HANG KERJA SWASTA KA? AWAT TAK KERJA KERAJAAN?

Mentaliti orang kampung aku, kalau boleh, mesti atau tidak, kena dapatkan kerja dalam gomen. 

Tak kisah lah jawatan apa, pembantu tadbir hatta tukang cuci sekalipun, kalau namanya bekerja dengan kerajaan, bagi mereka memang OK. 

 Alkisahnya pulak, orang-orang yang bertuah dapat kerja dengan kerajaan pun sama naik tocang.

Jawatan pembantu tadbir saja, gred apa, 17 ye? 

Eksyen bukan main, mengalahkan gred 41. 

Memang sekarang ni susah nak dapatkan kerja dengan kelayakan yang kita ada. 

Janji kerja, tak kisah la gred apa pun, kerajaan atau swasta. 

Bukan tak boleh memilih. Memilih tu boleh, tapi jangan sampai terlampau memilih. 

Pekerja-pekerja gomen ni pulak, kebanyakkan yang aku jumpa, kerjanya sangat tidak bagus. Boleh lah ye kalau aku cakap tidak bagus. Kenapa? 

Tapi aku nak mintak maaf dulu kalau ada sesiapa kat sini yang bekerja dengan gomen. Ini pendapat dan pengalaman peribadi aku. Kita berhak suarakan pendapat masing-masing kan?? 

Kisahnya aku ke balai polis, nak buat laporan berkenaan motor aku yang kena kebas. Polis kat kaunter tu, sila belajar untuk mengeja ok. 

Nak eja apartment pun terkial-kial. Sudahnya dia suruh aku eja. 

Itu satu hal, lepas tu dengan slumbernya polis berkenaan keluarkan rokok dan hisap rokok depan aku, kat kaunter dalam kawasan balai. 

Mulut aku kan agak boleh tahan keceluparan, slumber je aku tanya, "Encik, dalam kawasan balai pun boleh hisap rokok kah????"

Debushhh.. Kena sekali. 

Dan slumber jugak dia jawab,"Ohh.. hari ni orang ramai sangat. Nak rehat pun tak sempat". Bagus punya jawapan. 

Ada dua lagi cerita, tapi esok lah aku sambung. Hehe.

7 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. x sumer staff kerajaan begitu...sob sob sob...

    hahahaha...

    ReplyDelete
  2. wei asalkan keja dh la :P
    yg lain lantak kt org :D

    ReplyDelete
  3. lazyf,
    yup, tak semua macam tu. eh, yu pekerja kerajaan ek?

    haha.


    nazra aka umi,
    org kampung aku ni memang arr.suka banding2kan org.

    ReplyDelete
  4. hak3,sampai camtu skali.jadik tukang cuci gov pon da d pandang tggi.perghh!klo aku nnt keje engineer swasta ke,akauntan swasta ke,kompem mkn ati.keh3

    ReplyDelete
  5. alin,
    haha. nak wat cmne, dah macam itu mentaliti depa. mujur akak tak ikut syeikh muzaffar pegi angkasa aritu, kalo tak, memang akak parking jet akak blkg rumah diorg. sj nak bg diorang sakit hati. ;p

    ReplyDelete
  6. hahhaa! tau xpa...aritu akak pegi klinik ibu&anak.nk check perut.nurse tu tnya,suami keja apa,akak jawab construction engineer.dia tulis kt buku tu, contraction engineer..apakah????sakit jiwa tul!

    ReplyDelete
  7. anis,
    hehe.sakit jiwa btl kan.


    polis tu eja apratment ok.pastu 2,3 kali eja, dia jd pening. haha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post