• News

    23 September, 2010

    HATI MENANGIS SIAPA TAHU

    Patutnya gua rasa happy pada saat dan ketika ini. Tapi hati gua sangat sejuk dan beku. Gua tak nak bakal suami tahu pasal ni. Gua tak nak dia sedih dengan keadaan diri gua. Bila bakal suami tanya apa lagi nak kena prepare untuk kenduri. Gua cakap tak ada apa. Padahal gua memang tak buat apa-apa.



    2 bulan bukan lama. Pejam celik, pejam celik. Sampai sudah masanya. Tapi hati gua nih. Macam tak bernyawa. Gua sedih dan kecewa. Hati gua bengkak. Bila di tanya apa warna tema di tempat gua. Gua diam saja, sebab macam-macam warna ada. Warna kelam kabut. Biarlah...



    Ohhh Tuhan, kenapa macam ni. Lemahnya hambaMu ini.



    Sudah tentu ada puncanya...



    Gua ada kawan. Gua ada sahabat. Gua kenal mereka lebih dari gua kenal bakal suami gua. Kami bertiga memang sahabat baik. Susah senang bersama-sama. Sejak dulu. Mereka tolong gua, gua tolong mereka. Itu baru namanya kawan.



    Rezeki mereka, kawan dan sahabat gua terlebih dahulu menjadi isteri orang. Tapi gua cool saja, memang itu di luar bidang kuasa kita sebagai manusia untuk tentukan cepat atau lambat jodoh tu. Masih berhubungan dengan baik, SMS tak pernah lupa gua kirimkan, begitu juga mereka.


    Usai majlis perkahwinan kawan gua, dia perlukan sedikit wang. Biasa lah selepas setel kenduri, banyak wang yang dah terguna. Tak ada orang lain dapat membantu, hanya gua. Seperti zaman belajar kami dulu, gua kerap hulur wang pada kawan gua. Tak payah ungkit hal tu. Janjinya, wang tu akan di bayar selepas suami dia dapat gaji. Melepasi tarikh di janjikan, kawan gua masih belum 'muncul', kotakan janji dia. Agak lama, baru dia muncul, dan kata, boleh tak wang yang di pinjam di bayar beransur-ansur. Dan dia sendiri sudah berjaya mengumpulkan RM50.



    Gua sedih juga, terbayangkan nasib kawan gua, macam mana dalam sebulan dia baru boleh kumpul RM50?? Hmmm.. Gua balas SMS kawan gua, katakan pada dia, majlis gua pun tak lama lagi. Dan gua juga perlukan duit untuk segala neka benda yang gua perlu beli. Jadi, kalau kawan gua nak bayar ansur-ansur, agak membekankan gua sebenarnya. Kawan gua diam saja.



    Jadi gua pun berkongsi masalah dengan sahabat gua. Sama-sama bercerita, sama-sama mengutuk. Haha. Maaf, gua tau gua salah sebab suka mengutuk. Tapi tak salah juga kami mengutuk sebabnya kawan gua ada ijazah tapi dia tidak bekerja walhal dia sihat, kontrak dia tamat 4 bulan sebelum majlis kahwin dia. Kenduri beliau betul-betul bergantung dengan duit hantaran. Jadi, tak usah lah berbelanja tanpa ukur kemampuan diri. Betul tak cakap gua? Tapi kahwin ni kan sekali seumur hidup, jadinya perlu kot bagi kawan gua untuk dapatkan perkahwinan yang diimpikan. Ok, terpulang. Itu hak masing-masing.



    Sejak SMS terakhir kawan gua, dekat seminggu masih tak ada SMS dari dia, sekurang-kurangnya SMS lah gua, cakap, "ok,aku akan usahakan untuk bayar duit hang", but nothing from her side. Gua fikir, mungkin cara gua agak mendesak kawan gua yang mungkin kesempitan wang masa tu. Jadi, gua SMS kawan gua, katakan pada dia, "takpa la, hang boleh bayar lambat pun tak pa, tapi kalau boleh sebelum raya". Maksudnya, ada masa 2 bulan lagi untuk dia setelkan duit yang dipinjam tu.



    Tunggu dan tunggu, masih tak ada jawapan walaupun gua dah cuba untuk bagi kelonggaran. Dan ketika itu, gua masih berkongsi cerita pasal kawan gua yang 'hilang' dari bayar hutang dengan sahabat gua yang seorang lagi. Hari tu, sahabat gua yang agak bosan dengan cerita gua barangkali cuma reply 'NO COMMENT, aku tak boleh masuk campur. Masalah ni antara hang dengan dia saja'. Jawapan NO COMMENT tu sebenarnya agak menyakitkan hati buat seorang sahabat yang dah lama gua kenal dirinya, termasuk family dia sendiri.



    Awal-awal dulu, pernah kami sama-sama mengutuk orang yang sama. Tapi tak apalah, gua tau dan faham sebab sahabat gua cakap, malas nak fikir masalah orang sebab takut high blood pressure naik. Ohhh... Maafkan gua, selama ni gua membebankan sahabat gua dengan cerita-cerita dan masalah gua yang tak bertepi yang mana mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada sahabat gua sebab sahabat gua sedang mengandung. Gua kejam sebab selama ni terlalu pentingkan masalah gua sampai terlupa kesihatan sabahat dan bayi yang sedang beliau kandungkan.



    Sebenarnya malas gua nak call kawan yang berhutang tu, tapi dia diam saja. Petang tu gua telefon. Nombor tak dapat dihubungi pula. Gua cuak. Tapi waktu tu gua masih berfikiran rasional, maybe handphone kawan gua hilang. Berhari-hari juga gua cuba hubungi kawan gua. Dan satu hari, gua dapat SMS dari kawan gua, "jangan risau, aku takkan lari punya. aku akan bayar duit hang, nanti hang tak ajak aku mai kenduri hang pulak". Kawan gua muncul dengan SMS memerli gua. Baik, gua terima. Kawan gua berjanji untuk bayar. Tapi, lepas tu diam semula.



    Akhirnya, gua tekad untuk SMS. "Kalau dah bank in duit, tolong bagitau. Salah ka aku nak dapatkan balik hak aku?". Tak lama, gua dapat SMS dari kawan gua. "Kalau lah mencuri tu halal, dah lama aku buat untuk bayar hutang hang". Dan lagi SMS dia, "hang lain, hang orang senang. Hang kerja, laki hang kerja. Hang takkan faham keadaan orang yang dah kahwin". Okeh, gua nak explain jugak kata-kata kawan gua nih.



    Sejak bila gua ni orang senang, mak ayah gua kerja menoreh saja. Dan gua sendiri tak pakai hebat seperti dia, berjenama, gua pakai jenama cap ayam pun tak apa, janji gua ada kerja dan tak susahkan sapa-sapa. Kawan gua cakap gua kerja, laki gua kerja. Apa keheyyy laki pulak, gua bukan kahwin lagi dengan bakal suami gua. Dia ingat gua macam dia, dimewahkan oleh lelaki sebelum kahwin. Mana??? Topup pun bakal suami tak pernah belikan kat gua. (Ohhh.. ada sekali gua rasa). Gua tak pernah pun dapat duit, baju, minyak wangi atau apa benda sekalipun dari bakal suami. Dan gua sendiri tak pernah meminta-minta bakal suami sediakan apa-apa untuk gua. Ohhh..Gua sangat sakit hati sekarang. Merembes-rembes airmata gua macam air hujan yang turun pada petang yang panas.



    2 manusia yang terlalu dekat dengan hati gua ni sekarang rasanya sudah gua buang jauh. Jauh sampai tak mampu gua tarik dan letak balik dalam lubuk hati gua. Tapi gua tak lupa untuk minta alamat kawan dan sahabat gua nih, untuk gua kirimkan kad undangan sempena majlis gua nanti.



    ps: maaf, gua jadikan tempat ni sebagai tempat meluahkan rasa hati gua. tapi gua tak ada tempat mengadu.  gua mintak maaf kalau kawan dan sahabat gua ada baca pasal ni kat blog gua nih. gua sedih. gua tak mampu nak tahan ni sorang-sorang. pada zahirnya gua ketawa, tapi gua sedih. gua cuba untuk baiki hubungan kami tapi seperti di duga, macam ada jurang. tak mengapa, gua sendiri akan masuk dunia mereka, dunia rumahtangga, jadi tak mengapa lah kalau gua teruskan hidup gua dengan kawan-kawan yang gua ada, di samping kawan-kawan blogger gua. hati gua sedih, hancur jadi debu.

    11 comments:

    MOFASAD said...

    kadang2... kita perlu kedekut walaupun kita tahu dia kawan baik kita...

    apa2 pon setel baik2 ok gadis comel..

    kahwin t jangan lupa jemput gua.. janji! nanti gua pergi dengan cdot!

    itupun kalau umah lu area k.l~

    sahromnasrudin said...

    biar aku trus terang dgn hang..kawan hanya wujud pd masa kiter study, bujang dan lum kawen..klu dah kawen, family first dan kawan sama sekali akan diketepikan...kawan hang tue aku fhm mmg dia kesempitan wang krn tak kjer tetapi sekurang-kurangnya bahasa dia pd hang kne la cakap lelok..dulu masa pinjam, lebih manis dr gula kan..
    aku bukan pentingkan diri tetapi biler dah kawen , kawan sama sekali takkan wujud krn masing-masing akan utamakan kerja dan family (aku ckp based on pengalaman..dh byk berlaku)..kesilapan hang hanya satu je..terlalu percayakan dia dan berikan kesemua duit hang untuk dipinjam..sepatutnya hang berlakon sikit atau beri kira-kira 10-20% shj simpanan hang..
    semoga hang amek pengajaran ye

    Relevan said...

    Gua rasa macam sedih lah pulak baca entri lu kali ini..

    Kuasai Minda said...

    Macam tu adat dunia GC oi....
    Tapi sekurang2nya, bukan semua orang macam tu, tapi kebanyakan le. Ada yang masa nak minta tolong tu, memang baik sangat...merayu dan meminta, janji itu ini, last2 hilang cm tu je.

    Apapun, kita kena tenangkan diri. Jangan bebankan minda kita dengan masalah ni. Semakin banyak bebanan kita sediakan, semakin banyak masalah akan hadir nanti. Oleh itu, bawa bertenang. Cuba fokuskan kepada penyelesaian masalah, bukan fokus kepada masalah...

    kata kila said...

    aku kan kalau pinjam duit kawan even soplohhinggit sebab malas nak cucuk duit, esok aku mesti ingat.kalau tk bayar, segan je bile tgk muke die +____+

    Days said...

    beb.sabar k.tu kawan time senang gua rase.lu sabar byk2.ade hikmah die der.sabar k.gua naik sebak dh nih.aiseyhhh

    cik tipikal said...

    lu sabar je ye? gua paham apa yang lu rasa pasal part sahabat tu.. cuma gua tak setuju dengan cara percakapan dia yang kasar.

    gua tau lu kuat untuk hadapi semua ini!

    Adinda Amy Sensei said...

    salam awak...

    banyakkan bersabar ye...

    nosembilanbelas said...

    duit3. semua jadi lintang pukang dibuatnya. kalau akak di tempat adik, akak akan kata dalam hati, aku halalkan duit itu. kalau dia bayar, aku amek. tapi nak tolong dia sekali lagi tidak la. tapi selagi dia tak minta maaf dengan aku, hidupnya tak senang, sebab dah menyusahkan hidup aku.(kejam kan. tapi tuhan dah kata, kalau salah dgn-Nya, Dia akan ampunkan. tapi kalau salah dgn manusia, selagi manusia itu tak ampun, terawang di bumi ini). lupakan duit itu, cari duit lain. sian adik. akak tau macam mana tensionnya. HARUNG aje ya.

    ~cik tiram~ said...

    sedih nye...
    sabar ye... :)

    wachak said...

    wa pun pernah alami kes macam lu ni.
    Kes pinjam pasal nk kawin juga.
    sampei sekarang dah masuk berbelas
    tahun satu sen pon x berbayar.

    ~ http://guaotai.blogspot.com/2010/07/wajah-penipu.html

    Total Pageviews

    My Followers