Tuesday, September 7, 2021

MOOD SWING

 Assalamualaikum...


Rasanya dah banyak hari jugak aku tak update blog. Taktau apa masalah, rasanya macam ada banyak benda nak di update, banyak benda nak di cerita, tapi sudahnya langsung tak update apa-apa dekat blog aku ni. Blog aku ni, aku dah treat macam online diary aku, yang bukan saja aku sorang boleh baca, tapi semua orang boleh baca. Apa yang aku tulis kat sini harini, mana tau, 2,3 tahun akan datang aku masih boleh baca dan ingat semua benda yang pernah aku tulis, atau jadi dalam hidup aku.



Pengalaman paling berharga, load barang dalam lori, naik lori keliling kampung. Hahaha..


Aku nak share cerita pasal penglibatan aku dalam CSR project company aku sempena merdeka haritu. Pada hari kejadian, 01/09/2021 kami kena sampai awal ke tempat kerja, nak briefing, nak load barang masuk dalam Hilux dan lori. Dekat 800 kotak Prihatin Box yang berjaya kami semua agihkan dekat penduduk sekitar kawasan tempat aku kerja. Penat, tapi sangat seronok. Have fun! Dapat pilot, tok sidang dan adik JPAM yang sangat membantu sepanjang process hantar barang. Semoga usaha yang dijalankan pihak syarikat aku ni diberkati dan dapat untung yang lebih. Hahahaha.... tibeee... apa lagi yang diharapkan pekerja macam aku kan, kalau company dapat untung lebih, mesti ada increment dan bonus yang agak baik kan. 


Bergambar kenang-kenangan bersama beras dan kotak prihatin. Penat nak mateyyy.. Hahaha...


Balik je dari program CSR tu, masyaAllah, sakit habis badan aku ni. Tangan sakit, betis sakit, seluruh badan lah sakit. Nasib baik aku memang apply cuti awal-awal, sebab aku macam dah boleh predict yang program CSR ni akan berakhir dengan badan aku akan sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Hahahaha. Sebenarnya, nak clearkan annual leave jugak. Dari awal tahun sampai dah masuk bulan September ni, rasanya baru 3 ke 4 hari macam tu aku ambik cuti. Dalam bulan September ni, atau Oktober depan, aku ingat nak gunakan lagi cuti tahunan aku, sebab nak pergi derma darah. Balik derma darah, boleh rehat-rehat sambil tengok TV. Betul tak? Taknak rushing, sebab kalau derma darah hari bekerja, balik je dari derma darah tu terus sambung buat kerja. Sangat penat lah!





Badan baru nak pulih dari muscle pain tu, dengar-dengar khabar angin, taman tempat aku tinggal ni nak kena PKPD. Allah! Letihnya. Tapi sejujurnya, ni bukan first PKPD di tempat aku, jadi takde la nak panicked buying ke apa. Rilek-rilek sudah sebab sebelum-sebelum ni memang dah biasa PKPD. Bila kerajaan dah umum PKPD Taman Samudera, Manjung bermula 5 September 2021 sehingga 18 September 2021, kami awalnya masih cool, rupa-rupanya PKPD kali betul-betul menguji kami penduduk kat Taman Samudera ni, semua kedai-kedai ditutup. Nasib baik kami sempat buat persiapan beli stok makanan, tapi aku terkenangkan warga emas, atau mungkin yang kesempitan dan tak sempat nak beli stok makanan.





Jalan-jalan yang telah ditutup. Haaa.. jangan nak keluar pi mana-mana, duduk diam kat rumah!


Harini sebenarnya dah masuk hari ketiga kami menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), jujur cakap, kami ada jugak catu makanan kami, sebab risau makanan yang ada kat rumah ni tak mampu bertahan sampai 2 minggu, walaupun kami dengar akan ada bantuan yang akan disalurkan kepada penduduk taman aku ni. Tapi taknak mengharap sangat, penduduk kat taman ni terlalu ramai. Risau jugak ada yang tercicir dari dapat bantuan dan sebaiknya, dulukanlah pada rumah yang betul-betul memerlukan.




Menu kami harini, sardin dan telur goreng. Sedap gilaaaa!! Siap tambah nasik 2 kali.. 


Lupa nak share, harini kami makan nasik putih dengan sardin dan telur goreng. Sengaja aku masak nasik lebih, so that anak-anak aku dapat makan banyak dan kenyang. Berselera aku tengok anak-anak makan. Malamnya kami cuba resepi baru, Waffle with Peanut Butter. Hahaha. Alkisahnya, waffle maker yang aku beli dari shopee sampai sehari sebelum PKPD. Menjadi jugak la waffle aku tu, jadi esok dah plan dengan anak-anak, we will have waffle for our breakfast. Ahhh tibeee breakfast english style.. Kahkahkah..


Ok lah tu, tak larat nak tulis lagi. Ada kelapangan nanti aku update lagi. Beria dulu konon-konon nak aktif ber blogging balik, siap sematkan niat dihati, kalau dah ada Adsense, hari-hari wajib nak post 1 story. Sudahnya, ke laut dalam jugak niat aku yang suci murni itu. OK bye. Selamat ber PKPD kepada kami penduduk di Taman Samudera, Manjung Perak. Semoga kawan-kawan yang diuji ketika ini bersabar dan dipermudahkan segala urusan-urusan kita semua ye....





Monday, August 30, 2021

NAK BELI TV BARU

NAK BELI TV BARU 


Berita sedih, TV kat rumah rosak lagi. Sebenarnya aku yang rosakkan TV ni, tapi aku pura-pura macam bukan aku yang rosakkan. Hahahaha. Kalau cakap aku yang rosakkan, mesti suami aku tanpa segan silu akan suruh aku gantikan TV baru sebab dia tau, aku tak boleh hidup tanpa tengok TV. Eh, memang lah tak boleh nak hidup tanpa TV, dah la tak boleh nak ke mana-mana sekarang ni, asyik duduk rumah je, jadi mestilah kena ada TV. 


Tapi ever since aku dah melanggan Netflix, aku dah kurang tengok TV, dah tak berebut dah TV dengan anak-anak. Kalau tak, memang berebut jugak. Amna dulu kurang sangat tengok TV, tapi sejak tak ke mana-mana ni, haihhh banyak pulak rancangan TV yang dia suka tengok. Sekarang ni petang-petang dia tengok cerita Magic Tumbler dari Indonesia tu, malam-malam kang nak tengok cerita dekat channel 104, kalau dulu ada cerita Rindu Awak Separuh Nyawa, lepas tu Love Elsa, ishhh taktau lah apa cerita lagi yang depa asyik dok tengok.


Sejak TV kami rosak haritu, suami aku guna balik TV kotak zaman tok nadok yang pernah kami guna dulu, TV size berapa inci entah, tapi sedihnya TV ni dah jadi hitam putih, mungkin sebab dah lama sangat tak guna, duduk terperap dalam bilik stor tu. Maka sekarang ni kami tengok TV hitam putih. Hahaha. Sadis teruk cerita aku ni, zaman sekarang orang dah pakai TV LED, smart TV, kami masih guna TV kotak yang hitam putih. Kahkahkah..


Cadangnya aku nak cari TV murah ja, kalau boleh bawah RM500 sebabnya sekarang ni aku dah kurang tengok TV sebab aku dok layan Netflix je sekarang ni, so budak-budak ni je yang rajin dok tengok TV, kesian pulak tengok TV hitam putih ni. Tapi aku tengok depa ni relaks je tengok TV kotak hitam putih ni. Hahaha. 


Nanti lah nak pergi survey TV dekat kedai, beli yang murah-murah je, nak beli dekat Shopee atau Lazada tak boleh nak belek-belek sangat. Tak puas hati kan kalau tak boleh nak belek-belek, nak tengok jugak dengan bajet yang ciput ni, TV brand apa yang OK. Kalau beli dari kedai elektrik ni, kot-kot dapat free gift ka.  Hahaha. Beli barang pun 500, ada hati nak mintak free gift. Mimpi lah oiii...



Thursday, August 26, 2021

PERSEDIAAN SEBELUM PENCEN

 Sebenarnya, tak lama lagi dah suami aku nak pencen. 3 ke 4 tahun macam tu lah kot. Pejam celik, pejam celik, sekejap je kan. Jadi aku ada tanya dia, apa persediaan yang dia nak buat lepas pencen nanti? Sebab anak-anak masih kecik, masih sekolah masa dia pencen nanti, Kalau 4 tahun lagi, Emran masa tu, 14 tahun, Amna 12 tahun, Aimy 10 tahun dan Aleeya baru 8 tahun. Jadi, kena buat something untuk tambah pendapatan, takkan nak bergantung pada duit pencen kan. Tapi, selalunya pertanyaan aku akan berakhir dengan krik krik krik saja. Hahahaha.


Since laki aku takdak kemahiran macam bertukang, wiring pun taktau, jadi aku dapat rasakan yang pekerjaan dia lepas pencen nanti bukan lah ke arah bertukang-bertukang ni. Rezeki kawan aku, suami dia memang pandai bertukang, pasang tiles, mengurut orang pun pandai, jadinya sebelum pencen ni memang suami dia dah start ambik job-job kecik. Cari pengalaman dulu, nanti lepas pencen, baru boleh fokus betul-betul. 


Aku ada cadangkan dekat suami aku, mungkin nanti dia boleh cari kerja security atau jadi pak guard. Hahaha. Sebab aku tengok, ramai jugak yang pencen polis, navy atau askar ni akan kerja dalam bidang security. Alahhh... jadi je lah security dekat kilang aku kerja tu. Duit gaji security, campur duit pencen, Ok lah tu kan. Tapi aku tak rasa suami aku OK dengan idea aku tu. Hahahahaha.


Masa musim takdak covid dulu, depan rumah aku ni ada sorang abang tu, meniaga air milo dekat lori. Kebetulan depan rumah aku ni ada sekolah agama, jadi abang ni pun meniaga la air milo dan buah-buah potong dekat budak-budak sekolah ni. Duit meniaga, campur dengan duit pencen, OK lah tu kan. Ni ikut kira-kira aku lah.


Tapi rasanya, suami aku takkan kerja makan gaji dan berniaga, sebab dua-dua ni memang dia tak minat dan takdak pengalaman. Setakat ni aku dengar, suami aku plan nak cari tanah, sebab ni je lah pun yang dia minat, berkebun. Buat masa sekarng ni, dia memang ada tanam pisang dekat kebun, tapi disebabkan dia menumpang tanah orang, susah sikit la nak tanam-tanam semua tu. Balik dari kerja, baru boleh ke kebun, tengok pokok-pokok yang dia tanam.


Nak cari tanah dekat sini pun bukan senang dan bukan murah jugak, banyak modal jugak tu. Kalau ada tanah yang nak dijual pun, mungkin jauh lah sikit dari tempat tinggal kami. Kena survey betul-betul, nak beli tanah ni bukan benda mudah, benda yang kita boleh beli hari-hari atau boleh beli tiap-tiap tahun. Kalau memang keluarga kaya, takdak masalah lah kot.


Jadi sebagai isteri, aku sokong je la apa yang suami aku nak buat, janji apa yang dia nak buat tu, ada hasil, sebab anak-anak masih kecik, kena ada banyak modal jugak nak besarkan depa, dari segi pendidikan anak-anak nanti. Kalau setakat makan minum, insyaallah harap-harap takdak masalah. Aku doakan Allah permudahkan segala urusan suami aku masa dia nak pencen nanti dan semoga dia jadi pekebun yang berjaya satu hari nanti. Aminnn...