• News

    11 February, 2010

    aku menangis lagi

    salam untuk semua.. semalam aku menangis lg.. menangis, dalam erti kata orang Kedah pure macam aku ni, dh tentu lah teriak. 


    semua ni bukan pasal personal life aku, memang takdak kena mengena dengan masalah kecik atau besar yg melanda hidup aku, tapi berkenaan seseorang.. 


    sedih rasanya.. tak tertanggung lagi aku nak tahan ayaq mata ni dari guguq, tetap jatuh juga.. sebak aku menahan rasa, akhirnya dengan esakkan kecil, aku biarkan ayaq mata aku merembes keluar.. 


     semalam aku tengok penderitaan sorang pakcik dan makcik ni menjaga anak bongsu depa, umur 30 an tapi fizikal macam baby.. tangan dan kaki kurus melidi.. boleh nampak tulang-tulang yang mengerekot.. 


    alhamdulillah, pakcik dan makcik tu masih kuat nak besarkan anak bongsu mereka.. dalam usia 71 thn (lebih tua dari ayah aku sebenarnya), pakcik tu masih kuat nk dukung anak lelaki dia.. bayangkan lah kalau apa-apa jadi dekat pasangan pakcik makcik ni.. 

    ;( 


     waktu aku sibuk menaip cerita ni, ayaq mata aku sekali lagi terasa berada di hujung kantung mata aku.. cepat benar nk merembes keluar.. sedih aku dengan setiap episod dalam cite Bersamamu kat tv3 ni.. 


    begitu teruk ujian dan dugaan yang Allah bagi pada aku, lagi teruk ujian yang Allah bagi pada orang lain.. sesungguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi pada aku selama ni.. 


    dan aku terima ujian-ujian ni dgn redha.. aku percaya, semua yang terjadi dalam hidup kita, ada hikmah tersembunyi... aku betul-betul mengharap yang semoga pakcik dan makcik tu terus kuat demi anak bongsu mereka.. 


    saat ni aku betul-betul teringat dekat ayah dan mak.. banyaknya pengorbanan depa untuk aku dan adik beradik aku.. harap aku dapat balas jasa depa sementara depa masih ada.. amin. 


     **tengok muka budak-budak ni, hati rasa senang ja.. dalam pic ni ada teh, caf, tam, paiz & ank kak ida - last pic, addina yg takdak gigi (anak my cousin)


     









    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers