KATA LELAKI : "WANITA ITU LEMAH"

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut..... besar perbezaannya 
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya 



Telah ditakdirkan ... kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan.. 
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam 



Diam seolah-olah menerima... 
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan 
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja 
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri 



Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari 
Hingga jarum jam tegak bertindih jari 



Lelaki yang mengaku kuat , celik mata, sarapan sudah terhidang 
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang 



Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak 
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak 
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak 
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak 
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak 
Berehat,menonton TV sambil tergelak 



Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa 
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju 
Kaki tangan semua digerakkan dengan laju 
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu 



Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu 
Makanan dihidang selepas solat 
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji Quran
Sedang suami tersandar semula seperti tadi 



Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji 
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan 
Lelaki terpelajar celik hati... 
Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita.... 
Memberi kesedaran supaya segera bangkit 



Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi 
Hukum agama telah terpapar 
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak Membasuh pakaian, menyediakan makanan Jika suami tidak terdaya melakukannya 
Seorang pembantu wajar disediakan 



Lelaki yang hanyut dalam keasyikan 
Tidak mampu menerima perubahan 
Rela bertahan bagaimana jua 
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati 
Dalam diam wanita yang sering dianggap lemah 
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan 




Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W, Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post