• News

    04 August, 2010

    MINAH REMPIT SEJATI

    Artikel di tulis oleh Wartawan Gadis Perasan Comel Terbitan Mistikah


    Asalnya dulu, memang beliau ni minah rempit. Tapi dah lama dulu la. Waktu tu memang beliau berkecimpung dalam dunia permotoran sebab terikut dengan abang-abang beliau. 


    Beliau sorang je anak perempuan, abang pulak ramai. Jadi, memang kalau abang beliau pi merempit, selalu la beliau follow. Lagak pun ala-ala tomboy gitu. 


    Weh, lu jangan ingat beliau ni minah rempit yang bonceng kat belakang mat rempit pulak. Bukan. 


    Beliau ni bawak sendiri beb motor. Ini baru betul-betul jiwa merempit. Bukan pesyen pakai baju ketat, bila tonggek sikit terus nampak lurah punggung. Tak main lah minat rempit pesyen gitu. 


    "I memang menyampah tengok aksi gedik minah-minah rempit sekarang. I dulu tak macam gitu tau. Jiwa I betul-betul jiwa minah rempit. Walaupun I pernah tergolek 2,3 kali atas jalanraya, tapi I tak give up. Lagi pulak, I like mat rempit".


    Semangat kerempitan itu masih terserlah dalam diri beliau. Setelah berkahwin dengan seorang mat rempit, kehidupan beliau yang suka merempit tidak di tinggalkan begitu saja. 


    Kadang-kadang bersama suami beliau, mereka merempit bersama tak kira pada malam hujung minggu atau hari-hari biasa. Bergantung kepada masa lapang mereka berdua. 


    Sekiranya mood merempit itu sampai, terpaksa mereka laki bini hantar anak ke rumah jiran sebelah, dan akan mengambil semula anak mereka setelah pulang merempit. 


    "Jadi, nasihat I kepada gadis remaja yang ingin bergiat dalam bidang rempit ni, renung-renungkan dan selamat beramal", kata beliau kepada semua gadis-gadis di Malaysia yang mungkin menyimpan hasrat untuk terjun dalam bidang yang semakin di gemari oleh mat-mat dan minah-minah rempit. 


    Sebelum wartawan Mistikah pulang, beliau sempat memosingkan sekeping gambar untuk tatapan peminat setia majalah ini. Jadi, berjumpa lagi kita pada keluaran Mistikah 10 tahun akan datang. 


    Chow dulu. Apa-apa pun, sila tatap gambar beliau...





    ps: cerita ni adalah rekaan aku saja. mintak maaf ye nenek sebab pinjam gambar 
    nenek. hihi.

    15 comments:

    hanie said...

    aku tgk gmbr jek. terus ketik komen.
    malas nk baca.

    hahahahaha...larik!

    sahromnasrudin said...

    aku tau sepa minah rempit nie..msti hang kan heheheh..hang pakai motor ape..EX5 erk huhuhhu..
    p/s: next week aku turun kepala batas..ada kerja cikit..jom roger rempit hahahahah

    Aida Azryn said...

    Fuh.. dasyat tol nenek tu.. :P

    Aleen Aiden said...

    ah ko..jap lagi macik 2 saman mulela ngadu segale kat aku.hu3

    Unknown said...

    hahahahahah, cayalah nenek.

    ozzy said...

    wikang skit nek...hehe

    Yunus Badawi said...

    seksi giler nenek tu.

    Siti Noor Aminah said...

    hanie- ko memang. penat 3 hari 2 malam aku nak siapkan artikel ni. haha.


    sahromnasrudin-haha.weh,hang agak2 sikit.aku cabai mulut hang satgi.haha.

    bila mau turun sini? aku dok island weh. hang jangan mai time posa pulak, tak leh nak megepaw hang satgi.haha.


    aida-ya,beliau memang dasat. haha.


    aleen-haha.bukan aku weh.nak kena sepak ka cakap ni aku.haha.


    jimi-hahhaa.hebatkan nenek ni.byk minum kacip patimah ni.haha.


    ozzy-hahaha.wikang dengan wili pun nenek ni boleh buat. caya lah.haha.

    Siti Noor Aminah said...

    YB,

    wahhh.. terang bebenor mata YB.. ke situ jugak dia tengok.. orang suruh tengok aksi rempit nenek ni je.. gatai! haha.

    sepet said...

    nenek tu tetap nampak anggun! ..


    :p

    sahromnasrudin said...

    alamak..hang marah ka??? saja ja nak usik hang..kita gurau nor..hang duk georgetown ka jelutong?? aku mai 8hb nie kt kepala batas..sat gi ptg ni nak gi pontian plak..ada kerja cikit..biasala kjer aku ukur jalan kan heheheheh

    Siti Noor Aminah said...

    sepet,

    anggun sokmo, motto hidup nenek ni.haha.


    sahromnasrudin,

    tak marah aih. aku pun gurau2 manja jugak. haha. hg mai ahad ka? buleh la kalo nak jumpa, aku pi seberang pun tak pa. kalau orang nak belanja makan, sanggup aih aku pi jumpa. haha.

    aku dok tang queensbay mall ni. ;p

    Linglung said...

    gila taiko nenek ni..hahahaha

    aNiS tHe BumbleBee said...

    nenek sapaaa laa tu...sian dia diperkotak katikkan...kekekeke!

    Siti Noor Aminah said...

    linglung,

    waahahaha.ni la di katakan rempit sejati. wachaaaa....


    kak anis,

    tu lah, mintak mahap seksiap kat nenek ni. cian plak depa pi snap gmbaq dia time dia tgh testing gerek baru cucu dia. hahahaha. hampun ye tok.kih3x.

    Total Pageviews

    My Followers