• News

    22 June, 2010

    Cintaku Tertinggal Di Tokyo



    Sangat sejuk cuaca pada hari ini. Hujan dari subuh sampai ke petang. Tak merasa langsung matahari tegak atas kepala. Selalu haba panas sampai mendidih isi otak. Bagus jugak, boleh hangat sikit tahi-tahi otak yang berkarat tu. 




    Hujan tanpa henti di Malaysia tak sama seperti aku di Jepun dulu. Musim salji memutih, aku siap boleh order ais batu campur (ABC) sama itu Ah Soh yang jual di simpang tempat penginapan para pelajar Malaysia. Ah Soh sudah lama jual ABC, sejak dia jatuh cinta dengan salah seorang pelajar Indonesia dan seterusnya Ah Soh memeluk Islam dan berkahwin dengan Mbak Kerisdayangti, 25 tahun yang lalu. 




    Musim salji di Jepun sangat mengujakan. Aku selalu ajak teman-teman ke restoran Syeikh Ahmad Albab, pekena roti canai dan cheese nan. Sangat seronok waktu itu. Pengalaman indah yang sukar aku kikis dari kapasiti 1000 gigabyte otak aku. 




    Kalau bernasib baik, dapat kami tonton Liga Malaysia bila mana restoran Syeikh Ahmad Albab mempunyai piring Astros yang hebat. Semua tayangan di Malaysia dapat kami ikuti. Hilang lah sikit kerinduan kami pada tanahair. Ada beberapa orang pelajar yang sangat kemaruk dan rindukan tanahair, terpaksa melakukan kerja separuh masa di restoran Syeikh Ahmad Albab, jadi dapat la mereka menonton dan mendapat perkembangan terbaru tentang isu semasa di Malaysia. 




    Petang-petang, selepas Asar, aku lebih senang mengayuh basikal tua yang aku bawa dari Malaysia, senang untuk kemudahan pengangkutanku. Tak payah bersusah payah berebut menaiki tren ke Universiti Honda Yamaha berdekatan dekan pekan Lords of the Ring. 




    Sambil mengigit buah strawberi cicah coklat yang aku sediakan dari rumah, aku kayuh basikal tua keliling pekan Osaki sambil melambai-lambaikan tangan kepada beach boy yang bertugas pada petang itu. Dinasour yang terbang di atas kepala tidak aku hiraukan, janji beliau tidak fire aku. Cuaca sejuk di Malaysia takkan sama seperti kisah aku di Jepun. 




    Kisah cintaku yang begitu melakonkolik bila mana pihak penerbangan Jepun tak benarkan aku bawa pulang basikal tua ku itu, kerana ingin meletakkan basikal itu di muzium harta karun mereka. Aku sangat sedih, lalu meminta Ultraman Dyna menghantar aku pulang ke tanahair. 




    Ultraman Dyna yang simpati dengan aku menghadiahkan aku bola-bola api yang sangat sejuk dan cantik. 




    Dan aku terdengar suara rakan serumah ku, "hoiiii... bangun.. bangun.. hari ni tak kerja kah????" 




    notakaki: gambar di ciplak dengan suksesnya dari brader gugel.

    4 comments:

    JulaJuliet said...

    babe,
    brader gugel tu ade blog tak?
    nak poloww..:P

    Siti Noor Aminah said...

    chumeley,

    ok2, sila folo beliau at www.google.com. haha.

    ::cdot the dot:: said...

    perghhh....

    Siti Noor Aminah said...

    cdot,

    phewwitt...

    Total Pageviews

    My Followers