tukang garu??

aku berasal dari sebuah kampung kecil, terletak dalam daerah sik, kedah darulaman. 30minit dari tol gurun, tak lah jauh sangat sekiranya hangpa memandu 90km/j untuk sampai ke kampung aku. 


terletak bersebelahan kampung kota bukit dan jugak kampung kalai. untuk pengetahuan hangpa jugak, kampung kalai ni adalah perkampungan siam tapi majoriti penduduk siam ni adalah rakyat Malaysia (bumiputera). 


 nak sampai ke kampung aku, memang akan melalui kawasan kelapa sawit dan pokok getah. jalan raya pulak,tak lah elok mana kalau nak dibandingkan dengan jalan raya kat pekan2 besar. almaklumlah, lori balak, lori tanah, lori pasir selalu lalu lalang. jalan memang lubang sana sini. itu sebab lah kereta aku dah berapa kali kena buat alignment balancing. haha.


 tapi insyaallah, pihak kerajaan akan cuba untuk tingkatkan taraf jalan raya kat kampung aku sikit masa lagi. haha. poyo. macam lah aku tau sangat plan pihak kerajaan negeri. hehe. 


 kebanyakkan penduduk kampung aku bertugas sebagai tukang garu. haha. suspen??? tukang garu pokok getah lah. even mak ayah aku sendiri pun kerja menoreh gak. pendapatan?? hmmm.. boleh lah untuk tampung keperluan rumah, simpanan untuk waktu kecemasan dan jugak untuk persekolahan anak2. 


tapi ada jugak yang over kaya coz banyak kebun getah, macam jiran terdekat, mak limah yang pendapatan beliau mencecah rm500 seminggu. korang tak jeles ka hah? kerja sampai pukul 12 tengahari je, tetapi income memang mantop, mengalahkan kita yang kerja kat ofis. haha. 


 ok, kat sini nk cerita panjang lebar sikit lah pasal kerja menoreh getah ni sebabnya aku sendiri pun pernah berkecimpung dalam bidang ni secara x sengaja selepas aku berjaya menghabiskan sesi pengajian aku di Uitm Kampus Sg. Petani dalam jurusan Bachelor Business Administration (Hons.) Islamic Banking. 


 Waktu tu, aku kerja menggaru pokok getah kat kebun ayah aku lah. Income?? Hehe. Alhamdulillah, bergantung kepada harga getah semasa. Contohnya, sekilo rm3.40, so darab lah dengan hasil getah hangpa. Sekali jual getah sekerap, dah boleh dapat rm200. Maknanya, rm200 untuk 4 hari menggaru. 


Waktu habih bekerja bergantung kepada kecekapan hangpa menggaru. Selalunya, sebelum pukul 11 pgi aku dah boleh berada di rumah, rehat dan memulakan aktiviti untuk memasak makanan tengahari. Biarpun ada segelintir masyarakat kampung yang mengutuk tindakan aku menggaru pokok getah sedangkan aku adalah seorang mahasiswi, aku pekakkan telinga & buat rilek saja memandangkan bukanlah mereka yang memberikan aku duit. haha. 


dengan duit tu lah aku mampu membeli dapur gas baru, cerek letrik untuk mak & henpon nokia 5300 express music yang menjadi kegilaan ramai pada waktu itu. alhamdulillah, sampai sekarang henpon tu masih bersama aku. elok lagi keadaan henpon tersebut. di samping itu, sempat jugak lah aku saving few ratus ringgit hasil pekerjaanku sebagai tukang garu pokok.. 


;p Selepas beberapa bulan bergelut dengan bau busuk, aku akhirnya terpaksa melepaskan jawatan sementara aku itu kerana aku telah di offer untuk bekerja sebagai cikgu ganti di sekolah kebangsaan padang chicak. sebenarnya, aku tak berapa minat dengan pekerjaan sebagai guru ganti, tapi memandangkan aku di desak oleh ramai pihak untuk menyalurkan ilmu yang ada kepada insan2 kecil yang lebih memerlukan, makanya aku beralah jua. huhu. 


 Aku bersyukur kerana berpeluang untuk melalui pelbagai pengalaman hidup yang aku rasa tak semua orang dapat. semua ni mematangkan aku sikit demi sedikit. pengalaman tu bagi aku adalah satu ilmu yang tak dapat di beli dengan duit ringgit, yang kita dapat kongsi dengan orang, tapi orang takkan faham selagi benda tu depa belom penah tempuhi. 


get what i mean? hahaha. lantak lah faham ka tak. ok, dats all yang dapat share pasal pengalaman aku dengan hangpa semua. bukan umur yang mengajar kita erti kehidupan, tapi pengalaman yang mematangkan kita. usahlah dilihat apa yang tiada, bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada. assalamualaikum. ** hati2 masuk kebun getah, takut terjumpa ulaq..


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post