Tuesday, July 24, 2018

Resepi ikan siakap stim

Balik rumah mak mertua haritu, mak mertua suruh masak siakap stim! Hahaha.. biasa mak mertua yang masak, kali ni mak mertua mintak menantu yg masak. Menggigil haaa nak tunjuk skill memasak yg tak seberapa ni.. 😚😚😚

Kalau kat rumah pun biasanya suami yg masak siakap stim ni. Tapi nasib baik la sebelum ni pernah jugak la cuba2 masak siakap stim ni. So, pagi tu kami keluar beli barang2 nak masak kat Pasar Chemor. Best jugak pasar ni, bukan jual ikan sayur je, macam2 ada.

Aku siap shopping kasut untuk Emran, Amna & Aimy. Tak lupa kasut kerja untuk diri sendiri. Pusing2 lagi, ternampak seluar track hitam, memang dok cari pun, nak beli kt Emran. 😁😁

Ok, berbalik pada cerita siakap stim, bahan2 dia mudah je. Kome potong la sayur mayur macam carrot, kobis bunga, serai diketuk2, bawang, halia, cili diketuk2 jugak, sos tiram, kiub ayam dan sedikit garam. Masukkan air sikit. Tak lupa, asam masin 5, 6 bijik. Eh, kalau ada cendawan, masukkan cendawan sekali. 

Lepas tu kukus je laaa.. then, siapppp... Dah boleh makan. Yeayy.. 

Monday, July 16, 2018

Hari sukan Tadika Al Kahfi 2018

Sabtu lepas, 14hb Julai 2018 berlangsungnya hari sukan tadika Amna. Aku cuak jugak ni sebab nak usung 4 ketoi anak ke sana sebab bapak depa ni takdak, macam biasa la, menjaga perairan negara. Ceh! Hahaha..


Rumah sukan Amna, team yellow jadi juara keseluruhan. Aku walaupun berdukung dengan si kecik Aleeya ni, pulun jugak la pi sokong. Well, mama is over sikit, dok jerit2 "Amna.. Amna.. Amna.." hehehehe..



Tahniah Kakak, mana tau satu hari nanti, kakak jadi atlet sukan negara. Hehehe

Muka sang juara! Yahuuuu...


Mama belanja aiskrim.. 


Muka mama bulat seketoiiii... 


Thursday, May 24, 2018

Check in klinik gigi

Assalamualaikum..


Selamat pagi. Tak sure hari ni ramadhan ke berapa. Tapi gigi ni memang dah lama sakit. Penah sebelum ni sakit gigi sampai bengkak muka. Huhu..


Since semalam gigi ni rasa macam bleeding, so pagi ni awal2 dah check in klinik gigi. Sebenarnya, takut jugak nak jumpa doktor gigi. Sebab tu sanggup je menanggung sakit. Kalau teruk sangat, pi beli ubat tahan sakit kat farmasi. Huhu..




Selalunya kalau nak jumpa doktor gigi, aku pi private clinik, Klinik Pergigian Manjung area TF tu, tapi disebabkan belum gaji, hahaha.. dan duit gaji pun tinggai berapa ja, so aku mai klinik gomen dah la. Service pun not bad. Hahaha..


Please for me! 


Aku takut ni. Hahahahaa...