update, aku dah ada 4 orang anak. Hahaha.. Masa aku mula2 tulis blog dulu, aku masih bujang trang tang tang. Sekarang! Dah 4 anak aku. Huiii.. Cepat masa berlalu.. Anak sulung tahun depan insyaallah dah nak masuk darjah 1.

Aku still kerja kat kilang sarung tangan tu. Dah tahun ke berapa tah kerja situ, tak ingat dah. Harap2 masih boleh bertahan dengan macam2 worst scenario kat situ.

Hidup aku macam tu la, kalau bukan pasal anak, pasal keja. Ni pun sebenarnya tengah "work from home". Tapi tah apa sakai system tu, tak boleh masuk pulak. Dah la ada kerja pending. Grrrr...

Nanti aku update lagi.. Laki dah balik. Hahahaha.. Ni gambar aku dan family belah aku masa bercuti kat Cameron Highlands last year..

Have a nice weekend kawan2..