Kenduri Kahwin Juli Di Jengka, Pahang

Alhamdulillah, minggu pertama dalam bulan Mac berlangsung dengan baik sekali. ada beberapa hari dalam minggu lepas aku lambat ke tempat kerja. hehehe. Bukan bangun lambat, tapi keadaan trafik di Penang ni yang makin hari makin menyesakkan kepala aku. mujur dari rumah ke tempat kerja hanya memakan masa 10 minit, kurang lebih. ;p 



Dan pada jumaat malam, aku menaiki bus Rapid Penang menuju ke jetty dan dalam hemat aku, aku akan sampai awal sedikit beberapa minit sebelum bas Jengka Liner sampai ke Butterworth. nasib kurang menyebelahi aku, feri yang di nanti tak kunjung tiba. ramai yang lain seperti aku, menunjukkan reaksi muka agak kerisauan memandangkan sudah agak lama kami menantikan kedatangan feri. Kak pza memaklumkan aku yang bus Jengka Liner dah sampai. 



Masyaallah, cuaknya aku sebab feri belom lagi sampai..!!! atau dalam istilah hampeh, tak nampak batang hidung lagi walopun memang feri tersebut tidak mempunya hidung. meter kecuakkan aku berada di tahap teratas lagi. waduhhh..gi mana nih? aku menangis mendengar makluman kak pza, if aku tak sampai lagi 10 minit, bus akan meninggalkan aku..!! aku berdoa sekerap yang mungkin di dalam hati. Moga-moga Allah bantu aku. 



Baik saja feri rapat ke dinding tempat mereka memakirkan feri tersebut, aku segera melompat dan berlari seperti kura-kura (memandangkan beg yang aku bawa agak besar untuk saiz tubuh aku). Penat pulak, jalan pulak, tak larat nak lari. dari jauh ternampak muka adik-adik Kak Pza yang telah sedia menanti. Baiknya mereka, sanggup bersusah payah untuk aku. 



Terima kasih buat In dan nok'ain. ;p 



Sesampai je aku kat stesen bas, sema orang dengan reaksi muka agak poyo memandang aku. ciss.. rileklah, baru lambat 15minit. poyo je. hehe. tapi memang salah aku. Aku sempat mintak maaf dengan pakcik bus, dan memaklumkan yang perkhidmatan feri yang menyebabkan kelewatan aku. hishh.. geram-geram..!! 




sampai di bandar jengka lebih kurang pukul 6 pagi if tak salah aku.. abang juli datang jemput kami berdua.. pertama kali dapat menjejakkan kaki kat bumi Pahang, agak teruja biarpun tak sempat berjalan-jalan ke tempat lain, hanya menghabiskan masa di rumah juli, tapi thanks Allah for giving me this opportunity.. ;p 



jangan lupa check out gambar-gambat yang akan aku upload sepanjang berada di sana.. untuk Juli, tahniah coz dah bergelar isteri kepada abg man.. harap dapat jadi isteri solehah dan TAAT pada suami (TAAT tu aku saja ngada2 higlight coz ada someone pesan same thing kat aku).. wakakaka.. selamat berhoneymoon kat Pulau Langkawi.. Amin, segala2 nya selesai dan aku & kak pza pn selamat kembali ke penang. 



Thanks to Kak Pza sebab sudi hantar aku balik ke Bayan Lepas.. Great experience and wonderful friends.. Thankful to Allah again. That's all for today. Don't forget to catch Juli's photo k.. ;p

2 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. sepatutnya tajuk aku tu 'menarik sepanjang awl mac 2010'. typing error. hehe

    ReplyDelete
  2. thanks byk2 dik ti n pza coz sudi dtg ke majlis aku walaupun jauh...-julie-

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post